<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Sama Birthday Dengan Bill Gates posted on Sunday, 28 October 2012 { 05:56

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

"Blablabla..." suara orang Korea berkata-kata. Sedang asyik menonton drama Korea, tiba-tiba bunyi pintu mengganggu suasana. "Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Nur Fatini. Happy birthday to you." Abah masuk dengan menyanyikan lagu hari jadi. Lantas aku memberhentikan tayangan drama Korea yang bermain di mata. Ada sesuatu dalam genggaman Abah. Sengih tersungging di bibir. "Nah ambik ni. Abah takdak apa nak bagi kat Tini. So Abah bagi ni lah." Hahahaha. Benda tu...... "Amboi Abah, balas balik haa." Abah senyum.

28 Oktober 2012. Sesungguhnya pada awalnya aku tak sedar pun bahawa hari ini merupakan hari aku genap berumur 15 tahun. Tiba-tiba teringat, eh yalah 28 Oktober. Haha. Fon tutup, jadi tiada sesiapa pun nak tolong ingatkan. Facebook tak bukak. Twitter tak bukak.


Bangun tidur terus turun bawah. Nobody reminds me. Aku pun tak ingat tarikh apa harini. Aik tetiba je ada yang wish.

Lepas layan bagi habis kesemua 9 episod Korea, den online. Bukak Facebook, pfffft hanya mampu baca sahaja. Tak balas pun. Haha. Tapi sekarang dah balaslah 80%. Yang lain tu, tunggu esoklah. First come first serve =..='

Kata salah seorang yang juga tarikh lahirnya harini, birthday kitorang........... Sama dengan birthday Bill Gates. Oh kiranya hebat jugak la eh orang yang lahir 28 Okt ni? Haha.

Tapi kan, today is one of the best day. Why ? Doa mencurah-curah. Doa para sahabat kepadaku. Alhamdulillah bersyukur sangat. Kan seronok kalau setiap hari adalah hari jadiku. Tiap-tiap hari didoakan.

"May Allah bless you."
"Semoga panjang umur."
"Semoga dimurahkan rezeki."
"Semoga berjaya di dunia dan akhirat."
"Semoga cepat kah....." (ini takpayah cerita lah kot) =='

InsyaAllah amin. Amin ya Rabbal Alamin. Semoga Allah juga memberkati kalian semua. InsyaAllah amin.

Heh. Semua ada kat rumah harini. Abang Iyi amboih kemain. Sebelum ni punyalah ego nak ucap "Happy Birthday." Tetiba....

"Abang Iyi, nak charger." aku jerit dari atas tangga. Abang Fitri yang tengah makan berpaling. "Takleh." "Ewah-ewah, siapa punya charger?" Abang Iyi bangun dari tempat makan. "Sat. Biar Abang Yi yang pi ambik." Lari. "Eleh takut sangat Tini masuk bilik dia." aku usik. Dia masuk bilik. Tutup pintu. Pastu bukak pintu. Separuh. "Mana charger?" Aku tanya. "Takleh." Abang Yi sengih. Macam kerang busuk. "Ish mai la." Masih tersengih. "Cepatlah. Tini nak bukak fon. Seminggu dah tak bukak ni." aku geram. "Takleh." Dia hulur charger. Namun sengihnya masih ada. "Happy birthday." Kenyit. Sengih. Tutup pintu.

Hahahaha. Taktau apa yang dah rasuk dia jadi cenggitu -.-

Abang Fahmi pulak....

"Blablabla..." perkataan dalam bahasa Korea bermain di telinga. Pintu terkuak. "Tini, rasa ni." Cerita Korea diberhentikan. Tadi Abah masuk, ni abang pulak. Amboih depa ni kenapa? "Try rasa. Manis sangat ke." Acewahh abang. Kenapa ni? Taulah harijadi Tini... Tapi sampai bawak piring dengan puding karamel masuk bilik ni apahal? Sebelum ni kemain marah kalau bawak masuk makanan dalam bilik. Haha. Tapi tu semua hanya terlintas di hati. "Emm sedap." Aku memuji. "Siapa buat? Umi eh?" aku bertanya. "Umi? Ada ke patut. Abang lah yang masak. Ok sedap kan? Haa ada lagi kat bawah tu. Pi lah ambik." Abang keluar bilik. Ehhh abang takmau tolong bawak turun piring ni sekali ke? Hahaha tapi hanya terlintas di hati. Di hati.

LOL. Kak Ina...

"Laa harini birthday dia ke. Happy birthday la eh." Kak Ina, seriously, I heard this sentence every year. Every year. How I wish you will remember my birthdate.

Guess what. Ni lah hadiah yang abah bagi. Haha. Sweet kan ? =..=


Masihku ingat, kata kata abah pagi tadi...

"Nah Tini. Selamat hari jadi. Semoga menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga dapat mencapai cita-cita. Abah takdak apa nak bagi. Jadi ambik lah ni. Bawaklah kereta ni dan tujulah kejayaan dengan kenderaan ni."

Adik...

Terbangun daripada tidur apabila abah huha huha nyanyikan lagu harijadi. "Eh eh, itu macam barang adik aje." Dikyah menyampuk. "Abah taktau. Abah jumpa. Abah ambik." balas abah. "Hah betullah barang Dikyah tu. Kiranya abah bagi hadiah tu kat Kak Tini, umpama Dikyah bagi hadiah kat Kak Tini la eh."

Adik......... Mana ucapan hari jadi. Uuuuuu u.u

Kakak, umi. Aku tak dengar pun dari bibir diorang. Ahh takpelah. Aku tau diorang ingat, cuma diorang mungkin terlupa nak wish.

Kawan-kawan, thanks korang for all of your wishes. Takde hadiah ke? Heh takpe. Aku tak perlukan semua tu. Cukuplah sekadar persahabatan yang ikhlas serta iringan doa buat rakan korang yang kerdil ini. Doa jangan bagitau tau. Kan doa seorang sahabat untuk sahabatnya tanpa pengetahuan sahabatnya itu merupakan salah satu doa yang mustajab. So nak lagi mujarab, tolong jangan bagitau. InsyaAllah dimakbulkan amin.

Tapi.... agak terkilan. Taknak wish kat aku ke eh korang, hampa dan hang ? :(

Takpelah, aku tau korang sibuk. Wish lah waktu korang free. Bila-bila pun takpa. Aku tak kisah. Asalkan ada yang ingat. 

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum :)