<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Hacker ? =,= posted on Friday, 2 December 2011 { 21:06

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh..
Apa khabar semua ? Camne cuti ? Best ke boring ke ?


Oklah, to me, this end year holiday was quite boring. Why ? Err,  taktaulah .



Sekarang ni, hari-hari aku diikuti dengan hati yang sering berdebar. Sebab ? erm, mungkin sebab tahun depan nak periksa PMR dah and maybe sebab aku sedang menjadi buruan-buruan hacker yang tidak diiktiraf untuk hack Facebook orang tanpa alasan yang kukuh.

Apa yang best sangat menceroboh privasi orang lain ? Just untuk melepaskan bosan ? Menyakitkan hati orang lain ? Menakutkan orang lain ? Nak diri dihormati and disanjungi ? Sorylah kawan, kalau kau tu seorang hacker yang sememangnya suka menyakitkan hati orang lain, tak de siapa pun akan sanjung kau lah. Semua akan memandang serong. Pandai hack Facebook orang merupakan satu kelebihan yang Allah SWT bagi. Kenapa lah ada yang menyalahgunakan ? Haiyaa, geram kat orang tu hack, geram kat orang ni pun hack. Manusia oh manusia. Gunakanlah kelebihan korang sebaik mungkin.


Oke, actually beberapa hari yang lalu, sebuah group yang paling happening, sebuah group yang paling aku sayang telah pun dijajah and ditawan gara-gara kebodohan seseorang. Haish, why cant she think before she does it ? Kalaupun nak balas dendam annd protes, kalaupun nak tawan, janganlah babitkan atuk si beruk maknyeh tu. Aiyoyo, cik kak oii. Btw, tapi takpe, aku dah maafkan kau. Benda dah jadi. Biasalah tu, sebab bila kita geram, kita sanggup lakukan apa saja. Dah tak fikir segala risiko and sesalan yang bakal kita hadapi dan rasakan..


2 Disember 2011, semalam, aku ditarget and di'aim' untuk dihack. Aku dapat information dari seorang budak yang merupakan salah sorang krew yang ditugaskan untuk hack aku. Aku pun taktaulah apa salah aku sampai diorang nak buat macamni kat aku. Bila ditanya, taknak jawab. Aku mintak maaf pulak kata tak dimaafkan sebab moto diorang, "We do not forget , we do not forgive" itu sebahagian jelah. Apa entah moto  diorang. Aku cuma ingat part tu je.


Erm, maybe sebab aku ni admin di group-group. So, aku  ditarget. Aiyoyo, apakah ? Haish..


Wahai hacker-hacker sekalian, kalau korang sedang membaca nukilan yang tak seberapa indah ni, aku nak cakap ni..


Saya, Nur Fatini ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang dilakukan. Ya, saya tahu tentang moto anda tetapi setiap manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan right ? Sedangkan Allah SWT mengampunkan hamba-hamba-Nya yang berlumuran dengan dosa dan Nabi Muhammad SAW mengampunkan umat-umat baginda inikan pula kita manusia biasa yang sememangnya takkan pernah terlepas melakukan dosa sama ada yang kecil atau besar. Ingatlah, orang yang memaafkan orang lain, dosanya lebih mudah diampunkan. Satu lagi, tolonglah hentikan aktiviti hack orang sesuka hati kerana aktiviti ini menyebabkan orang lain berasa sakit hati. Dosa besar tu. Kalau tak minta maaf, memang parahlah kat akhirat nanti. Kesimpulannya, saya memohon ampun dan maaf atas segala kesilapah dan kesalahan yang dilakukan. Maaf sangat-sangat.

Sekian terima kasih, wassalam...