<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

14 September 2012 posted on Friday, 14 September 2012 { 09:02

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Kaifa ha lukum ? Alhamdulillah :)

"Abang, susah tak soalan trial MRSM ?" Soalan itu aku lontarkan kepada abang memandangkan dia adalah bekas pelajar MRSM Batu Pahat dan MRSM Pendang. "Susah. susah giler. Tini nak tau tak. Soalan MRSM buat kat overseas tau." jawab abang. Wow overseas ????!! Agak terkaku di situ. Err tingginya taraf. Tapi......................Muka abang tersenyum-senyum. Abang ni serius ka dak ?

"Serius lah abang." aku buat muka seolah-olah -.- Aaaa abang aku ni serius ke tak ?
Riak muka abang berubah.
"Laa serius lah ni. Awat ? Muka abang nampak macam tipu ke ?" errr... "Haah." jawab aku. Selamba. Seriously, muka dia macam orang tak serius. Geram pun ada. Tsk.

"Betullah. Tak tipu. Cuma tak semua soalan la buat kat overseas. Kalau BM pun nak buat kat overseas, aa mampuih a ! Haha."
Err oke. Dah percaya.

Aku : Tini nak sangat tau soalan MRSM.
Abang : Pi lah mintak kat bebudak MRSM.
Aku : Mintak dah... Tini cari kat internet, tak ade.
Abang : Memang la. Soalan MRSM mana nak ada dekat internet.
Aku : Itulah pasal. Naik fed up dah Tini.
Abang : Tapi betul tau, soalan MRSM memang susah.
Aku : Hmm.. Nak tau jugak susah tara mana. Kawan Tini, budak MRSM, dia dapat C subjek Sains. Tu teringin nak tau tu... Susah sangat ke ?
Abang : Susah. Memang susah. Kiranya kalau Tini dapat jawab, memang terer lah. PMR confirm A. Ada orang kata, kalau dapat C sekalipun, insyaAllah PMR nanti A.
Aku : Ouh. Tini jawab soalan SBP. Takdelah susah sangat. Cuma Math dengan Sains diorang lah aras tinggi sikit. Tapi still boleh jawab.
Abang : Haah. Abang pun kalau soalan SBP, kira boleh skor lagi laaa...

Cis abang. Hang tu, soalan SBP ka, MRSM ka, semuanya boleh skor. Jeles aku -__________-

Bertolak hampir pukul 8 pagi. Sampai Universiti Malaya lebih kurang 2.30 petang. Jauh perjalanan. Menyengalkan badan. Sakit kepala. Badan pula menggigil kesejukan.

Sampai di UM. Masuk ke dalam dewan. Ya Allah ! Sejuknyaaaaa. Bak kata orang KL, sejuk gilerrrrrrr.....

Kebanyakan peserta. Majoriti. Err hampir kesemuanya memakai sweater, blazer, baju sejuk. Ada juga yang cuma masuk dengan slumber badak-nya tapi still menggesel kedua-dua tapak tangan. Untuk apa ? Of course menghasilkan haba. Ada juga yang berpeluk tubuh. Aku yang tak pakai sweater, tapi nasib baiklah bawak cardigan ni pun dah kesejukan. Tambah-tambah bebudak lelaki yang rata-rata cuma memakai t-shirt lengan pendek. Errr aku tau diorang sejuk.

Setiap dua peserta, ditempatkan dalam satu bilik. Memandangkan aku bukanlah peserta Bintang Nasyid Mu'min perinkat Kebangsaan 2012, so aku takde tempat penginapan. Omo.... Merempat lah gue...

Ceh, bikin teruk. Maksu ada. Aku tidur rumah dia. And now, I'm here. At Sungai Buloh.

Tadi, aku sukaaaa sangat tengok diorang rehearsal. Wow tak heranlah setiap kumpulan, masing-masing boleh wakil negeri. And sebenarnya, group Kedah pun tak kurang hebatnya. Aku sendiri tergamam tengok kumpulan nasyid SMKSB, Kumpulan Ajmal Amany.

Dalam banyak-banyak peserta, ada seorang peserta yang menarik perhatian aku. Wakil Negeri Sembilan. Aku taktau apa yang membuatkan aku tertarik kat dia. Tapi his face looks like...

Tak suka. Cuma tertarik nak usha. Haha lol. One more, skill dia err bolelaaaaa........... tahan.

Agak sunyi malam ni. Sedangkan siang tadi segala-galanya bising. Shira dan Alin dah ajak dah tidur sekali, cuma aku tolak. Oh soryla takmau menyusahkan diorang sebab bilik tak cukup. Esok aku pi sana pulak nehhh...

Datang rumah maksu. Paksu jamu ketupat sotong. Oh fevret. Lama tak makan. Tetiba paksu pi beli burger. Makan lagi. Err. Terliur pulak nampak tomyam. Hirup. Pehh sedappp. Memang kenyang lah aku datang sini. Sengkak.

Err blank -.- Semoga Kumpulan Ajmal Amany akan memenangi pertandingan Nasyid Bintang Mu'min esok. Amin. Ya Allah, help us.

assalamualaikum.