<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Tertarik dengan Buku posted on Tuesday, 8 November 2011 { 23:58

Assalamualaikum warohmatulahiwabarokatuh...
Amacam korang sumer harini ? Sihat ke ? Moga anda dikurniakan kesihatan..

Harini merupakan hari pertama berada di dalam kelas setelah tamatnya peperiksaan. Fuhh! Best nya ! Ramai cikgu yang tak masuk kelas. Kitorang daripada kelas 2A1 semuanya lepak aje. Bising bising. Memekak sesuka hati and tak kurang jugak ada yang tidur je.

Tadi, kitorang pelajar Form 1, 2 and 4 dikehendaki menghantar buku teks. Yelah, nak tutup sekolah dah lah katakan. And untuk mendapatkan buku teks for next year. 

Semalam pukul 2 aku tidur gara-gara membalut buku teks. Haih, mengantuk giler. Dahlah balik-balik sekolah semalam tak tidur. Tiba-tiba je kena tidur lewat pulak. Mengantuk aku tadi kat sekolah.

Sebelum rehat, semua cikgu tak masuk. Kitorang duduk stay dalam kelas je. Sembang, memekak, buat bising and tidur sesuka hati. Lepas rehat, 10.40 pagi pulak kitorang berada di library sehinggalah waktu balik pukul 2.40 petang. Kat sekolah aku ni, pelajar aliran khas dan biasa dibenarkan pulang pukul 2.00 petang manakala pelajar aliran arab dibenarkan pulang sekurrang-kurangnya pukul 2.40 petang.

Waktu lepas rehat tadi, semua cikgu masuk. Tapi kitorang memekak serupa kitorang waktu dalam kelas jugak. Cikgu tak tegur pun walaupun dalam library memang takleh buat bising. Tadi, aku cuma dapat kertas peperiksaan Matematik je. Alhamdulillah A. Sedih lah jugak tengok result Matematik Paper 2. Haish, menyesalnya. 

Tadi, waktu kat sekolah, aku tak tau apa jadi kat kawan aku. Diorang tegur, "Fatini, hang dah makin kurus lah la ni. Paseipa ? Hang tak makan eh ?" Aku gelak je. Hahaha... And jawab, " Aku makanlah. Mungkin berkat sebab aku tolong cikgu kelmarin kot. Berlari berkejaq sana-sini. Penat kot. Takkanlah tak turun berat. Hehehehe..."  Pastu, diorang semua geleng, "Aku rasa bukan kot. Mesti sebab baju hang ni besaq. So, hang nampak kuruih la. Faktor baju ni." Meletus ketawa diorang. Hahahaha... Siot je kengkawan aku. Ada ke patut ? Hahaha..

Buku kokurikulum dah hantar tadi. Lega sebab terlepas satu beban. Seharian di library, memang best. Dah alang-alang stay kat library, takkanlah tak baca buku. Baru aku sedar buku-buku kat library best. Sebelum ni, aku rasa macam tak best je bila pergi perpustakaan sekolah. Lain pulak rasanya bila pergi ke Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Bila dekat library sekolah, selalu je tak sempat baca buku.

Tapi, tadi aku jumpa macam-macam buku. And yang paling aku berminat nak baca ialah buku 'Rabiatul Adawiyah dan Cinta'. Buku ni menceritakan tentang seorang perempuan yang istimewa di sisi Allah. Cintanya kepada ilahi mengatasi segala-galanya. Memang sedih lah permulaan dia. Sayangnya aku tak sempat baca habis sebab buku ni lah buku last aku jumpa. Tup tup je dah kena balik.  

Buku 'Ugama-ugama Dunia' pun best jugak. I think lah, penulis buku ni orang dulu-dulu sebab penulisan buku ni menggunakan ejaan zaman dulu. Tapi, aku boleh fahamlah sebab aku dah terbiasa dengan ejaan dulu-dulu. Sebab aku pernah baca buku '13 Mei' karya Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Takpe-takpe. Lepas ni, aku pergi library tu puas-puas. Baca buku tu puas-puas. Hahahaha... (gelak jahat)

Oklah, nothing to say. Bye, wassalam.