<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

16 September 2012 posted on Sunday, 16 September 2012 { 16:29

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

16 September 2012. Malaysia Day. A happy day. An exhausted day.A sad-ending day.

16 Sept. Kesemuanya ceria. I meant, satu bas. Semua penghuni Suasana Holiday ceria. Semuanya excited me-release-kan tension selepas seharian stress akibat tekanan pertandingan.

Selesai makan di gerai berdekatan Jalan Tunku Abdul Rahman, masing-masing mencari destinasi seterusnya untuk disinggah. Aku, Abang Fitri, Cik Azlina a.k.a Cik Nik, Kak Ardilla, Kak Ainaa dan Kak Farah memilih untuk ke Sogo. Umi, Ustazah Rasyidah dan Ustazah Bushro ke Jalan TAR.

Dalam Sogo, 6 orang daripada kami tiba-tiba berpecah membentuk dua kumpulan. Kak Ainaa bersama Cik Nik berjalan bersama. Tiba-tiba lesap sekelip mata. Jadi, cuma tinggal aku, Kak Farah, Kak Ardilla dan Abang Fitri.

Sogo bosan. Seriously sangat bosan. Bosan giler ah ! Teramat bosan bagi aku yang sememangnya kurang berminat shopping. Masuk-masuk dalam Sogo, "Kat sini mana ada kedai buku ?" Aku bertanya Kak Farah yang sememangnya arif tentang tempat-tempat di KL yang dah lama aku tak jejakkan kaki ke sana.

"Hang toksah dok loqlaq sangat. Sogo mana ada kedai buku. Haha." Laaa bosan gila ! Buku tak ada. Yang ada cuma beg, barang makeup, baju, seluar, dan baju lagi -.-

3 vs 1. 3 orang menunggu sorang kakishopping. Memenatkan. 12.30 tengahari kami semua dikehendaki berkumpul. Tapi malangnya keempat-empat kami dah terlalu bosan menunggu 12.30.

Naik ke tingkat atas. Atas. Dan atas. Tiba-tiba, sampai di food court. "Apa kata kita minum-minum dulu ? Sambil-sambil dok tunggu, bolehla kami charge fon." cadang Kak Farah. Semua bersetuju. Sembang-sembang. Minum-minum. Sambil tengok air terjun di tingkat itu. Cantik. Ahh best. Semuanya macam dah kenal lama aje. Walhal baru aje Jumaat hari tu kenal.

Tepat pukul 12.30, bas bertolak ke KLCC. Tapi malangnya, masa cuma diberikan hanyalah 2 jam. Mana cukup ! =.= Aku cadang macam-macam dah. Nak pi kedai buku. Nak pi kedai jual masquerade. Nak pi petrosains. Nak pi sana sini. Isk.

Ikut Kak Farah. Dia pulak rambang mata. Ehhh apa ni ? -___________- Hampir RM200 dia habiskan just for a sandal, a backpack and a purse. Fuhh

Aku cuma habiskan duit sebab makan di SushiKing. Aaa sedap :3 And then RM35 habis untuk beli cenderahati buat diri sendiri di Petrosains. Rambang mata aku kat sana. Teringin nak beli benda lain. Tapi sayang duit. Muehe. Last-last, aku cuma beli Pop Eyes dengan Illusion Science aje. Sampai kaunter, ternampak Solar Kit. Aduhh nak ambik. Tapi masa dah suntuk. Line pun panjang. Ish. Sabor jelaa.

16 Sept 2012. Hari aku mengenali kebanyakan budak-budak nasyid. Diorang sporting okayy. Orang yang mula-mula aku ingatkan sombong. Rupa-rupanya seorang yang talkative. Just like me. Muehe.

Orang yang nampak just simple. Rupa-rupanya seorang kakishopping. Orang yang sebelum ni nampak serius, rupa-rupanya seorang yang ceria. Happy go lucky. Orang yang hampir tiap-tiap hari aku jumpa di sekolah, baru aku tahu perangai sebenar mereka macam mana.

Ehh sat. Aku teringatkan homework. Ahh kacau line.-.- K bye assalamualaikum.