<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Goodluck ya SPM Candidates posted on Monday, 5 November 2012 { 04:25

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

"Salam abah. I've achieved success. I've passed the most challenging camp moment. Hehe. Tini baru keluar daripada hutan. Pukul 1 nanti kitorang bertolak balik." Mesej dihantar kepada Abah. Selepas beberapa minit...
"Wassalam. Alhamdulillah. Thanks to Allah. Congratulation. Proud of you...." Terharu. Sebak. Rindu. "...Yes all of us waiting for U. Please inform when u arrive at the school."
Air mata mengalir.

Ehem alhamdulillah sudah 5 November rupanya. Pejam celik pejam celik, ya Allah dah besar panjang aku rupanya. Heh. Terima kasih ya Allah kerana masih memanjangkan umur.


Hari ini, hari bagi semua calon SPM berperang. Ganbatte ! Chaiyok ! Moga dipermudahkan untuk menjawab segala soalan. InsyaAllah amin.

Lama tak update. 29, 30, 31, 1, 2, 3, 4... lebih kurang emm seminggu. Kot.

30 Oktober 2012. SMK Sultanah Bahiyah mengadakan hari Jualan Mega serta Program Titian Muhibbah anjuran SMKSB itu sendiri dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar. 5 buah sekolah rendah serta sekolah menengah telah dijemput. Namun katanya, hanya beberapa buah sekolah sahaja yang hadir. Kerana terlalu sibuk dengan Jualan Mega, there is no time for me to know which school was present. Yang aku tau cuma SMKA Kedah, SMK Syed Al-Bukhary, SK Tunku Abdul Halim, SJKT Barathy, SK Taman Uda. Yang itu jeeeeeeeee yang aku ingat.

Alhamdulillah hasil jualan kelas 3A1 mencecah seribu ringgit lebih. Keuntungan emm aku taktau kesemuanya berapa tapi cukuplah untuk kesemua 39 orang murid 3A1 dapat 3 ringgit hasil keuntungan. Kelas 3A1 jual nasi ayam merah, dadih, coklat, snek, Krushes, ais sagat, air. Aaaaa tu je lah kot.

Amboi Tini, cakap pasal 3A1 aje eh. Ehhe. 
Kelasku Kebanggaanku :3

31 Oktober sehingggggggggggaaaaaaaaaaaaaaaa 2 November, aku mengikuti kem di Taman Negara Penang, Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia, Asia Tenggara, Dunia, Bumi, Alam Semesta, Pentas Allah. Kem Anugerah Remaja Perdana anjuran Rakan Muda. Syok sangat syiokkkkkkkkkkkkk >.< Kami berkhemah di Pantai Kerachut. Pantai yang terdapat obor-obor di dasarnya. Pantai yang terdapat sebuah pusat konservasi penyu di tepiannya. Pantai yang subhanallah memang cantik. Wuu tenang aje kat sana.

Sepanjang 3 hari 2 malam, setiap kali waktu makan, kena masak sendiri. Pada mulanya, erm agak terkial-kiallah jugak kan. Tapi dah lama-lama, terasa macam biasa. Biasaaaaa.

Di sana, aku terasa macam pelarian. Tinggal macam pelarian. Makan macam pelarian. Semuanya macam pelarian. Khemah bocor sana-sini, kena tampal sendiri. Semua benda kena pandai-pandailah berdikari. Berdikari jadi chef, engineer, arkitek, buruh, doktor. Ha ha -.- Tapi sangat best! Kenapa ? Coz it's really challenging. Adventurous !

On the way pergi ke dan balik daripada Pantai Kerachut tu agak memenatkan. Kenapa? Sebab jungle trekking. Waktu balik lah yang sangat membuatkan aku fed up. Dengan penat yang amat, terpaksa gagahkan diri kembara jugak hutan rimba tu. Arghhhh ! Waktu kena daki bukit, aku dah rasa bahawa aku takkan balik. Aku rasa nak nangis, aku rasa fed up, aku rasa....... perasaan bercampur baur. Tapi satu aje aku sematkan, buat tak tau. Buat tak tau. Zikir banyak-banyak. Dan alhamdulillah, akhirnya.... Eh, dah sampai? Ya Allah freedomnya ! Thanks.

Namun, segalanya terasa singkat. Aku rindukan saat-saat kem. Saat melepaskan penyu ke laut. Saat huhahuha bersama kawan-kawan. Saat 'Untuk Dia' bersama rakan sekumpulan. Saat memasak bersama-sama. Saat bertelingkah kerana percanggahan pendapat. Saat kami semua bersatu. Saat merebut kemenangan. Saat....... saat kem itu. Segalanya merupakan pengalaman. Pengalaman yang tidak pernah dan tidak akan dapat dibeli.

5 Nov, harini mungkin hari terakhir persekolahan aku pada tahun 2012. Mungkin juga hari terakhir persekolahan di sekolah itu. Mungkin. Segalanya mungkin.

8.12 malam. Aaaaaa beg aku baru 50% penuh. Blank. Taktau nak bawak apa.

Balik daripada kem....
"Tini, tadi Ustazah Azlin ada jumpa Umi. Dia tanya, Tini nak pergi Langkawi ke tak."
Rasa penat bertukar teruja. "Serius? Umi nak pi ! Nak pi !" terjerit-jerit keterujaan dalam kereta. "Umi kata, Tini nak pi sebab Tini ada bagitau kan nak pergi." Alhamdulillah... Alang-alang ada yang nak sponsor. Lawatan pergi free. Jangan tolak rezeki Tini. Jangan tolak rezeki. "Yeayyy!"

And now, aku taktau nak kemaskan barang untuk ke Langkawi siap-siap ke apa.

6-8 Nov, Lawatan Tingkatan 3 ke Melaka dan KL. Takjadi ke Nilai. Uuuuuu
9-11 Nov, Lawatan Pengawas ke Langkawi.

Balik daripada Melaka-KL, terus berangkat ke Langkawi. Pehhh. Jangkaan sampai Alor Setar daripada KL  ialah pada 12 tengah malam. Bertolak dari Alor Setar ke Langkawi pada 7 pagi -.- Entah sempat entah tidak. Wallahua'lam.

And now, dah menaip teramatlah panjang. Masa nak diluangkan bersama beg, baju dan segala kelengkapan esok. Assalamualaikum.