<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Bengkak Mata posted on Wednesday, 9 November 2011 { 15:41

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh..

10  November 2011, 7.20 pagi. Harini aku tak pergi sekolah.  Bukan berniat taknat ke sekolah tapi tak dapat nak pergi. Sedihh :'(

Adik aku  pulak dok marah aku sebab pagi-pagi cemni sempat lagi bukak laptop walhal nak pergi sekolah.
Aku just diam. Kemalasan untuk kelayanan kepertanyaan kediaan. (bosan)

Sedih giler tak dapat pergi sekolah harini sebab aku dengan kengkawan dah ada plan something for today. Hehehehe... Pastu, sedih pulak sebab harini cikgu nak bagi kertas periksa. Aduuh ! Aku nak tau result aku. Tak sabor eden ! Then, harini pulak aku ada janji dengan kengkawan nak makan sekali. Haish, tak dapat nak makan dengan korang. Sorry Yasmin, Najihah and Sharifah Izzati.

Kitorang rancang nak beli maggi cup and bowl. Akulah tukang beli tu. Alang-alang dah lepas exam ni, hilang habislah semua pantang untuk makan semua makanan yang tidak boleh dimakan pada waktu peperiksaan.  Kat sekolah kitorang ada watercooler, so ingat nak tadah situ jelah. Air panas punya ! Tapi, aku tak dapat jugak nak laksanakan perancangan tu.  Yelah, kita hanya merancang , Allah yang menentukan.

Nasib baiklah mak aku mengajar kat sekolah tu. Kalau tidak, kesianlah diorang. Manalah tau harini diorang tak bawak bekal. Tak memasal je tak makan. Kalau makanan kat kantin tu sedap takpelah jugak. Last last, aku suruh mak aku tolong bagi kat diorang. Pilihlah yang mana diorang nak and tinggalkan satu kat aku. Maggi aku nanti aku makan hari Ahad pulak.

Oh ya ! Lupa nak bagitau kenapa aku tak ke sekolah. Aku rasa korang dah tau lah. Tengok title pun tau dah,kan ? Yes, aku mengalami bengkak mata. I dont know why. I dont know how its happen and i dont know when it is happened. Yelah, sedar-sedar pagi tadi mata aku di sebelah kanan bengkak. Ayah aku tanya kenapa and aku just jawab tak tahu sebab aku memang tak tahu.  Aku tanya ayah aku, "Abah, takpe ke pergi sekolah ni? Kang berjangkit pulak." Ayah aku tergelak. Dia jawab, "Berjangkit apanya. Bengkak mata lain, sakit mata lain. Kalau sakit mata sungguhlah boleh berjangkit." Aku cuma diam jelah. Aku gosok baju sekolah.

Selesai menggosok, terus mandi. Habis mandi, aku pergi kat mak aku, "Umi, kalau Tini tak pergi sekolah takpe ke? Ni bengkak ni. Kang susah pulak nak tengok apa yang cikgu ajar." Mak aku pun balas, "Ish, kenapa ni ? Tak payah pergilah. Ni mesti sebab semalam tertidur atas meja. Semut pun mai gigit." "Mungkin." Aku jawab pendek je.

Haih, sayangnya tak pergi sekolah. Aku nak kertas periksa ! Aku nak makan maggi dengan kawan-kawan ! Aku nak buat 'something' yang dirancang tu ! Haish, payah ! Payah ! Hmmph...

Nak buat macamana, takde rezeki aku nak buat semua tu. Redha jelah. Aku merancang, Tuhan yang tentukan. Hmmm...

Byebye, wassalam...