<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Relakslah. Kubur kan lain-lain. posted on Thursday, 23 February 2012 { 02:10

Assalamualaikum wa rohmatullahiwabarokatuh..


Apa khabar korang ? Semoga sihat-sihat belaka :)


Tadi kan tadi kan, aku masuk Kelas Kemahiran Quran atau akronimnya, KKQ. Weuueww~ Aku belajar tarannum. Bayati punya. Haha. Bolehlaa sikit-sikit. Daripada tak boleh langsung kan.. Kiranya, memang rugilah aku sebab tak ambik kelas tuh sebelum nih. And actually, tadi baru first time aku masuk kelas tu untuk tahun nih. Kena belajar elok-eloklaa. Takleh memain dah bila waktu KKQ sebab tahun nih ada ujian KKQ. Nak dapatkan sijil di samping memantopkan pembacaan al-Quran. Hoho.

And kat sekolah tadi, waktu Pendidikan Islam, ustazah kelas aku mengajar tajuk Beriman Kepada Hari Akhirat. Bab nih seriously memang best and jugak sangat menginsafkan. Rasa nak nangis sehh bila mendengar and membaca gambaran-gambaran orang yang mati. Yang diseksa, yang diazab. Ada jugak yang tenang, aman dan bahagia. Entah macamanalah aku waktu di alam barzakh nanti.

Back to the topic. Nampak tajuk entry nih ? And sure-sure korang akan baca title entry kan sebelum baca isi nya. Right ? Actually, aku dapat idea nak buh tajuk tu sebab teringat ustazah aku kata tadi ;

"Orang sekarang, bila ditegur, suka cakap ''Rilekslah, kubur lain-lain'' and ada jugak anak murid saya yang cakap macam tu. Orang macam nih, selalunya memang payah untuk ditegur secara baik. Lain kali, balas balik, ''Ya, memang kubur lain-lain. Tapi hang tau ka kubur hang kat mana ? Aku takut-takut nanti kubur hang sebelah kubur aku. Nanti kesian pulak kat hang sebab aku nanti asyik-asyik duk dengar hang menjerit, meraung. Nanti aku nak tidoq pun susah.'' Haha. Balas je macam tu. Walaupun kita taktau pun sama ada keadaan kita kat kubur nanti macam mana. Biar dia terasa sikit."

Haha. Sempoi ustazah. Tapi seriously, aku pernah lah jugak kan tegur orang sebelum nih and memang ramai yang jawab, ''Relakslah kubur kan lain-lain.''

Hello, for sesiapa yang suka sangat menjawab macam tuh, aku nak bagitau nih, Yes, kubur memang lain-lain. And azab pun yang kena lain-lain. Kalau seseorang muslim yang lain menegur tuh, tak payahlah tangkis. Tak payahlah melawan. Orang tuh just menjalankan tanggungjawab nya sebagai seorang muslim untuk menegur orang lain. Aah, memang kubur lain-lain. Azab pun yang kene lain-lain. Kalau nak masuk neraka pun memang akan masuk sensorang kan. Tapi kalau orang lain tak menegur kesalahan seseorang yang lain, tak pasal-pasal pulak nanti dia kena tanya kat akhirat. Tak pasal-pasal pulak dikira bersubahat. Err, okelah. Tak marah, just nasihat. Terpanjang sikitlah pulak kan.

Erm, segala nukilan di atas bukan atas dasar berceramah, cuma menegur. hoho. Peringatan untuk diri aku jugak. 

Okelah , bye, Assalamualaikum.