<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Istikharah Itu Perlu posted on Thursday, 15 November 2012 { 06:21

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Betul ke apa yang aku nampak ni ? ._.
Aku : Ya Allah, Atikah!
Atikah berpaling. Mendekati Atikah, "Atikah! Betul ka ni?" Berkerut dahi Atikah. "Apa?" Tangan dipanjangkan. Bahu Atikah dipegang. " Atikah! Betul ka ni? Ish, betul ka... Atikah! Sama tinggi dah ha!" Sengih tersungging di bibir Atikah. "Atikah! Betul ka ni?" Masih tersengih. "Ha betul la!" Ya Allah... Baru darjah 5. Sama tinggi dengan aku? Bukan ke bebudak zaman sekarang semakin tak tinggi? =.= Erk. Haha. Tapi junior aku ramai takcukup ketinggian.................................................... hmm.
Salam Maal Hijrah 1434H kesemuanya.



Teringat kata-kata abah ketika sebelum membaca Yaasiin di surau sebentar tadi...

"Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk hidup di tahun baru. Maka bertambahlah umur kita pada tahun ini.... blablabla."

Terdetik dalam hatiku,

"Bilakah aku dilahirkan eh dalam tahun Hijrah?"

Seringkali ucapan "Selamat Hari Jadi", "Happy Birthday", "Sawah Helwah", "Eid Milad" wa ghoiriha (dan sebagainya dalam BA) diucapkan setiap hari ke serata orang yang berada di serata dunia mengikut kalendar yang terdapat dalam tahun Masihi. Kecuali Nabi Muhammad SAW.

Semua itu berlaku sehinggakan kita sendiri... err mungkin ada sesetengah orang yang tahu. Tapi rasanya majoriti tak tahu...........kot. Rasanya kebanyakan orang lebih mengetahui hari lahir mereka pada tahun Masihi berbanding Hijrah. Rasanya lah.

Google dilayari. Pencarian 'Hari Lahir dalam Tahun Hijrah' ditaip. Keluar pilihan. Dan laman web ini ditekan. 28 Oktober 199* dicari. Hmm 27 Jamadilakhir 141* rupanya tarikh lahirku dalam tahun Hijrah. Isee.

Wallahua'lam.

Maal Hijrah. Tahun hijrah yang baru, baru sahaja bermula. Jadi mulakanlah hidup baru. Tanam azam baru. Bulatkan tekad. Istiqamah dalam berhijrah. Cari jalan yang lebih baik. Baik untuk mendekati-Nya. Jangan ulangi kesilapan lalu. Cuba jauhi segala perkara yang menjarakkan diri dari-Nya. InsyaAllah I'll try.

Air mata. Sekarang mengalir terlalu mudah. Terasa macam... ya Allah, murahnya.

Aku : Umi, istikharah buat macam solat sunat biasa aje eh?Umi : *angguk* Ya, kenapa? Nak istikharah apa?
Adik : Nak cari jodoh.
Aku : *sengih*

Kebanyakan orang sekarang, apabila sebut perkataan "I.S.T.I.K.H.A.R.A.H." dalam minda bermain pula perkataan j.o.d.o.h.

Istikharah bagi pandangan aku, dilakukan ketika kita mengalami kekeliruan samada untuk memilih sesuatu ataupun tidak. Dan itulah apa yang sedang aku rasakan. Bukan memilih jodoh. Tapi memilih sesuatu pilihan yang melibatkan masa hadapan.

Bukak laptop. Bukak google chrome. Pencarian dibuat. Aku berkenan laman web ini. Nice huraian. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Masa hadapan. Memikirkannya membuatkan aku tertekan. Tekad dibulatkan. Memang kena istikharah. Takut menyesal kemudian hari. 

Masa hadapan. Memikirkannya membuatkan aku sebak. Bukan kerana memikirkan benda buruk, tapi kerana sedih tidak mampu memilih. Allahu...

Masa hadapan. Memikirkannya memerlukan waktu. Tapi apabila kesuntukan masa? Hmm tak boleh juga kalau nak guna 'win-win' ala-ala apa yang telah belajar dalam Sivik. Jadi penyelesaiannya? Istikharah.

Moga aku mendapat hidayah dan ditunjukkan oleh Allah segala yang terbaik buat diriku, agamaku, hidupku. InsyaAllah amin.

Tolong doakanku. Moga kalian diberkati selalu. InsyaAllah.
Assalamualaikum.