Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh..
Apa khabar semua? Kaifa ha lukum? Moga-moga korang sihat dan ceria belaka, ek?
Ok, hari ni aku nak cerita tentang….. haa! Korang nak tau tak, kelmarin bufday aku tau. Apa? Korang taknak tahu? Err, terlambat dah….
Huhuhuhuhuhu (gelak sopan)
28 Oktober 199* tercatat dalam sijil kelahiran aku sebagai hari paling bersejarah iaitu hari aku keluar daripada perut mak aku. Hari aku mula menjengah ke dunia dengan sebuah tangisan yang entah kuat ke tak macam suara aku yang bising ni.
Ramai orang tanya aku, either di Facebook or di luar. “Macamana sambut befday, best tak?”. Itulah ayat yang memang aku tak larat nak menjawab semalam. Aku just jawab, “Depan fb je, sebab tengah exam sekarang ni.” Ingatkan dengan jawapan tu, diorang akan stop tanya. But, memang jauh meleset. Ada yang tanya, “Macamana sambut depan fb blablabla.” Tapi, aku layan jelah. Jawab mana yang patut.
28 Oktober 2011. I think, this is the busiest day in this year. Hahaha… Why ? Sebab aku tak larat melayan ucapan-ucapan di Facebook dan telefon Nokia kecikku yang tak berapa canggih tu. Hahaha, nasib baiklah fon aku takde kredit lepas-lepas call Cikgu aku yang mengajar kelas bahasa berirama. 27 Oktober, aku tak tidur sehinggalah pukul 4.30 pagi 28 Oktober. Yelah, dalam pukul 12 hingga 1 pagi, 90 wall post nak kena layan.. Dah penat-penat sangat aku tidurlah.
Lepas-lepas Subuh, aku tidur balik walaupun aku tahu bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa ; Sesiapa yang tidur selepas Subuh, maka dia akan mewarisi kepapaan. Aku tidur lepas Subuh bukannya sebab aku nak mewarisi kepapaan atau kemiskinan tetapi aku ngantuk sangat. Nikmat betul kalau tidur waktu betul-betul mengantuk sehingga aku lupa ada kelas bahasa berirama di sekolah yang start pukul 8.00 pagi. Pukul 9.30 pagi, aku bangun dan terus buka laptop yang betul-betul berada di sebelah aku. Bila aku tengok waktu, apa lagi, terkejut beruklah. Terus aku kejut adik aku and tanya, “Harini hari Jumaat ke?”. Adik aku just angguk. Aku tiba-tiba je jadi berdebar. Terus aku ambik henfon aku yang memang aku sengaja OFF sebab periksa. Aku ketuk bilik abang aku sekuat hati sampailah dia buka sambil menjerit, “Assalamualaikum. Abang Iyi, mintak charger. Emergency ni.” Aku ulang-ulang ayat yang sama sampailah dia bukak pintu bilik dia sambil menghulur charger. Aku call cikgu aku.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Siapa ni?” (suara lembut)
“Cikgu, ni Fatini.”
“Oh, Fatini. Hah, napa tak mai?” (suara tiba-tiba jadi keras)
“Sorry cikgu. Saya terbangun lewat. Bangun-bangun dah pukul 9.30. Hehehehe..”
“Eh eh eh, alasan dia. Takdak ka alasan yang lebih elok?”
“Saya bukannya takmau bagi alasan yang lebih elok tapi sebab tak baik menipu. Berdosa.. Hehehehe…”
“Yelah yelah.”
“Cikgu. Maaf ya cikgu. Saya pergi sekarang jugak.”
“Nak mai sekarang? Tak payahlah. Nanti kamu bincanglah pasal persembahan tu dan jangan lupa bawak baju, kain hitam dengan tudung bawal tau.”
“Ok, cikgu. Terima kasih.. Assalamualaikum.”
“Sama-sama. Waalaikumussalam.”
Alhamdulillah, lega aku. Yelah takut-takut dibuang. Nasib baiklah sebelum ni memang aku selalu pergi. Missed class 2,3 kali je. Manalah tau takut-takut cikgu nak tukar orang lain pulak jadi penyair sebab sebelum ni ramai dah kena tukar sebab tak pergi class. Terima kasih cikgu sebab tak tukar. Memang I love you, wo ai ni, sarang hae lah !
Harini aku nak cerita panjang-panjang sebab lama dah tak update blog ni.
Semalam, sekejap aku offline, sekejap aku online chat di Facebook gara-gara melayan wall post. Bila dah penat sangat. Ah, lantaklah. Korang nak post apa-apa pun, postlah. I don’t care. Pukul 12.45 pagi tadi barulah aku balas semua wall post. Penat tak sangka. Saja je aku menipu satu group ni kata nak AFK blablabla. Tapi tak AFK pun, just malas kejap melayan diorang sebab nak layan Wall kejap. Bila dah habis, barulah aku melayan group tu semula.
Semalam, tiap-tiap kali aku online tapi aku offline chat, ada je sorang budak ni tegur aku. Ayat dia for sure lah bermaksud ‘aku tengah online tapi offline chat’. Tiap-tiap kali aku buat camtu, mesti dia tahu.. Hahaha, pelik pelik…
Oklah, aku dah penat menaip. Penat menekan. Byebye. Salam.. :)