Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Hampir seminggu aku tak update. Biasalah, aku err busy ? lah jugak = ='
Entry nih aku tak tahu nak bagi tajuk ape. Err --'
First day sekolah, seriously tak bersemangat langsung nak pergi sekolah. Dengan buku tak berbalut, nama tak bertulis. Bukan takat buku latihan je, buku teks pun sama. Kiranya, mampuslah kena rampas buku teks aku kalau cikgu SPBT buat pemeriksaan hari tu. Hoho~
Tapi best sebenarnya bila kembali ke sekolah. Dapat jumpa kawan lama. Dapat belajar dengan cikgu baru. Dapat itu dapat ini. Err, macammacamlah kann.Tapi yang tak best nya bila,....
"OKEY MURID-MURID, KERJA SEKOLAH HARI INI IALAH....''
Err, --' lemah aku dengar ayat tuh. Kalau satu dua soalan takpe, masalah nya berpuluh-puluh laa. Aisehh. Tapi takpe sbb aku tahu segalanya ni untuk kebaikan kitorang jugak. Tambah pula tahun ni nak amik PMR, memang bertimbun lah kann . Tahan jelahh.
Setakat ni segala homework aku settle. ! Harap-harap berkekalanlah kerajinan ni sampai hujung tahun. Aminn~ Tolong aminkan doa aku ni jugak eh readers >.< hoho, thanks.
Aku dah taknak jadi budak pemalas. :'(
Erm, sekarang ni pulak tinggal nak menghafal je. Nasib baiklah segala ayat hafazan dah ada dalam kepala. Tinggal makna je lah. Ustaz pulak mintak hafal perkataan-perkataan arab sehh, kena lah hafal. Persediaan karangan katanya. Lebih senang nak buat.
Erm okelah. Taktau nak taip apo dah. Tetibe kehilangan cerita -.-'
Btw, tolong doakan kejayaan eden yo ! Makaseh :D
Byebye, assalamualaikum..