<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d-2063743519848286605', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Goodbye 2011. posted on Friday 30 December 2011 { 22:38

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh..

Apa khabar korang semua ? Dah sedia nak ucapkan selamat tinggal kepada 2011 ? hurmm, cuma ada beberapa jam je lagi. Alahai sayangnya nak tinggalkan.


Tapi, sedih macam mana pun, sayang macam mana pun, tetap kena tinggalkan jugak.. Fuhh, sebak lah pulak rasanya. 

This is my last entry for this year. Tahun ni tahun bersejarah bagi aku. Banyak kenangan. Banyak pengalaman. Banyak pahit manis serta suka duka yang aku lalui tahun ni. Memang aku takleh lupakan segala-galanya.

Tahun ni aku dapat ramai kawan. Tahun ni aku mula jadi pengawas kat sekolah. Tahun ni aku mula aktif dalam kokurikulum. Walau tak berjemur tengah panas. Tak berlari berpecah peluh tapi aku gunakan bakat dan potensi yang menjadi kelebihan pada diri aku ni untuk cuba aktif dalam kokurikulum.

Seriously, aku sayang giler nak tinggalkan 2011. Andai masa boleh diputar, memang aku putar segala and cipta kenangan sepuas-puasnya. Tapi aku tekad jugak. Aku nak tamatkan 31 Disember 2011 dengan gembira dan sambut 2012 dengan lebih gembira. May 2012 be better than 2011, InsyaAllah.

Tahun depan aku nak PMR. Grr, gerun. Aku rasa yang diri aku ni belum layak nak amik peperiksaan tu. Sebab ? Err, orang kata perangai aku ni macam budak-budak. And aku sedar yang perangai and mungkin pemikiran aku macam budak 3 tahun bukannya tingkatan 3 -.-

Erm, ntahlaa. Yang penting, I must do my best to get success. hoho (sorry BI  tak fluent -.- )

Tolong doakan aku eh kengkawan. Mintak maaf banyak-banyak kalau ada sebarang kesalahan. Start 1 Januari 2011 mungkin aku dah jarang online and update blog. Mungkin laa. Err ataupun kalau aku online pun mungkin ada had. Bukan 24 jam seperti biasa . Hoho.

Okelah, tak tau nak taip apo dah. Bye, assalamualaikum :)