<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d-2063743519848286605', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Salam Aidiladha.. posted on Saturday 5 November 2011 { 17:29

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh...
Apa khabar semua ?
Dalam kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat. Kepada sesiapa yang mengenali penulis ini, kususun sepuluh jari memohon keampunan.

Waktu aku menulis ni, orang lain semuanya tengah sibuk solat hari raya Aidiladha. Aku pulak tak pergi. For the first time, sepanjang aku hidup, aku tak pergi solat Raya. Semuanya gara-gara aku tidur lewat semalam. Sekarang ni, dengar tazkirah Raya melalui tingkap jelah.

Dahlah tertidur semalam tanpa dirancang. Sedar-sedar je dah tertidur dengan laptop terbuka. Facebook tak tutup.

Pukul 6 pagi, abah aku kejut solat Subuh. Lepas-lepas solat, rasa macam nak tidur kejap. Tertidur straight sampai pukul 7:48 pagi. Waktu tu family aku semua dah siap. Umi aku pun tinggalkan aku. Dia pergi ke surau dulu. Memandangkan rumah aku dekat dengan surau, family aku ambik keputusan untuk ke surau je sebab ramai orang pergi ke masjid berbanding surau walaupun di surau pun melimpah jugak orang.

Habis-habis aku mandi, diorang nak start solat Raya dah. Aduuh ! Dahlah aku tak cari baju untuk dipakai lagi. So, aku sambar baju raya Aidilfitri lah. Selesai pakai, orang dah start solat segala. Aku terfikir nak pergi tak nak pergi ke tak. Bila fikir fikir fikir lama sangat, last last tak pergi jugak. 

Rasa sayang lah pulak sebab tinggalkan solat Raya nih. Yelah setahun sekali je solat Aidiladha  nih..

Oklah, nak fokus tazkirah tingkap nih. Bye, salam...