<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Hangout With Friends posted on Saturday, 12 November 2011 { 03:52

Assalamualaikum wa rohmatullahiwabarokatuh.

Apa khabar semua ? Semoga anda sihat dan ceria belaka. :)

Tadi kan tadi kan, aku pergi main boling. Aku pergi dengan kengkawan sekelas. Kitorang pergi Star Parade bukannya City Plaza sebab Star Parade lebih besar, baru dan senyap sikit berbanding City Plaza yang memang hingar-bingar yang teramat.


Tadi aku main 3 game. First and second game bayar sendiri. Yang ketiga pulak kawan belanja. Mula-mula tu nak main 2 game je pastu ada sorang kawan ni nak main lagi 1 game. Takpelah, aku teman dia. Dia pun kata dia nak tolong belanja. Aku ni pantang kalau orang nak belanja. Hehehehe... Orang kata, tak baik tolak rezeki. 

Malulah jugak tadi sebab aku bukannya terer sangat main boling. Dahlah lepas-lepas puasa haritu, ni lah first time aku main boling. Keluar dengan kawan-kawan pun dah jarang. Kalau sebelum puasa haritu, bukan maen. Keluar tiap-tiap minggu. Main boling pun tiap-tiap minggu. Tengok wayang kadang-kadang. Haha..

Yang bestnya waktu main boling tadi, time aku strike. Woohoo ! Haha.. Tapi aku strike 3 kali je. Sedih.. Lama tak maen. Game 1 aku last. Game 2 aku first. Game 3 aku last. 

 Game 2 tu, actually aku dapat last. Pastu waktu round ke-10, tetibe je aku strike 2 kali. Aku pun taktau kenapa. Mungkin aku geram sebab teringat kisah semalam.

Sempatlah jugak cerita dekat seorang kawan aku yang memang rajin benarlah teman aku kalau nak keluar. Dia jugaklah yang belanja aku maen boling. Sharifah Izzati namanya. Dia tu terer jugak main boling. Haha.. Aku selalu kalah dengan dia. 

Aku adalah cerita serba-sedikit dekat dia tentang kisah semalam waktu Game 3. Masa tu, aku je yang temankan dia sebab kengkawan lain nak pergi Popular kejap. Aku cerita kat dia. Err, adalah hampir menangis sikit. Yelah, sedih kot. Dia just nasihat takyah pikir dah and bayangkan bowling pins tu muka budak yang hina aku tu. Hahaha.. Jahat betul. Hahaa..

Lepas-lepas habis Game 3, aku dengan Sharifah Izzati pun chow and belah daripada bowling alley tu. Kitorang pergi Popular. 

Then, kitorang berjalan daripada Star Parade ke City Plaza. Fuhh, penat. Dahlah cuaca panas. Yelah, kitorang actually nak beli barang untuk persembahan Festival Kanak-kanak yang bakal diadakan di Taman Budaya pada 17 November ini. Kitorang nak kena cari kerongsang untuk dipakai di kepala katanya. Ish, pelik-pelik cikgu aku punya idea. Ermm, entahlah.

Kitorang tak cari kerongsang tu dekat Star Parade sebab kat sana mahal. Bajet sorang RM4.50 je. Lama memusing. Memang jumpa yang berkenan di hati tapi takde yang sama untuk 15 orang. Haish. Payah.

Kaki aku dah sakit. Tumit aku dah poerit. Aku tak larat dah. Mengantuk pun ada. Haiyoo~ Nasib baiklah akhirnya jumpa jugak. Kalau tak, memang tak cari and aku balik dah.

Sharifah Izzati and jirannya yang juga merupakan kawan sekelas aku, Munirah datang dengan bas. Diorang nak pergi beli tudung pulak. Aku just biarkan diorang pergi coz aku memang tak larat dah. Aku terus col abah and abah suruh tunggu. Tapi, bosanlah tunggu sorang-sorang. So, aku berjalan pergi ke kedai Komik. Fuhh, lama tak tengok komik. Rindu eden ! Lama jugak aku dok kat kedai komik tu. Kaji semua buku. Mengagak mana best dan yang tak best. Memandangkan aku dah lama tak beli komik, banyaklah komik yang aku belum baca. Kesimpulannya, 2 komik jepun and 1 komik tempatan. Haha.. 

Aku sebelum ni tak pernah pun beli komik tempatan. Tu yang nak try tu. Best ke tak, ek ?

Lepas-lepas beli tu, terus keluar. Pergi tunggu depan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Aku tunggu sambil baca komik. Mengantuk gila. Rasa macam nak baring je. Itupun kalau bolehlah.

Ayah aku sampai. Masuk-masuk kereta terus tidur. Sampai rumah, aku masuk bilik terus tidur. Straight sampai lepas Maghrib. Sedar-sedar 7.40 malam. Bangun cepat-cepat and terus mandi. Nasib baiklah still ada masa nak solat lagi. Habis solat, bukak komputer, bukak blog, menaip. Haha..

Tak sangka aku boleh tahan untuk tidak online selama 8 jam. Haha.. Aku lebih prefer nak tidur memandangkan semalam tidur lewat tetapi bangun awal.

Oklah, bye. Sekian, wassalam.