<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Satu Hingget posted on Wednesday, 4 July 2012 { 06:41

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

9.12 PM. Malam ni malam Nisfu Syaaban. Ramadhan semakin menghampiri. Sudah bersediakah wahai hati ? Hmm.

Masa. Amat cepat berlalu. Al-waqtu kassaif. Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak berusaha menggunakan masa sebaiknya, maka masa akan membelah kita. Mohon maaf jika ada kesalahan yang dilakukan. Sepanjang berblogging, mohon maaf jika ada yang tertaip tak kena. Tersalah tutur dan bicara. Keapada yang mengenali diri ini, kemaafan dipinta. Jika ada tersilap salah laku. Sama ada yang sengaja atau tak sengaja. Maaf.

Sabtu ni. Hari Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah. Tak sabar lah pulak. Haha. Even aku bukan atlet, even aku bukan pasukan sorak, even aku bukan pengadil, even aku bukan pihak yang terlibat. Tapi aku akan hadir sebagai murid SMKSB sebagai penyokong. InsyaAllah.

Tadi, waktu dalam kelas, 

"Weh, Freemason. Freemason. Duit kita Freemason."

Aku berpaling ke belakang. Majoriti classmates aku tengah pegang duit. Semuanya tengah menatap duit tu. Then aku menyeluk poket. Keluarkan RM1.

Aku : Mana?
Unk : Tu yang mata satu tu. Nampak?
Aku : Ouh, itu kan bertindih lukisannya tu.
Unk : Haahla. Itu sebab bertindih tu. Haa betullah.

Then,

" Tu nampak tak tu, piramid. Tengah-tengah ada mata?"

Aku keluarkan RM1 tu semula. Mananya ? Piramid ? Mata ? Mananya diorang ni? Amboih tajam ngat aeh mata depa.

"Tuu tuu.Kat tepi wau tu." kata salah seorang kawan aku sambil menunjukkan lokasi piramid itu. Takdelah nampak macam piramid pun. Nampak macam segitiga je. Cuma tengah-tengah segitiga tu nampak macam ada satu mata. Macam logo Freemason ;)


Keluarkan RM1 korang. 
Cer tengok dekat tempat yang dibulatkan.
Halakan duit tu ke arah cahaya.


Wallahua'lam betul atau tidak. Sama ada itu kebetulan atau pun tidak. Entahlah. Kelas 3A1. Kami memang suka mengkaji. Haha. Biasalah tuuu -.-''

Aaaah. Actually tengah gusar, risau, resah, gelisah.


" Esok ada KKQ. Kita adakan ujian tilawah esok. Baca dengan lagu eh ? Kita ada tiga lagu. Trannum bayati, hijaz dengan rast. Pilihlah yang mana kamu suka."


Whattttt ? Huwa waaaa. Tak sedia boo. Tarannum bayati tak dapat kuasai lagi. Not rendah sangatlah --' Not aku agak tinggi. Tarannum hijaz dengan rast pulak, terasa macam tak pernah belajar pun. Tau nama ja -.- Haha.


Aaaaa, tanya abang, dia pun taktau.Hmm takpalaa. Kena tanya encik Google dengan makcik Youtube laa kalau cenggitu nye haa. 


Oke arh. Bye assalamualaikum,.