<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Tetamu Allah posted on Thursday, 3 November 2011 { 18:26

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh. Apa khabar semua ? Semoga anda semua dalam keadaan sihat-sihat belaka.. Dah makan ke belum ? Dah mandi ke belum?

Harini, aku nak taip tentang menjadi Tetamu Allah.


Tadi, aku baru sahaja menonton televisyen siaran TV9 iaitu rancangan Nasi Lemak Kopi O. Siaran tu memaparkan tentang jemaah-jemaah Haji.  Bila  melihat klip-klip video tadi, hatiku rasa terusik. Terasa ingin pergi lagi.

Aku sudah pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah al-Mukarramah itu. Aku ke sana bersama umi kesayanganku. Aku berkesempatan ke sana kerana keputusan UPSR ku yang Alhamdulillah boleh dikatakan agak cemerlang. Aku ke sana pada hujung bulan Mei selama dua minggu.

Sebelum menjejakkan kaki ke Mekah, kami singgah di Madinah selama tiga hari. Apabila ingin menunaikan solat buat pertama kalinya di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah al-Munawwarah itu, aku menjadi begitu tenang. Sewaktu berjalan menuju ke sana, air mataku berlinangan. Ketika melihat masjid tersebut, hatiku mula meraung menjerit, "Ya Allah ! Betulkah aku sudah sampai ke sini ? Ya Allah ! Alangkah beruntungnya aku. Ya Allah ! Kedamaian yang aku rasakan ini tak pernah aku rasai. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah."

Begitu juga ketika di Mekah. Walaupun aku belum menjejakkan kaki di Masijidil Haram tetapi ketika melihatnya aku rasa tenang dan damai sekali. Perasaan yang memang tak boleh aku dapati di tempat lain. Air mataku mengalir laju. Seakan tidak percaya bahawa aku memang telah sampai ke situ.

Masjidil Haram kelihatan moden sekali. Kelihatan seperti aku berada di kota Metropolitan. Cantik sangat-sangat. Ketika aku melihat Kaabah, hati aku terusik. Air mata aku kian laju. Di sana, banyak air mataku tumpah. Tumpah kerana aku mula merasa aku banyak berbuat dosa. Tumpah kerana aku tidak pernah sedar akan dekat jauh aku di sisi-Nya. Tumpah kerana-Mu, ya Allah.

Aku berasa sungguh bertuah kerana sekurang-kurangnya aku dapat menjejakkan kaki ke sana. Lagi-lagi bersyukur kerana aku sempat mencium Hajarul Aswad. Dilapangkan tempat di dalam  Hijir Ismail yang merupakan salah satu kawasan dalam Kaabah. Kawasan itulah yang merupakan salah satu tempat mustajabnya doa.

Ketika mahu pulang, aku menangis dan berkata kepada umiku, "Umi, Tini takmau balik. Tini takmau balik." Tiba-tiba ada seorang pakcik yang merupakan salah seorang jemaah satu agen denganku menegur, "Adik, jangan cakap macam tu. Takut-takut nanti memang tak boleh balik." Bila dengar dia tegur macam tu, aku terkedu. Kalau aku tak dapat balik, , macamana aku nak jumpa keluarga aku? Lepas-lepas ditegur, aku tak menangis dah sebab tak mahu pulang cuma aku berdoa supaya aku dapat ke sini lagi.

Sekian sahaja. Wassalam.