Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
A : Weh! Aku dengar dari radio katanya result keluar 22 Disember.
B : Hah! Betul ke?
Argh. Bengang bengang bengang. Cer lah bagi tarikh yang paling tepat pleaseeee. 19 lah. 22 lah. 24 lah. 26 lah. Bahkan katanya bulan Januari 2013 pun ada. Haih. Wallahua'lam. Tunggu pengumuman aje lah.
"Hek ena Tini.... Hang emo apehal?"
Haha. Sebenarnya tak sabar nak dapat result aje ni. Kan bagus kalau tau tarikh sebenar. Biar dapat rasa excited tu lebih sikit. Hee.
80% siap. Buku. Done jual. Barang. Done susun. Apa yang tinggal cuma.... pakaian. Aaaaa.
Majoriti orang mengatakan bahawa kerja yang paling malas untuk dilakukan ialah kemas bilik. Haha so do I. Kemas tu oke. Tapi yang renyah nye cuma pakaian. Nak kena asingkan ikut kategori. Baju, seluar dan kain, tudung dan selendang, jubah, pakaian yang nak disangkut, yang nak dilipat. Blabla.
Pejam celik pejam celik. Eh eh, dah 22 November 2012. Apa maknanyaaa ? :D
Jeng
jeng
jeng
Takde apa pun. Haha saja nak buat gimik.
Harini 8 Muharram. Apa maksudnya anak-anak semua? Ya pandai! Esok 9 Muharram. Jadi jom berpuasa! ^^v
Imam Syafie ada menyebutkan dalam Kitab al-Umm dan al-Imla', disunatkan berpuasa pada hari kesembilan bulan Muharram (Tasu'a) , kesepuluh Muharram ('Asyura) dan kesebelas Muharram. Tapi tidak ditegah jika hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a katanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda SAW, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang." Kemudian Nabi SAW ditanya pula tentang puasa pada Hari Asyura (10 Muharram). Lalu baginda menjawab, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu."
Wallahua'lam.
Source :
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/12/hari-asyura-10-muharram.html
Oh ya, di samping online, baiklah tambah ilmu ye dok? Bacalah ini juga ya... ^_^
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/12/hadis-palsu-tentang-hari-asyura.html
Assalamualaikum w.b.t.