<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Pasar Malam posted on Friday, 18 November 2011 { 02:23

Assalamualaikum wa rohmatullahiwabarokatuh..

Ok, sekarang ni aku baru je sampai balik dari pasar malam yang memang tak jauh dari umah aku. Korang tak tanya pun ? Ada aku kesah ? Ngehngehngeh ...

Tadi, waktu aku tengah syok-syok online, tetibe je mak aku panggil suruh bersiap nak pergi pasar malam. Nasib baiklah waktu tu aku pakai baju lengan panjang dah semua. Tinggal nak pakai tudung jelah. Nasib baik tudung dah ada. So, aku teruskan online. Beberapa minit sebelum pergi, aku pun logout Facebook and shut down komputer. Terus turun bawah.


Pakai tudung. Pergi dekat ruang tamu. Duduk dengan mak and nenek aku. "Adik takmau pi umi. Tadi dah tanya banyak kali. Dia kata nak beli spek macam Abang Iyi tapi Abang Iyi takmau bukak pintu bilik." Aku bagitau Umi. Mak aku pun kata, "Emh, kalau dia takmau pi, ikut dialah." Haha.. Aku tau. Mak aku malas nak layan. Kang menjadi-jadi pulak adik aku. Tetiba mak aku suruh gi amik payung dalam kereta dia and bawak keluar. 

Umi : Tini, tolong bawak keluar payung dalam kereta umi.
Aku : Aik ? Kita nak pergi naik kereta sape ?
Umi : Naik kereta abahlah. Tengah tunggu abahlah ni.
Aku : Ooo. Kalau camtu, Tini malas nak pi lah.
Umi : Aik ? Kenapa pulak ?
Aku : Yelah, nanti umi nak shopping banyak. 
Umi : Takdelah. Umi tak keluar. Tak larat.
Aku : Habis tu, tokmek pulak ?
Umi : Hah, kenapa dengan tokmek ?
Aku : Yelah, tokmek kan nak pergi pasar malam jugak. Dah siap comey-comey tu takkan tak keluar jugak.
Umi : Alaa, nanti Tini temanlah tokmek. 
Aku : Haa, nak teman orang shopping yang Tini malas ni.
Umi : OO,, teman orang takmau. Kalau orang tak teman dia tak boleh.
Aku : Kalau orang lain teman Tini takpelah. Alaa, nanti mesti umi suruh Tini pergi beli makanan semua. Nanti Tokmek nak beli sayur pulak.
Umi : Alaa, dekat-dekat je pun.
Aku : Alaa, umi keluarlah pergi teman Tokmek. Tini pergi beli makanan.
Umi : Umi tak larat lah.
 Aku : Kalau camtu, Tini takmau pi lah. 

Aku terus lari naik atas. Bukak computer. Tetibe je komputer tak boleh bukak. Dua tiga kali aku try. Tak boleh jugak. Hmph, tak berkat melawan ibu... Kan dah tak boleh guna.. Pastu, aku terus turun bawah balik. Terpaksa jugak ikut umi aku. Kesianlah pulak.

Sampai-sampai pasar malam aku cakap, "Umi, turunlah jugak." Alhamdulillah, mak aku turun jugak. Singgah kedai seluar sebab nenek aku nak beli seluar. Then, mak aku hulur duit. Aku tanya, "Nak beli apa kat abang Iyi dengan adik ?" Mak aku tanya aku balik, "Tini nak beli apa kat Tini?" Aku jawab, "Maggi." Mak aku jawab balik, "Kalau macam tu, beli sama semua. Maggi tiga bungkus."

Terus aku jalan ke depan. Pergi kat gerai maggi goreng. Alaa, belum digoreng. Sedih heh ! Pastu patah balik. Aku tengok sekeliling. Nampak-nampak kebab, terliurlah pulak. Lama dah aku tak makan. Terus singgah and beli untuk tiga.

Disebabkan mak aku bagi RM10 and kebab pulak berharga RM2.50 setiap satu, so baki masih ada still RM2.50. Aku pun pergi dekat gerai air. Dahaga pulak. Beli untuk tiga orang jugak. Aku beli air tembikai susu. Entah macamana, aku boleh fikir yang air tu berharga RM0.50 setiap satu. Bila dia dah selesai bungkus, baru aku teringat setiap satu RM1. Ya Allah ! Waktu tu aku memang macam paniklah. Mak aku pulak ada mana ek ? Nasib baiklah aku bawak dompet aku. Fuhh ! Selamat.

Habis-habis beli, terus aku pergi cari mak aku dekat hujung pasar malam. Alhamdulillah umi and nenek aku ada kat situ. Mak aku tengah tunggu aku rupanya. Yelah, nak pergi jalan sama-sama pergi dekat kedai sebelah pasar malam tu sebab ayah aku ada dekat situ. Ayah aku pergi amik kotak...

Balik-balik umah, terus aku bukak komputer. Alhamdulillah dapat jugak bukak. Berkat balik sebab teman jugak mak aku. Haha.. Thanks Ya Allah..

Oklah, sampai situ je. Bye, salam... :)