Harapan umi abah. Harapan para guru. Harapan kawan-kawan.
Harapan keluarga. Harapan aku sendiri. Kesimpulannya, harapan semua orang.
Biarlah ilusi menjadi realiti. Moga-moga impian menjadi kenyataan. Bukan hanya
berangan dengan angan-angan. InsyaAllah I will do it !
Masalah terbuku. Dipendam terus dipendam. Setiap insan. Ya
pasti tidak dapat lari daripada masalah. Sama ada insan beriman atau kurang
beriman mahupun yang kufur. Semuanya tidak akan lari daripada masalah. Bukan
sahaja tidak akan lari, malahan berjalan dan merangkak daripada masalah juga
susah.
Impian dan harapan pada masa yang sama penuh masalah. Sesak.
Menyesakkan dada. Tapi tidak ingin mengecewakan juga tidak mahu dikecewakan. Ya
Allah aku insan lemah. Bantu aku.
Kata-kata mereka membuatkan aku sering berdebar. Hati jadi
gelisah. Kata-kata mereka. Kata-kata yang menyandarkan harapan dan kepercayaan
yang penuh.
Terbeban. Kadangkala rasa terbeban. Ya amat terbeban dengan
harapan yang disandarkan. Terbeban kerana takut. Sangat sangat takut. Takut
tidak akan dapat dicapai. Harapan mereka adalah perkara penting. Amat penting.
“Jangan simpan masalah seorang diri. Nanti takut-takut
masalah tu menjadi duri bagi diri sendiri.”
Ayat yang sering aku ungkapkan kepada kebanyakan rakan aku
apabila mereka sedang menghadapi masalah. And now tak sangka ayat itu memakan
diri sendiri. Tapi aku rasa segala puzzle yang aku hadapi ini adalah ujian. Tak
dapat aku luahkan segala yang aku hadapi. Segala yang menyesakkan dada,
jantung, hati, usus, bile duct, oesaphagus, trachea, bronchiole dan bronchus
segala ni.
Aku rasa semua ini tak sesuai untuk diluahkan. Biarlah aku
mengadu hanya pada Dia. Kurang rasa sedih. Kurang rasa gelisah. Kurang debar di
dada. Menenangkan hati. Mententeramkan jiwa.
Bantuan Dia amat besar. Tak tergambar besarnya.
Nukilan aku kali ini agak aneh. Ya. Bahasa baku juga
digunakan. Jangan pelik. Ini cara aku. Moga segala masalah yang membelenggu
dapat diselesaikan segera. Segala harapan yang menjadi impian dan angan-angan
yang sebelum ini membuatkan aku sering berangan akan menjadi kenyataan. Amin
insyaAllah.
Itu semua mehnah. Ya aku tahu. Bantu aku. Tolong doakan aku.