<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Lobster :'( posted on Wednesday, 9 November 2011 { 07:56

Assalamualaikum..
Malam ni aku takde mood.  Geram nih !

Malam ni, ayah aku tetibe ajak buat BBQ walhal baru je Ahad haritu kitorang bakar-bakar daging semua
buat BBQ. Haish, pelik ayah aku ni. Jarang dia mintak buat BBQ segala. Tetiba je rajin pulak malam ni.

Tapi, akulah pulak yang rasa tak larat malam ni. Haih, nanti nak kena buat itu ini. Malas aku. Waktu takde mood la diorang nak start BBQ segala. Hmph !

Aku tengah ralit bukak Facebook. Seronok membalas komen blablabla.. Tetiba, "Kak Tini, turun bawah ! Mai tolong orang nak membakar ni." Adik aku pulak panggil. Haish, sebok je dia. Tak boleh tengok aku senang.

Aku buat taktau. Lepas beberapa minit, aku pun capai tudung and terus keluar rumah. Ayah dengan abang aku tengah membakar daging.  Ada dua jenis iaitu ; daging perapan tokmek aku and daging perapan kakak aku. Lobster dah siap dibakar. Waah ! Nampak sedap !

Nenek aku ambik satu  lobster. Dia kopek-kopek kulit lobster tu and makan isi. Aku mintak sikit sebab nak rasa. Makan-makan. Pergh ! Sedap sehh~ Dahlah aku dah berhari-hari tak makan udang. Asyik-asyik jumpa daging je. Kalau kerbau ke, kambing ke, takpelah jugak ! Ni tak, lembu je. Tapi takpe and Alhamdulillah la sebab sekurang-kurangnya ada juga makanan untuk dimakan daripada takde makanan kan.. Maafkan aku Ya Allah sebab merungut..

Itu ini aku buat. Sambil buat kerja sambil lahap. Sambil lahap sambil buat keja and sambil-sambil tu naek atas check notification and perkembangan group Kami Budak 1997.

Tetiba je aku rasa nak termuntah. Waktu aku rasa macam tu lah ayah aku, nenek aku, abang aku semua suruh aku buat lagi macam-macam. Dah suruh aku amik pinggan tapi tak mintak amik pisau siap-siap. Pastu kena masuk ambik pisau balik. Then, mintak tolong amik buah limau pulak. Lepas keluar, mintak tolong amik nasi putih. Dah bagi nasi putih kena masuk balik sebab nenek aku mintak tolong ambik air. Aku rasa nak termuntah tahap maksima dah.  Pastu , ayah aku pulak limau lagi. Terus aku cakap, "Abah, Tini nak termuntah dah ni." Terus aku masuk pergi amik buah limau. Aku tak jawab apa-apa pun waktu sebelum aku masuk nak amik limau tu. Ayah aku ada tanya, "Nak termuntah kenapa ?" Aku tak jawab apa-apa. Takde  mood nak jawab. Lepas dah amik tu, lepas bagi, aku terus je masuk umah and naek atas. Aku sambung 'online'. Walaupun rasa nak termuntah, keinginan online lebih tinggi daripada keinginan nak termuntah.

Sedang syiokk online, adik aku panggil, "Kak Tini ! Turun ! Jom makan !" Aku masih terasa nak bluwekk. So , "Takpelah, korang makan dulu. Kak Tini still terasa nak termuntah ni."

Lepas beberapa minit, aku dah rasa okey. Rasa segar balik. Aku keluar rumah and, "Laa, lobster dah habis." Kecewa gila. Makanan favourite aku tu. Boleh je family aku tak tinggalkan ? Sedih gila. Walhal diorang tahu aku suka... Memang sedih sangat-sangat.

Umi : Ingatkan taknak sebab tadi kata nak termuntah.
Abah : Nahlah, tinggal daging bakar je. Ambik daging ni.
Adik : Itulah, orang suruh turun tadi taknak.
Abang : Alaa, makan daging tu.

Aku geram, kecewa, sedih. Aku amik sekeping daging paling kecik and trus blah. Aku geram giler giler. Haish.. Orang panggil pun aku buat derk je. Aku buat pekak badak je tapi mak ayah aku panggil aku cuma menyahut ya je. Aku memang merajuk giler dengan diorang. Sampai hatii.. Bukannya selalu boleh makan lobster.

Hmm, mungkin bukan rezeki aku... :'(