<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Exam Tamat. Yeayy Alhamdulillah posted on Thursday, 29 November 2012 { 20:43

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

"Harini, aku nak tido awal. Ye nak tido awal. So takdelah rasa tak larat nak jawab exam esok. Ok tidur awal."

Tido awal... tido awal... tido awal...


Itulah yang bermain dalam fikiran selepas siap baju digosok. Masuk bilik, golek sana sini atas katil. Aaaa tak boleh nak tido.

Ping ! *lampu menyala ala-ala idea baru* Ternampak fon adik. Wuu online Twitter.

"Adikk! If u're reading this. I'm using your phone. Naik atas cepat. Haha takboleh nak tido lah -,-"

This is what I wrote on my Twitter yesterday. Tak sampai beberapa minit, dengar orang lari naik atas. Tercungap-cungap dah.

"Kak Tini!"

Dikyah menjerit. Hahahaha cuak dia. Takut benor haa orang pegang fon dia. Entah apa besar sangat secret dia dalam fon tu ntah. Lantak kau ah. Asal boleh den online sudah....

"Bak balik! Lemah dah jantung adik ni haa. Baru bukak Twitter, tetiba terbaca... adikk! Ingatkan adik mana tadi."

Selepas mesej dengan kawan, pukul 11 malam kupaksa jugak mata untuk tutup. Tutup lah tutup lah. Sambil mata dibingitkan dengan nyanyian daripada macam-macam kumpulan nasyid yang berlagu daripada MP3.

11.30 tersedar ke realiti disebabkan bateri tetiba habis. Alamak aih ! Paksa mata tutup lagi. Aaaa macam-macam bermain di fikiran. 11.45 malam, bangun dari tempat tidur. Fed up!

"Umi.... tak boleh nak tido." Suara dibunyikan gaya budak kecik bermanja. Ehek. "Kenapa? Excited kot nak jawab esok." Umi yang baru nak tido memaksa mulut berbual. Haha iloveyou umi. "Haa laa kot. Tak sabar ada, takut pun ada." Dan.... terus sunyi. "Umi, Tini tumpang tido sini sat eh." Sunyi lagi..

Mata takboleh nak pejam. Ish. Buku dibaca.


12.20 buku habis dibaca. Ya Allah, masih takboleh nak tido. Masalah ni... masalah. Dan akhirnya setelah dipaksa dan terus dipaksa, alhamdulillah ke ambang mimpi juga akhirnya. Hehe. Tapi sayang, sekejap-sekejap terbangun. Haih.

Dan harini, aku melangkah keluar dengan riang ria erk juga duka. Wowooo ketaq ketaq lutut cekk ni haa.

Sampai di MRSM Kubang Pasu setelah lama tak jejak kaki ke sana, ish rupanya tak ramai yang jawab exam bagi sesi harini. Dalam senarai emm 17 orang aje. Tapi yang pergi tadi, heh tak sampai pun 10 orang rasanya.

Segan oh. Nampak macam orang lain semuanya sekolah agama. Rasanya betullah kot sesiapa yang jawab exam harini rasanya bagi sesiapa yang mohon MRSM Ulul Albab kot. Rasanya lah. Wallahua'lam.

"Macamana jawab exam ? Ok?"

Soalan yang memang sudah diagak akan ditanya haih. Soalan UKKM tadi menyakitkan hati lah =.= Dahlah soalan tak best. Haha.

Matematik. Daripada 40 soalan, alhamdulillah dapat jawab 36 soalan. Tapi wallahua'lam lah betul ke tak. Dan innalillah pula kerana kena hantam lagi 4 soalan. Hoho. Masa tak cukup. Dahlah den yang paling last nak hantam nye. Iyelah nak jampi jampi. teehee.

Sains. Haaa ni lagi banyak hantam. Agak-agak betul, terus tekan aje. Tapi aku suka when soalan pendapat. Wahwahhhh the easiest. Haha.

Keeribadian. Ok soalan bagi bahagian ni paling sakit hati. Eh kenapa? Haha sebab soalan semua membosankan. Tapi emm terkadang rasa nice laa jugak. Aku dari awal sampai habis jawab pemimpin, kepimpinan, keyakinan, yang tu aje selalu. Sebab dalam banyak-banyak jawapan, soalan berkaitan leading aje yang paling sesuai. Fuuu.

And akhirnya, selesai juga menjawab soalan. Alhamdulillah.


I wonder of one thing. Awat bagi slip lepas jawab ? Haha -.- ahhh apa apa pun, bersyukur sangat sebab dah selesai jawab.

Kalau rezeki, insyaAllah akan masuk juga. Tapi kalau bukan, maybe there's something better for me. InsyaAllah.

The End.

...