<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Urgh, sakit ! :'( posted on Tuesday, 10 January 2012 { 17:55

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Kaifa ha lukum semua ? Semoga semua dalam keadaan sihat-sihat belaka.

Dah berapa hri dah tak update blog. Facebook pun dah berhari-hari tak login. hoho, rinduu >.<


Homework banyak. Seriously busy. So, memang kurang sempat laa nak update and login segala. Sebab, bila dah bukak tuh memang susah sangat nak berhenti -.-

Sekarang, aku dah semakin bersemangat nak pergi sekolah. Tak macam first day haritu. Sekarang, aku nak cuba capai azam nak dapat 9A. Insyaallah boleh !

Tapi siapa sangka, bila azam aku dah semakin kuat and semangat aku untuk belajar semakin bertambah, Tuhan menguji aku.

10 Januari , pukul 10.20 pagi. Sewaktu aku dengan kawan-kawan sekelas tengah bergegas ke makmal Sains, kaki aku tetiba je rasa sakit and aku terjatuh daripada tangga. Kaki aku terlipat. Rasa sakitnya hanya Allh je yang tahu. Fuhh, kalau satu je terlipat takpe. Masalahnya, dua-dua kaki terlipat. Memang perit. Aku sampaikan tak boleh bangun and berdiri sendiri. Nak berjalan apatah lagi.

Yes, itulah yang orang kata, malang tidak berbau. Mujur ada dua orang kawan tunggu aku. And masa terjatuh tu pun, ada sorang cikgu ternampak aku jatuh. Betul-betul depan dia pulak tu. Nasib baik tak terjatuh atas dia. hoho~

Disebabkan takleh tahan sakit. Memang aku terrrrrrrrrrrrrrrrrrr-menangis lah kan = = ' haha. ter eh, bukan sengaja -..- so, aku mintak salah sorang kawan yang tunggu aku tadi, Najihah, untuk tolong panggilkan umi aku yang merupakan guru kat sekolah tu. Aku ni anak cikgu heh :P

Then, cikgu yang ada bersama aku tu pun cakap, dia nak tolong call. Tapi, mak aku pulak tak angkat. Haiyoo. Nasib baiklah, selepas beberapa minit, mak aku pun lalu dekat blok aku. So, kengkawan aku pun panggillah. Mak aku cepat-cepat bergegas menghampiri aku. Then, umi aku pun call abah aku. Umi aku kata nak bawak ke klinik tapi disebabkan aku takleh nak bangun n berjalan, umi aku plan dengan abah supaya nak panggil ambulans. Aku terkejut dengar and terus cakap, ''Taknak ! Tunggulah sat, nanti bolehla ni nak jalan ni.'' 

Aku buka kasut juga stokin, ada luka dekat kaki kanan aku. Besar laa jugak. Err, bahagian buku lali. Aku cuba bangun untuk elakkan mak aku daripada panggil ambulans = = ' Aku dipapah ke kereta oleh Najihah and Azrin. Diorang hantar sampai kereta je tapi diorang tak ikut. haihhh, siapalah nak tolong papah aku kat klinik nanti =.=

Sampai kat Poliklinik Mutiara, sebuah klinik berdekatan sekolah. Malangnya, takde parking. Kaki aku dah pedih dah ni. Takpe takpe, relakss. Pusing berkali-kali tapi takde jugak parking. Nasib baiklah belakang kereta aku ialah kereta polis. So, mak aku berhenti tengah jalan kejap and papah aku masuk klinik. Ada sorang pakcik baik ni tolong bukak pintu -..- hoho, terimakasih pakcik ! Lepas aku dah duduk atas kerusi barulah mak aku gi cari parking. 

Mak aku call abah aku. Bagitau yang aku dah sampai klinik. Beberapa minit lepas tu, ayah aku datang. Tepat-tepat ayah aku melangkah masuk dalam klinik, ''No 17 sila masuk ke bilik nombor 2.''

So, ayah aku tolong lah papah aku masuk. Walhal ade je wheelchair tapi aku yang takmau guna. Masuk bilik doktor, pemeriksaan dilakukan. Dia mintak aku pusingkan kaki tapi kaki aku terasa berat and memang susahlah nak pusing. Terus dia suruh aku baring atas katil and dia check lagi kaki aku. Pusing sana, pusing sini, tekan sana tekan sini, tolak sana, tolak sini, tarik sana, tarik sini. Haihh, sepanjang pemeriksaan tuh, memang aku asyik berdoa je. Mudah-mudahan aku terseliuh sahaja and taknak lah ada sebarang keretakan macam yang berlaku waktu Tingkatan 1 dulu. 

Alhamdulillah doktor kata aku hanya terseliuh. Dia kata, kalau retak, memang kena pergi hospital dah. Pastu ayah aku tetiba bagitau doktor yang aku taknak pergi hospital. Aku pelik lah. Pastu ayah aku cakap kat aku, ''Sepatutnya St John kenalah ada pengalaman naik ambulans.'' Yeah, abah perli eden ! = =' Mentang-mentanglah aku St John tak berpengalaman = = '

Doktor bagi aku cuti rehat selama dua hari. Rabu dan Khamis. Memang aku akan cuti straight 5 hari lah memandangkan Jumaat dan Sabtu cuti hujung minggu di negeri Kedah ni. Hari Ahad pulak, Hari Lahir Sultan Kedah -.- Tinggal pelajaran lagi. Haiyoo --' Takpelah, dugaan.


Waktu nak balik tuh, ayah aku tolak aku atas wheelchair. Terpaksa lah naik sebab  kaki aku pun memang tengah lenguh waktu tuh. Hoho, kali kedua naik wheelchair .. x)

Mudah-mudahan sembuh cepat. Amin. Doakan aku yeah readers >.<

K lah baii, assalamualaikum.