<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Thailand n Cambodia - Part 2 posted on Thursday, 29 December 2011 { 02:57

Daripada Darululoom Poipet, kitorang bergerak ke satu lagi perkampungan. Malangnya, mudir Darululoom yang jugak bertindak sebagai tourist guide kitorang di Cambodia sudah tersalah faham. So, kitorang tersinggah
di tempat yang salah. Kitorang singgah di sebuah masjid yang menempatkan anak-anak yatim. Tapi masjid tu tak kelihatan miskin sangat. Disebabkan kitorang kesuntukan masa, sumbangan tetap dihulurkan. Kat masjid tu, aku terjumpa something yang berupa seperti sosej dengan bawang. Rupa-rupanya, perut lembu berisi daging lembu yang disalai. Hoho, jumpa benda baru~

Selesai urusan di Cambodia, kitorang terus bergerak ke Bangkok, Thailand. Yeahh, kitorang hanya berada di Cambodia selama 4 jam sebab tempoh masa di sana hendaklah dibayar mengikut jam. Berapa ratus entah untuk setiap jam.

Alhamdulillah, urusan di bahagian imigresen berjalan lancar. Takde dah kena selak-selak tudung segala. Haish, memalukan =,= And aku merupakan antara yang terawal keluar dari pejabat imigresen tuh. Ngehngeh.. Seharian lagi kitorang berada dalam bas sebelum sampai di Bangkok. Tapi Alhamdulillah akhirnya sampai jugak awal di Bangkok and kitorang sempat singgah di Restoran Cili Padi Malaysia yang sememangnya dibuka oleh pengusaha yang berasal dari Malaysia and siapa sangka anak kepada tuan kedai tu rupa-rupanya bekas senior eden ! Hoho~

Selesai makan kitorang terus bergerak ke Ibis Hotel. Akan menginap di situ selama dua malam. Sampai-sampai hotel, terus tido. Penatlah katakan...

Hari Keempat. Semua orang dikehendaki memakai pakaian rasmi. Pakai baju kurung atau jubah bagi perempuan and pemakaian kemeja bagi orang lelaki. Tapi malangnya, aku terlupa nak bawak baju kurung atau jubah :( So, terpaksa pakai t-shirt dengan seluar. Ish, maluuu.. Orang lain semuanya pakai baju kurung atau jubah. Tapi ada jugak yang pakai kurung labuh dengan seluar. Nasib baiklah t-shirt aku labuh sikit macam baju Muslimah so cover lah sikit. Hehhe..

Kitorang bergerak ke Matrade, pejabat yang memberikan bantuan sama ada dari segi kewangan dan moral untuk pengusaha-pengusaha Malaysia yang ingin memulakan perniagaan di Thailand. Kitorang diberi taklimat dalam sebuah bilik mesyuarat. Perhh.. terasa macam aku ni terlalu matang bila dok dalam bilik tu. Terasa macam aku ni dah jadi seorang pegawai. Hoho~

Melalui Matrade, kitorang boleh nampak Sungai Chao Phraya. Alaa, yang ada dalam buku teks Sejarah tuuu.. Memang panjang sungai tu !

Selesai program di Matrade, terus balik ke hotel. Selepas Zohor, kitorang bergerak pulak ke Pejabat Kedutaan Malaysia. Berjumpa dengan pegawai-pegawai kedutaan kat sana. Fuhh, cantik pejabat dia. Encik Tajul, wakil kedutaan, I will take your place :P (dia baca ni mampus aku = =' )

Malam tu, kitorang berjalan daripada Ibis Hotel menuju ke Keretapi Bawah Tanah. Kemudian naik pulak Sky Train untuk ke sebuah mall. Alaa, aku tak ingat nama mall tu =,= Kitorang dibenarkan membeli-belah selama sejam. Kemudian, bergerak pulak ke Siam Central menggunakan SkyTrain jugak untuk ke KTS Mall (kalau tak silaplaa) . Dekat sana, macam-macam ragam aku nampak. Di sana , kitorang dibenarkan untuk tangkap gambar memandangkan pemandangan memang cantik and diorang kat sana tengah buat persediaan untuk sambut Krismas. Pokok Krismas memang besar tapi aku lebih tertarik dengan booth-booth bear, booth umpama duta telefon and macam-macamlah. Tapi waktu tu family aku semua macam tak larat je. So, kitorang just duduk and ushar ragam-ragam orang Thailand.

Aku suka tengok bebudak sekolah yang pergi sana. Diorang nampak ceria and macam bebas je semua. Fuhh, best lah. Dahlah happening.

Tinggal lagi 8 minit, and masa tu lah ada orang datang bagitau yang ada pasar malam dekat bawah mall tu and t-shirt ada dijual. Aku, abang aku, kakak and adik aku terus pecut je ke bawah untuk beli baju tu. Selesai beli baju. Kitorang kena tahan teksi pulak untuk balik ke Ibis Hotel. Sorang cikgu offer aku untuk naik dengan dia memandangkan family aku ramai. Aku setuju jelah tapi rasa terhutang pulak sebab dia yang tolong bayarkan tambang and aku tak keluarkan walau sesen pun. Nak bayar dia taknak. Thanks Cikgu Raudhah :)

Sampai hotel, amik nasi, makan dan tido . Entah kenapa malam tu, umi abah aku sakit. Haish, sehati sejiwa benor <3