Hai hai hai..
Lama tak bukak dia, (selama 10 jam tinggal)
alolo~ kesian bloggie niii... ** maaf menggedikk sat!
"Ehem...ehem... Nak cerita nii~ sekarang ni penat sangat sangat sangat... Bak kata orang KL, penat giler arhh! penat sebab menolong di surau tadi...
1. Tolong menjadi petugas bagi pertandingan mewarna serta melukis... dibahagikan kepada 3 kategori ::
== Pertandingan mewarma (4-6 tahun sahaja)
== Pertandingan mewarna (7-9 tahun)
== Pertandingan melukis dan mewarna ( 10 -12 tahun)
Menjadi petugas, pemerhati, pemujuk kanak-kanak, tukang masukkan pensil warna serta krayon ke dalam kotaknya, tukang pemanggil budak-budak yang menyertai pertandingan di rumah mereka, tukang bagi makanan serta minuman, tukang kutip bahan pertandingan, tukang halau orang-orang yang tidak terlibat serta berkenaan n whateverlah, kan... Memang penat~ Susah rupanya.. Nampak macam senang ja... Sampai berpeluh-peluh! Agak-agaknya boleh cukup sebaldi... Namun, pabila tengok semua kanak-kanak ala-ala Ribena itu gembira, hati saya menjadi sukaaa! Auww! <3 huahuahua~ Sebelum ke tempat pertandingan ni, tokmek aku, Mek Jah, dah pesan dah suruh makan dulu. Tapi, disebabkan aku sudah lewat akibat bangun lambat,, aku tak makan juga malah telah membuat dosa dengan meninggikan suara kepada tokmek yang tak habis-habis menyuruhku makan dahulu. Maaf TokMek! Ai Lebiu <3 !
Habis-habis pertandingan, setelah selesai mengutip setiap penyertaan,, terus keluar dari tempat tersebut... nampak2 ramai makcik2 dok berkumpul,, mula-mula.. relax sahaja... tak teringin nak tegur pun. Maklumlah, penat yang amat! Tiba-tiba, ternampak rempeyek depan diorang. masa itulah, perut aku yang tengah kosong ni berbunyi-bunyi meminta makanan. Aku pun mendekati makcik-makcik itu. Ternampaklah beberapa bungkusan nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang. Alhamdulillah! Tapi, seganlah pula nak mintak. Dengan penuh malu dan 100% rasa lapar, "Makcik, nak nasi lemak sebungkus boleh tak?" aku bertanya kepada salah seorang makcik yang memang aku kenali yang bergelar 'Makcik Pah'. Makcik Pah menjawab, "Ala... Kesiannya. Ambik je. Memang untuk dimakan pun. Banyak bungkus pun takpe." Makcik Pah pun menghulurkan sebungkus nasi lemak daun pisang kepada aku. "Hehe . Lapar ni." dengan tersengih aku menjawab. "Kesiannya. Nah, ambbik satu lagi." Makcik Pah pun hulurkan satu lagi nasi lemak. aku menolak tapi dia cakap, "Ambiklah siap-siap. Karang takut habis." Aku cuma senyum n terus cari meja makan. Dengan lahapnya aku makan. tapi takdelah makan kedua-dua bungkus. Satu lagi aku bagi kat adik aku. Dia makan sampai 2! cess! :P
to be continued~ :DD