Assalamualaikum,..
Ehem, halo halo halo
3 November 2011. 10:03 pagi. Aku baru bangun tidur ni. Hahaha, lewat aku bangun. Bangun bangun tido tadi, nenek aku cakap, "Eh, kenapa bangun? Sambunglah sampai lepas Maghrib." Nenek aku perli aku lah. Aiyoyo~ Aku buat taktau je. Malas nak bertekak. Aku tahu, mesti nenek aku merajuk dengan aku sebab aku taknak bangun waktu dia kejut tadi.
Almaklumlah, nama pun cuti. Semalam tido lewat, bangun mestilah lewat. Hehe.. Lepas-lepas Subuh tadi, aku terus sambung tidur balik. Kroh kroh kroh. Zzzzz sampailah pukul 10:00 pagi.
Ehem ! Tapi korang korang kat luar sana janganlah tiru perangai ni. Ini adalah satu tauladan yang tidak baik. Aku jarang buat camni kecuali tidur benar-benar lewat je.
Jangan tiru aksi ini!
Rasulullah S.A.W pernah bersabda : Sesiapa yang tidur lepas Subuh, maka dia akan mewarisi kepapaan.
Semalam, sebelum mak aku bertolak ke Melaka, dia ada berpesan. Jangan tidur lepas Asar kerana tidur selepas Asar dapat melemahkan otak juga badan. Jangan tidur lepas Subuh kerana rezeki takkan masuk. Sebab tu lah mewarisi kepapaan. Tidur siang yang paling baik ialah tidur beberapa minit sebelum masuknya waktu Zohor.
Wallahua'lam. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Wassalam. :)