<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Penat, Tak Cukup Tidur, Letih, Mengantuk, Blablabla.. posted on Wednesday, 16 November 2011 { 03:28

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh..

Ehem2, ok.. Sekarang aku tengah mengantuk sangat. Baru tadi aku sampai balik rumah. Aku bukan dari sekolah tapi daripada Kompleks Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kedah. Ok, dalam minggu ni, cuma 1 hari je yang aku masuk ke dalam kelas and buat jelah apa2 pun tapi memang ada dekat sekolah for 1 days. Lagi 4 hari, semuanya aku out daripada sekolah. Dua hari lepas, 14-15 November. Aku pergi rombongan
ke KL and today dan esok pulak aku kena pergi ke Kompleks Kesenian dan Kebudayaan Negara di Alor Setar, Kedah.

Aku ke Kompleks ni sebab ada persembahan yang kena dipersembahkan. Aku and beberapa schoolmate serta rombongan pelajar sekolah lain yang terlibat dalam kelas-kelas khas yang disediakan oleh Jabatan Pelajaran ni dikehendaki menyampaikan persembahan berdasarkan apa-apa yang telah kitorang pelajari.

Banyaklah sekolah-sekolah yang terlibat. Aku merupakan pelajar daripada SMK Sultanah Bahiyah and sekolah kitorang ditawarkan untuk mempelajari Seni Bahasa Berirama. Berdasarkan kelas ni, aku dapat belajar macam-macam perkara berkenan bahasa and budaya. Aku belajar jenis-jenis syair, lagu-lagu rakyat, bernazam, mendeklamasi sajak, menyampaikan pantun, bercerita menggunakan alat dan tanpa alat and banyak lagi. Kelas ni memang mereleasekan tension aku. Dekat Kedah ni, hanya sekolah aku and SMK Pulau Nyior je yang belajar tentang seni bahasa berirama ni. Sekolah-sekolah lain pulak, ada yang belajar tentang alat-alat muzik seperti kelas gendang, kompang, percussion, violin, tarian and teater.

Ok, straight to the point. Pagi tadi, lebih kurang pukul 1.30 pagi aku sampai dari KL. Nasib baiklah ayah aku dah ada dekat sekolah waktu aku sampai tu. Dahlah bateri fon pun takde. Haih~

Sampai-sampai rumah, aku tak boleh tidur. So, aku bukak komputer and log in Facebook setelah rindu aku kepada Facebook dipendam selama 2 hari. Sob..sob.. :(

Itupun kena bebel jugak dengan ayah aku suruh tidur. Aku berlengah and last last tak tutup pun. Pukul 3 lebih aku dah start mengantuk and aku terus tidur. Pukul 6 bangun. Ya Allah, mengantuknya... Tapi terpaksa jugak bangun sebab teringatkan rehearsal yang akan diadakan nanti. Lepas bersiap, masuk dalam kereta terus aku tertidur. Sampai sekolah aku terjaga and terus pergi cari bebudak kelas bahasa berirama. Aku dah malas nak masuk dalam kelas and aku malas nak pergi jaga kawasan yang sepatutnya aku bertugas.

Pukul 7.40 pagi. Lebih kurang camtulah, aku and kengkawan pun bertolak ke Kompleks tersebut menaiki kereta cikgu. 21 orang murid pergi menaiki kereta 4 orang cikgu. Sampai sana, kitorang dijamu sarapan. Kuetiau goreng. Sedap lah jugak. Arhhh.... Waktu aku tengah lapar, semua mende jadi sedap.

Habis-habis makan, berkumpul balik kat khemah persembahan. Tunggu punya tunggu. Aku bosan gilerrr... Taklimat pun takde. Itu takde Ini takde. APTB ! Herghh ! Nasib baiklah aku bawak novel Impiana Finale karya AinMaisarah.. Sempatlah jugak baca satu bab sebelum taklimat diberi.

Then, kitorang diajar lagu Mek Mulung sebab nanti nak kena nyanyi ramai-ramai. Habis ajar, kitorang dikehendaki pulak naik ke atas pentas. Nak tau buat apa ? Kena menarilah pulak ! Aduuh ! Ingat kitorang ni bebudak kelas tarian ke ? Aish, tapi nasib baiklah tarian tu tak susah. Koreografi tu ajar yang senang-senang je. Tapi aku paling tak suka part gelek tu. Ya Allah ! Dahlah ada orang lelaki. Malu siot. Esok pulak, aku dahlah pakai baju kurung. Takkan nak kena gelek dengan baju kurung tu ? Ish, memalukan ! Aiyoo.. Nasib baiklah aku bukan budak tarian. Haha.. Sebab apa ? Sebab bebudak tarian gelek.. aduuh ! Kalah dangdut. Dahlah tangan melentik-lentik hah ! Aku pulak tangan keras macam kayu ! Hahahaha...

Then, kitorang ada rehearsal untuk persembahan masing-masing. Bebudak kelas bahasa berirama kena sampaikan syair and lagu rakyat. Disebabkan SMK Pulau Nyior terdiri daripada bebudak Form 6, so diorang tak dapat hadir sebab STPM. Nasib baiklah ada sorang kakak Form 4 dari sekolah diorang ada. Dia kena sampaikan syair versi Perindu manakala wakil daripada sekolah aku pulak sampaikan syair versi Siti Zubaidah. Yang lain-lain kena nyanyi lagu rakyat.

Lepas-lepas lunch, kitorang kena buat rehearsal penuh. Aduuh ! Dahlah tarian aku tak berapa betul. Tetiba pulak aku yang kena lead untuk naik pentas. Gabra gilerr.. Nasib baiklah ada akak kat Kompleks tu yang nak tolong bagi 'Q'. Yelah, aku taktau part mana nak masuk. Tarian pun aku hentam keromo je tengok orang lain. Yang malunya, sebab aku ada sebelah bebudak gendang. Haishh.. Dahlah diorang ushar semua orang.. Aduuh ! Malu eden !

4 kali rehearsal poenuh. Memang penat gilerr. Aku ni dahlah tengah mengantuk yang amat. Dengan laparnya. Dahaganya. Nasib baiklah makanan disediakan. And ada jugak makanan yang dijual. Alhamdulillah dapat refill balik tenaga yang hilang.

Tapi takpe sebab diorang puji persembahan kitorang. Menaikkan semangat woo ! Haha.. We'll do the best tomorrow ! Chaiyook ! Haha..

Okbaii, ngantuk ni. Nak gosok baju and prepare segala barang untuk esok. Wassalam...