<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Just A Story Erk posted on Sunday, 25 November 2012 { 05:12


Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

"Bangun bangun bangun! Pi mandi pi makan pi bersiap. Kita nak pi Tualang ni. Bangun bangun!" Suara Abah memecahkan kesunyian pada waktu pagi.

Menggeliat. "Nak pi Tualang? Buat apa?"

"Tok Ngah baru balik dari Mekah. Nak pi tengok dia jom."

"Haa haa. Adik, bangun dik. Nak pi Tualang ni." Bahu adik digoncang. Kakinya digoyang. "Adikkk... Bangunlah." Adik membuka mata. Meraba-raba mencari telefon bimbitnya. Henfon digapai. Dilihat. Kemudian, kepala dilentokkan semula ke bantal.

"Adik. Bangunlah....." Kepala yang tidak gatal digaru. "Adik...."

"Adik taknak pergilah." Badan dipalingkan menghadap ke sebelah tingkap.

Bangun. Capai tuala. Mandi. Bersiap. Tudung digosok.
"Adik. Kita nak pi Tualang ni. Jomlah pi jumpa saudara-mara."

Adik menggeleng. "Dia taknak pi sudahlah. Tapi takmau pi pun kena mandi jugak. Pi mandi nuh." Abah muncul depan pintu bilik.

Bangun. Tuala dicapai. "Iyelah." Sepatah adik membalas. Lepas mandi, pakai baju. Tidur. =='

.....




Pusingkan PC a.k.a laptop anda 360 darjah. :D
10 Muharram. Hari Asyura. Puasa punya puasa tetiba...............

Dalam perjalanan pulang.....................

"Tini, ish cuaca gelap dah ni."


"Rintik-rintik dah ni."


"Kamera abah ada. Awat tak guna?"
...
Dan secara tiba-tiba, sesi fotografi dalam kereta bermula.
Tapi untuk tempat duduk belakang ajelah. Hehe.





Abang Iyi with Abah's camera's flash.

 "Abang Iyi, pandanglah sini."
"Takmau."
"Ala pandanglah."
"Ish takmaulah."
"Sokmo gitu."
"Dah nak buat camaner, hang tangkap waktu aku tak hensem."
"Ceh."
...
"Kamera abah pun ada tu."
"Haa kamera abah."

Amboi, bila ada kamera Abah, laju aje nak pandang kamera umi. Si-oat




Sepanjang perjalanan, sikit-sikit umi abah tegur.

"Amboi, dah-dah lah tu."
"Nanti penuh memori tu."
"Nanti bateri habis kang."

Haha umi abah jeleslah tu kami tak ambik gambar depa. Teeheee :B


...

Sampai di rumah dan... "Krohh krohh." Bunyi dengkuran plastik oleh aku dan Abang Yi. Masing-masing malas untuk keluar untuk buka pintu pagar. Haha ceh.

Tapi disebabkan hujan dan tiada payung. Hmm

"Tini, hang tak periksa dah kan?" Sengih tersungging. Aku menjeling. "Haa takpelah Tini pi bukak haih."




And I'm all wet.

Tingkap rumah belakang. Bertentangan dengan bilikku. Korang ada nampak apa-apa ? Heh.

Luar masih tetap hujan lebat.

Dan waktu itu secara tiba-tiba bumi Malaysia terasa sejuk tahap giga. Menggeletar aku.

Mandi dan terus salin baju.





Dan aku terus...Bumm! Join adik aku tidur.

THE END