<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Salad :D posted on Wednesday, 2 November 2011 { 01:35

Assalamualaikum,
Halo halo halo~  Gembiranya aku harini,
Yelah, last day sekolah untuk minggu ni lah katakan. Then, cuti berterusan selama lima hari.

Today, i wanna talk about salad.


''Yang ni ke ?''
Of course lah bukan yang ni. But,

Yang ni lah. Tapi, gambar tu bukan gambar yang aku tangkap pun. Aku cilok dari internet je. Haha, tak sempat nak tangkap. Malkumlah, sedap sangat. (perasan) Kekekeke..

Harini kan harini kan, aku buat salad kat sekolah. Actually, tak rancang pun tapi sebab kes pertandingan masak di sekolah ditunda. So, aku offer diri bawak  balik bahan-bahan tu untuk dibuat salad ala-ala 'abah aku punya resipi'. 

Waktu aku balik sekolah semalam aku just letak bahan-bahan tu semua atas kerusi dan warning supaya sesiapa pun jangan bukak plastik yang berisi bahan-bahan tu sebab takut bom yang ada dalam tu meletup. Boom! Kedebaboom! (ok. aku tipu)

Semalam, selesai je Maghrib, aku masuk bilik. Baca novel and terus tertidur straight sampai pukul dua. Woohoo ! Lentok giler arh ! Memang lena sampai tak sedar apa-apa pun sehinggalah terdengar pintu bilik ayah aku ditutup. Terus aku terjaga. Tengok jam pukul 2 pagi. Nak kejut ayah aku ke tak. Kesian pulak. Mesti dia penat tapi aku takut nak turun bawah (bilik tidur tingkat atas) untuk potong-potong bahan tu semua. So, aku terus masuk bilik and bukak laptop. Tetiba je aku terfikir, "Kalau aku online, aku takkan tidur." So, terus aku tutup balik laptop aku dan tidur dengan niat, "Kalau aku tidur, boleh siapkan salad buah tu pukul 4 nanti." Aku pun terlena. Krohh krohh krohh~

"Tini, umi nak pergi bank. Nanti umi balik, terus pergi sekolah." Hanya dengan ayat tu, aku terjaga dari lena and tanya, "Pukul berapa dah?" "5.30"

Aku terus bangun. Basuh-basuh muka. Basuh basuh bahan segala. Potong potong bahan. Buah anggur je tak potong lagi. Epal, lai and carrot dah dipotong. Aku hentam keromo je sukahati aku nak potong gaya macammana pun. Ada tebal , nipis. Ada panjang, pendek. Maaflah kawan-kawan yang termakan carrot yang tebal. Waktu aku kat dapur tu, nenek aku yang nak bergerak ke surau pelik tengok aku. Dia cakap, "Buat apa ni? Ingatkan abah yang ada kat dapur ni." Terus aku jawab, "Tiba-tiba dapat mimpi nak masak." Nenek aku gelak je. Almaklumlah, orang jarang duduk dapur, masak apatah lagi. Hehehe..

Pukul 6.30. Aku belum gosok baju sekolah lagi. Naik-naik atas, aku gosok cincai-cincai je. No time to check belah mana yang kedut or whatever. "Ting tong ting tong." Nenek aku pulak tekan loceng. Dia baru balik dari surau. Nasib baik aku tengah gosok helaian last iaitu kain sekolah. Laju je aku gosok. Sepantas kilat. Kesian pulak biar nenek aku tunggu lama-lama. Dengan berlari, aku pun turun. Bukak pintu and terus lari masuk bilik air. Pastu, aku keluar balik, "Tokmek, tolong potong buah anggur. Belah dua je. Nenek aku just kata "Okay."

Selesai bersiap, aku terus pack pack bahan tu semua. Ketuk-ketuk mayonis semua biar keluar. Senang nak buat nanti. Ambik kordial oren. Pack semua and siap. Selesai bungkus untuk dibawa ke sekolah. Tak buat salad buah siap-siap. Takut berair.

Waktu rehat, aku buatlah seperti yang diajar oleh abah. "Letak dua senduk kordial kalau bekas gedabak tu." Lebih kurang camni lah ayat ayah aku. Yang 'gedabak' tu aku yang tambah. Hehe.. Sori abah. I love you !

Siap salad buah buatan Fatini ! Aku bagi Cikgu Sejarah rasa. Dia tunjuk thumbs up woo.. Bangga. Haha.. Kawan-kawan puji sedap  sampaikan ada yang tanya, "Bila nak buat lagi ?" . Hehehehe.. Yang paling tak boleh lupa, "Fatini, sedaplah. Hang boleh kahwin dah." Kuang kuang kuang. Ayat favourite tu sebab ada 'magic word'. Hahahaha. (Sejak bila aku gatal ni. Mengada. Tak padan kecik)

Disebabkan salad buah tu, bahan-bahannya dibeli menggunakan duit kelas, so aku buat salad tu untuk kengkawan sekelas. Diagihkan jugak untuk Ustazah. Puasnya hati aku sebab diorang suka buatan aku. Walhal ni first time aku buat salad buah-buahan. Err, tapi salad buah-buahan ni takde salad pon. Taknak bubuh sebab kengkawan kelas bukannya makan pun. Huhuhuhuhu...

Kesimpulannya, Disebabkan salad buah ini :
1.  Aku hampir lewat ke sekolah.
2.  Aku penat memotong.
3.  Aku rasa puas hati sebab orang suka.
4.  Aku rasa kenyang perut.
(Hahaha. kesimpulan ke semua kat atas tu ?)

Err, oklah. Dah lenguh menekan keyboard. Bye,salam :)