<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Festival Kanak-kanak peringkat Negeri Kedah posted on Thursday, 17 November 2011 { 19:53

Assalamualaikum wa rohmatullahiwabarokatuh..

17  November 2011. Hari yang menyeronokkan dalam hidup aku. Maybe peluang ni hanya akan datang sekali je seumur hidup.

Aku terlibat dengan Festival Kanak-kanak di Kompleks Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kedah. Memang best. Sangat best. Banyak bakat anak-anak muda dicungkil. Mungkin diorang yang akan mewarisi warisan Melayu ni yang semakin pupus ditelan zaman.

Hari ni, aku serius seronok sangat. Walaupun festival ni xdelah semeriah Jomheboh. Tak segah perkahwinan Dato' Sheikh Muszaphar Shukor. Tak semewah perkahwinan Dato' Siti Nurhaliza tapi memang cukup untuk mengukir kenangan indah dalam hidup aku.

Aku pun taktau kenapa aku suka and seronok sangat. Yelah, mungkin sebab ni lah first time aku terlibat dengan menda-menda camni. Mungkin sebab aku dapat belajar sesuatu yang memang aku takkan dapat dekat sekolah ataupun melalui buku. Mungkin sebab tahun ni jelah aku dapat enjoy sebab tahun depan nak PMR. Mungkin sebab aku dapat ramai kawan baru. Mungkin sebab err sebab err err... Apa apa jelah, kan.. Tapi serius best sangat..

Aku benci makeup. Seriously aku tak suka. Yelah, aku bukanlah macam remaja pompuan yang lain. Aku memang tak suka bab-bab bermake up ni. Nak make up pun tak reti. Bahan makeup pun bukannya aku beli. Buat membazir je. Tapi, apakan daya bila permintaan aku untuk tak makeup ditolak. Huaaa.. Aku pun makeup sendiri. Haha, ala kadar je. Amik warna coklat. Memang semua tak perasan yang aku makeup. Pastu kawan aku tegur kata muka aku nampak pucat tak bermakeup. Last-last dia tolong makeup kan aku. Nasib baiklah tak terang. Memang nampak lain lah bila dia makeup dengan bila aku makeup sendiri. Itupun kalau tak, dia nak boh lipstick yang merah giler ! Aku tak bagi. Aku boh lipstick yang cair-cair je warna. Err.. Nasib baiklah dia tak boh eyeliner, kalau tak memang merahlah mata aku. Sebab aku mana biasa eyeliner semua. Kalau tak, memang mata aku jadi merah bila bubuh. Haha.. Ok, aku perempuan yang pelik. Tapi pelik itu unik ! Ngahaha XD 

Persembahan aku merupakan persembahan kedua selepas majlis pelancaran. Tapi, aku ang the geng semuanya dah terlibat daripada masa pelancaran kerana suara kami memainkan peranan untuk menyanyikan lagu pelancaran majlis yang bertemakan 'Kembara Mek Mulung'. Seorang puteri kecil yang akan nyanyi dulu and disambut oleh geng aku. Suara budak tu sedap. Comel ! Ada alunan yang memang tak dapat dekat bebudak kecik yang lain. Dahlah dia pandai berlakon. Eiii geram ! Rasa macam nak cubit je dia. Haha ><

Persembahan aku tiba. Aku yang kena lead diorang masuk. Memula tu memang teragak-agak jugaklah waktu nak masuk tu. Tapi, kena memandai lah cari part yang sesuai waktu nak masuk.

Persembahan semua best. Aku paling suka kumpulan pergendangan. Ya Allah, teruja betul aku dengar diorang main. Best giler !

Waktu finale pulak, semua bebudak tarian, teater, syair and lagu rakyat dikehendaki untuk menari di atas pentas. Bebudak gendang pulak kena mainkan lagu untuk kitorang menari. Aku kena lead bebudak finale masuk. Haish,~ Dahlah aku dok tepi sekali sebelah bebudak pergendangan. Waktu aku masuk tu ok lagi. Tapi aku rasa macam aku buat tarian yang sama lama sangat. Tetiba seorang budak pergendangan bagi isyarat suruh tengok belakang. Aku pusing belakang. Orang lain semua dah menari ! Cepat-cepat aku pun ikut. 

Bebudak pergendangan semua gelak. Chehh sampai hati. Haha.. Tapi tanx lah budak yang bagi isyarat tu. Kalau tak, memang aku buat tarian yang sama je dari awal sampai habis. Haha...

Waktu nak balik tu, rasa macam sayang lah pulak. Yelah, takleh jumpa dah kawan-kawan sekolah lain tu. Takleh jumpa dah krew-krew kat situ and tak boleh jumpa dah cikgu yang mengajar aku. Sedeh.. Hmmm :(

Takpelah, kalau ada jodoh insyaAllah akan bertemu lagi.

Sekian, wassalam...