<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Persekolahan yang memenatkan posted on Tuesday, 8 November 2011 { 02:16

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh. Ehem ehem...

Perh, ponat eden ! Today is the busiest day ever in this year, maybe.

Oklah. Straight to the point, tadi aku sekolah. Harini, sekolah aku adakan Kenduri Qurban sempena Hari Raya Aidiladha. So, semua pelajar dikehendaki memakai baju kurung atau jubah ke sekolah serta memakai
tudung dan selendang tidak dibenarkan. Tapi, ada je yang pakai selendang. Maklumlah, setiap sekolah mesti ada je murid yang ikut peraturan dan tidak mengikut peraturan. Tapi, para pengawas diminta memakai baju sukan sekolah kerana semua pengawas terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk membantu guru-guru. And kitorang dibenarkan untuk membawa baju kurung sebagai ganti waktu jamuan nanti.

Oklah, tadi sebelum start jamuan yang bakal start pukul 12.30 tengahari, form 1, 2 and 4 dikehendaki untuk mendengar ceramah dalam dewan. Form 3 and 5 pulak diorang ada aktiviti Eksplorasi Haji di sekitar kawasan sekolah. Pengawas-pengawas tingkatan 1, 2 dan 4 semuanya bergerak menuju ke khemah untuk menolong cikgu-cikgu. 

Mula-mula tu, cikgu mintak pengawas untuk angkat tikar kat belakang.Pengawas-pengawas yang tak berapa nak faham macam aku ni pun bergeraklah ke Balai Waris. Pengawas-pengawas lain pun ikut sambil diketuai aku. Aku pun buat-buat tau jelah. Ok, aku buat bodoh sombong. Biarlah.

Sampai-sampai kat Balai Waris, cikgu-cikgu semua pandang kitorang. Diorang tanya, "Buat apa ni?" Aku pun jawab, "Err, tadi Ustazah Azlin suruh mai tolong." Cikgu-cikgu sambung kerja diorang balik. Pastu, "Hah, mai lah tolong. Potong-potong bawang ni." Aku bila dengar perkataan 'potong bawang' terus jadi macam, err... Yelah, aku kan tak suka masuk dapur. Haha. Oke, aku tau aku anak dara tapi aku memang malas masuk dapur. Harap faham. Sukahatilah nak panggil pemalas pon. :)

Bila cikgu panggil banyak-banyak kali, aku pun bukak kasut. Kengkawan aku pulak dok diam je. Senior-senior and junior-junior pulak berdiri tegak je dekat bawah khemah. Hadoish.. Tiba-tiba, kawan aku tarik tangan aku, "Tini, jom pergi tengok lembu. Aku nak tengok diorang sembelih." Aku terus turun pakai kasut balik. Pastu, aku berdiri tegak je. "Err, boleh ke?" Aku tanya kawan aku. "Alaa, kita selinap masuk je. Nasiblah boleh ke tak." Kawan aku jawab. Aku dengan kawan-kawan aku berjalan ke khemah. Kitorang tanya senior-senior and junior-junior, "Mana orang yang cikgu suruh angkat tikar tu?" Diorang just angkat bahu tanda tak tahu. Pastu, tetiba je aku ngan dua orang kawan aku yang juga pengawas lari. Kitorang nak lari daripada menolong memotong bawang sebenarnya. Hahaha..

Baru je nak lari tiba-tiba pengawas-pengawas yang diarahkan angkat tikar datang. Diorang bawak tikar. Aku just sambut and tanya, "Nak letak mana ni?" Diorang kata dekat Makmal ICT.  Aku just Alhamdulillah terlepas daripada memotong bawang.

Sepanjang perjalanan ke makmal ICT, aku ngan sorang kawan aku ni sembang kosong. Kitorang cakap kitorang tak suka potong bawang. Hahaha.. Topik kitorang ialah 'bawang'. Sampai-sampai makmal, kitorang sandarkan tikar dekat dinding. Kawan aku, Shira ajak aku pergi tengok lembu. Nak tengok diorang sembelih lembu. Aku pun 'ok' je. Kitorang selinap masuk ikut pagar belakang makmal ICT. Kitorang pergi dekat khemah guru. Naseb baeklah mak aku cikgu sekolah sana, kalau tak memang dihalau rasanya.

Aku saja-saja pergi meronda khemah guru meng'ushar' makanan. Laparr meh ! Tetiba sorang cikgu laki mintak sorang cikgu pompuan ni tangkap gambar waktu orang tengah sembelih sebab dia nak kena tolong pegang tali. Cikgu tu taknak and suruh aku yang tangkap. Aku pun amik jelah fon cikgu tu dah alang-alang ada peluang depan mata. Hehhe.

Aku pun klik klik jelah waktu diorang tengah sembelih tu. Best woo.. Aku suka tengok orang sembelih lembu. Entah kenapa. Maybe sebab tu lah kot aku tak geli.

Pastu, waktu orang melapah lembu tu pulak, aku pun tengok jugak. First time woo tengok dekat-dekat. Haha.. Aku tengok orang melapah lembu tu. Waktu aku tengok ustaz aku melapah, dia kata, "Mana aci hampa dok saja ja. Mailah tolong."  Aku tanya, "Tolong apa ustaz?" Dengan selambanya ustaz tu jawab, "Tolong angkat organ-organ daging ni." Ternganga mulut aku. Ustaz tu gelak. "Hahaha, baru cakap. Belum suruh buat lagi." Yelah, ustaz aku mintak tolong kat murid pompuan macam aku ni sebab sekolah aku tu takde pelajar lelaki. Sekolah aku sekolah perempuan sahaja.

Tiba-tiba ada je cikgu lelaki suruh tolong angkat hati lembu. Shira offer diri nak angkat. Then, cikgu tu hulur limpa lembu pulak. Aku rasa err geli. Nak angkat taknak nak angkat taknak. Haish. Terpaksa angkat. Tangan aku rasa geli gila. Hahaha.. Lembik lembik je limpa tu. Eeeuww... Habis tangan aku berlumuran darah.

Alang-alang dah berdarah, cikgu aku suruh pulak angkat daging yang ada lemak banyak. Aku pegang daging tu. Aduuh ! Lembik sangat-sangat. Geli~ Hampir terjatuh daging tu. Ahahaha.. Tapi best !

Pastu, aku kena bertugas belah agihan daging korban. Pergh, lagi banyaklah darah yang berlumuran kat tangan aku ni. Rasa macam malas je nak basoh. Hahaha.. Sampaikan tangan aku ni dah berbau lembu.

Cikgu-cikgu pulak kejap suruh ke sana sini. Aku rasa macam aku sempat tawaf sekolah dah tadi. Kejap ke hulu pastu ke hilir kemudian ke hulu balik then ke hilir balik. Naik tangga turun tangga , naik balik turun balik. Wawaah, penat betul. Tapi takpe aku tak kisah. Mudah-mudahan mendapat keberkatan and mudah-mudahan aku menjadi kurus sebab aku dah lama tak exercise. Ngahahahaha...

Sepanjang-panjang menjalankan tugas, aku asyik dahaga je. Nasib baeklah aku bawak air. Lapar tak terhingga pun ada. Perrh.. Nasib baiklah aku bawak bijirin. Boleh ngap ngap.

Yang bestnya, waktu cikgu suruh aku angkat air mineral berkotak-kotak daripada anjung terbuka. Aduuh ! Anjung terbuka dengan Balai Waris tu umpama Melaka ke Perlis. Jauh tu! So, aku pun cari troli. Tak jumpa-jugak. Tanya budak Form 1, diorang kata diorang pun nak guna untuk angkut air mineral. Alhamdulillah.. Aku dengan Shira pun naik atas troli tu. Kitorang duduk. Budak-budak Form 1 bawak kitorang. Haha.. Tapi, diorang buli kitorang. Diorang bawak belok sana belok sini sekejap berhenti sekejap slow sekejap laju. Hahaha.. Pening kitorang dibuatnya.

Time to eat ! Waah, makanan semua sedap-sedap.

Menu : 
+ Sup tulang
+ Daging harimau menangis
+ Daging rebus dan air asam

Pergh, serius sedap ! Sehingga menjilat jari kaki ! (hiperbola)

Mak aku kata, harini dia balik lewat so aku mintak mak aku tolong call my abah. Aku seriously tak larat giler. Lali je. Rasa nak tidor je. Kalau ada bantal depan aku, mmg tido je. Kalau boleh, nak baring je atas tanah. Kalau bolehlaa... Tapi, apakan daya. (cheh,ayat!)

Masuk dalam kereta, sembang dengan abah aku. Terus rasa segar. Balik-balik umah, terus bukak Facebook. Bertambah-tambahlah kesegarannya. Hahaha..

Oklah, nothing to say. Aku dah cerita banyak. Banyak benda telah diceritakan. Okbaiii. 
Assalamualaikum.. :)