<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Oh Kakiku. posted on Saturday, 30 June 2012 { 06:50

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Hari Sabtu, 30 Jun 2012. 9.28 Malam.

Semalam, aku ceria. Semalam, aku gembira. Semalam, aku sedih. Semalam, aku marah. Semalam, aku aktif. Semalam, aku hiperaktif. Semalam, aku mengusik. Semalam, aku terloncat-loncat. Semalam, aku terjerit-jerit. Semalam, aku berlari-lari. And semalam jugak, aku terjatuh.


Sakit oh terjatuh. Buat kali kedua dalam tahun ni =.=' Disebabkan kali kedua, aku takut. Takut jadi apa-apa. Yalaaa, trauma oh dulu retak tangan. Janganlah tahun ni jadi apa-apa. Dahlah nak PMR.

Lebih kurang jam 10.30 malam semalam, adik aku buat hal. Dok merajuk menangis nak fon --' Fon dia hilang takmau cari. haihlaa,. Then semalam,pergi SMK Sultanah Bahiyah. Mak aku gi hantar air untuk bebudak Kadet Polis. Time tu adik aku dok terpekik-pekik panggil mak aku. Aku pun ajak and dok mengusik dia. Ajak dia pi kat court.

"Adik, janganlah dok terpekik camtu. Kak KPO semua tengok. Jomlah pi kat court. Jom lekas. Kang kak Tini tinggal kang. Hang nak tau dak , sekolah ni keras tau. Haa jadi apa-apa kak Tini taktau. Jom lah. Kang kak Tini pergi kang, kat belakang tu ada apa-apa karang. Jom"

Aku tarik tangan adik aku. Dia tak bergerak jugak. Then, aku lepas and terus pergi ke court. Baru je nak melangkah, adik aku tarik. Aku mula-mula tu ada kat tepi pembahagi antara jalan dengan longkang. Adik aku tarik. Gedebuk ! Terjatuh. Sakitt.

Menangis. Mengalir air mata berharga aku lol.And masa tu, aku rasa macam nak pengsan dah. Aku pun join adik aku panggil umi. Umi umi. Then, umi datang. Nak pimpin aku masuk kereta tak boleh sebabkaki aku memang takleh nak gerak. Dahlah aku, mak aku ngan adik je ada. Abah gi KL. Abang Yi tidor kat sekolah. Haish,nasib baiklaa ada bebudak KPO lalu. Diorang tolong. Terasa macam membebankan diorang je semalam. 


Pergi klinik, doktor suruh pi hospital. Buat x-ray. Takut jadi apa-apa. Kalau patah, sekurang-kurangnya boleh disimen. Kalau terseliuh, boleh betulkan urat balik. Kat klinik just boleh check macam biasa je. Then doktor bagi ubat tahan sakit. Dah lewat sangat dah, umi pun taklarat dah. so tak pergilah hospital.


Penat oh asyik tidur je kat bilik bawah. Nak buat homework takboleh, online tak boleh, tengok tv je boleh. Satu hari ni, khatamkan 2 cerita Korea je aku. Terlentang depan TV. Lebih kurang 9 malam tadi baru mandi. Hehe. Tu pun mandi kena duduk atas lantai. Terseksa. Nak bilas badan kali terakhir, baru berdiri.


Disebabkan terlalu bosan kat bawah, aku try naik atas. Andddd, i did it ! Itu pun kena naik secara mengundur. Duduk atas satu ke satu tangga. Solat pulak kena duduk atas kerusi. Haih, takpa dugaan -.-'


Aaaa k arh, nak pi makan ubat. Ubat pahit. I hate medicine -_________- Kbye assalamualaikum.