Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Dear 'anda' , masih mahu teruskan ego ? Baiklah. Teruskan melayan saya sebegini. Terima kasih :)
Manusia. Payah untuk dijangka. Sukar untuk difahami.
Ada yang ikhlas. Ada yang pura-pura. Ada yang baik hati.
Ada yang tulus, telus juga berhati murni.
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Ya aku akui.
Hari ini 10 September. Masih ada 29 hari lagi buat calon-calon PMR melalui segala dugaan sebelum peperiksaan PMR. Ditolak hari cuti, waktu rehat, waktu tidur dan
'waktu pee' kata
dot dot dot, entah agaknya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
11 September, hari Selasa. Hari peperangan bakal bermula. Hanya tinggal beberapa jam bagi para junior mempersiap senjata. Untuk mengalahkan musuh yang boleh mengelirukan akal dan jiwa.
11.9.2012. Tarikh yang penting dan bermakna bagi semua tentera. Bakal tercatat tarikh ini dalam buku sejarah mereka. Tarikh bagi menguji dan menilai segala senjata. Terus berjuang untuk kekal mara. Atau syahid di medan sana. Menyebabkan mereka kesal segalanya.
UPSR 2012. Bulan September. Adik aku serta seluruh murid darjah 6 akan mula berperang. Untuk mendapatkan keputusan bagi segala strategi yang telah mereka atur dan gunakan sepanjang sebelum detik peperiksaan. Sama ada berjaya atau tidak. Wallahua'lam.
September 2012.
Adik UPSR.
Oktober 2012.
Aku PMR.
November 2012.
Abang Fitri SPM.
Tahun ini, masing-masing berjuang. Masing-masing ingin mara. Masing-masing mahu mencapai segala cita-cita.
"Di samping berusaha, kita berdoa. Kemudian, teruskan usaha. Kemudian berdoa lagi. Mudah-mudahan apabila berjaya, tiada sifat riak akan timbul." - Mohd Fuad, abah.
"Rahsia kejayaan. Usaha, doa, tawakkal. Usaha tanpa tawakkal itu sombong, tawakkal tanpa usaha itu angan-angan kosong." - Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM 2008.
"Teruskan berusaha dan teruskan berdoa. Jangan berputus asa jika doa tidak dimakbulkan. Sesungguhnya Allah telah rancangkan sesuatu yang lebih baik buat diri kamu." - Insan
Maghrib sudah. Cukup setakat ini untuk hari ini sebagai
santapan rohani di waktu petang. Sekian. Assalamualaikum.
Thanks for lend me your eyes.