Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Pukul 2.30 pagi. Aku masih belum tido lagi. Mata masih segar bugar. Laptop dibuka. Line internet dicuri. Berada di tempat orang, inilah kerja aku. Semuanya gara-gara tiada kerja untuk dilakukan.
Universiti Malaya. Tempat aku berada sekarang. Malam kedua, tidur bersama teman di kampus sini. Setelah hampir 3 hari di sini, terasa seperti baru sahaja sampai. Masa berjalan dengan sangat pantas. Teramat pantas sehingga membuatkan aku berasa bahawa kami masih belum bertanding. Seperti tak percaya, Kedah telah memegang pingat johan.
Johan ? Oh ha... Lupa nak cerita. Hari ini, 15 September. Seharian aku berada di Universiti Malaya bersama teman-teman. Walaupun bukan aku yang bertanding, tapi entah kenapa aku turut berasa debarannya.
Tapi segalanya telah tamat. Tamat sudah segalanya pada jam emm hampir 1 pagi. Kalau tak silap aku lah. Kedah merangkul gelaran johan. Manakal Negeri Sembilan mendapat tempat kedua diikuti Pahang di tangga ketiga.
Eh korang tau ke aku cakap pasal apa ni ? -.- Laa taktau ? = =' Erk. Baca tajuk ke tidakkk ?? Haih.
Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min Peringkat Kebangsaan 2012. Alhamdulillah berjalan dengan amat lancar. Bersyukur dapat mencapai impian. Thanks Ya Allah.
Mewakili negeri bukanlah satu hal yang mudah. Aku tahu itu kerana aku pernah mewakili pertandingan catur pada darjah 6. Err cerita lama. Sejarah sudah...
Esok, dah nak balik. Seriously, aku sayang sangat-sangat nak tinggalkan bandar kelahiran aku ni. Nak datang sini, bukannya senang. Susah sangat. Susah giler giler ah !
Emm kedengaran sepertinya kami akan ke Times Square pada esok hari. Wallahua'lam. Shopping sakan la kami esok muehe..
Erk. 2.56 am. Hampir pukul 3. Esok, pukul 8 kena ada di bas. Ya Allah... aku tau esok akan penat. I know it.
Err got to go. K bye assalamualaikum.