<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Geram geram geram posted on Thursday, 10 November 2011 { 16:54

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh...

Haaaaaaaaaaaarghhhhhh!
Geram geram geram...

Aku geram sangat.  Oke, actually pagi ni aku ada terlibat dengan satu camping ni. Tapi entah kenapa tetibe je dibatalkan. Aiyoo~

Naseb baek lah pembatalan tu diberitahu awal-awal.  Pastu, dah alang-alang perkhemahan tu dibatalkan, aku pun ingat nak pergi lah kelas bahasa berirama dekat sekolah hari ni. Last-last tak dapat jugak pergi. Hergh ! Geram !

Oke, fine. Aku tahu aku pun salah jugak sebab terbangun lewat. Sepatutnya lepas-lepas Subuh tadi aku tak tidur and kena terus bersiap. Tapi aku ngantuk sangat. Yelah, tidur pun lewat semalam. Pastu lepas-lepas Subuh pun tidur sampailah pukul 8.30 pagi barulah aku tersedar. Walhal, kelas tu start pukul 8.30 pagi. Aigoooo.. Aku terlewat dah.

Aku mandi cepat-cepat. Pakai baju cepat-cepat. Gosok tudung cepat-cepat. 15 minit aku ambik untuk bersiap. Keluar-keluar rumah, nampak mak aku sidai baju.

Aku : Umi, Tini dah lewat ni. Mintaklah adik tolong sidai. Takpun nanti balik Tini sidai.

 Mak aku suruh masuk ambik kunci kereta. Memandangkan aku pun terlupa nak ambik fon, aku pun masuk rumah pastu keluar balik.

Aku : Umi, kunci kereta kat mana?
Umi : Dalam handbag umi.
Aku : Itu handbag umi. (tunjuk ke arah handbag mak aku)
Umi : Ambiklah kunci pergi start kereta.
Aku : Kejap-kejap. Tini terlupa nak ambik fon.

Aku terlupa pulak kat mana aku letak fon. Hahaha.. Biasalah, bukan mesej dengan sesiapa pun. Buat habis kredit je. Pastu, pergilah mintak pinjam fon mak aku. Call-call dengar ringtone. Dah jumpa.

Turun bawah nampak mak aku duduk atas sofa. Ada bakul depan dia tapi kosong. Dah habis sidai baju lerr tu. Haish, mak aku  ni degil. Suruh tinggal nanti orang lain tolong sidai pun takmau.

"Umi, jom. 8.50 dah ni.  Lewat dah ni." Aku cakap kat mak aku sambil menyarung kasut sukan merah hitam. Mak aku tiba-tiba tanya, "Kunci kereta mana?" Aku pelik. Kenapa tanya aku?

Aku : Aik, Tini tak ambik tadi. Ada dalam handbag lah. Tadi umi kata ada dalam handbag.

Mak aku bukak handbag dia. Belek-belek. Bukak tutup zip.

Umi : Takdak ni.
Aku : Laa, tadi umi yang kata ada dalam handbag.
Umi : Masalahnya, takdak ni.
Aku : Habis tu, ada kat  mana ?
Umi : Manalah umi tau.

Ya Allah ! Bertambah pening aku. Nak dekat pukul 9 dah ni. Memang aku dah lewat setengah jam dah ni. Mak aku pulak sempat lagi kemas-kemas rumah. Tapi kunci kereta tak jumpa lagi Aduuh! Geram sudah.

Aku : Umi, lekaslah. Lewat dah ni.
Umi : Hah, taupun.Tadi orang kejut awal-awal takmau bangun. Kan dah kalut.
Aku : Nak buat camne. Tadi Tini tak tersedar.

Mak aku membebel. Blablabla... Aku tak larat bertekak dah dengan mak aku. Tak memasal kang jadi
anak derhaka. Dahlah aku melawan cakap mak aku tadi dah berdosa.

Aku bukak kasut. Aku masuk rumah. "Ok, Tini takyah pergi. Senang cerita. Habis cerita."

Aku terus naik atas. Masuk bilik. Bukak laptop. Bukak blog. Menaip.

Itu je. Oklah. Bye, wassalam...