<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Kenangan Lawatan Tingkatan Tiga Duaribuduabelas posted on Monday, 12 November 2012 { 01:03

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

MHB : Kita sampai lewat lah sat lagi.
Aku : Kenapa? Oh ya sebab bertolak lewat kan...
MHB : Dak, bukan.
Aku : Habistu?
MHB : Sebab kita dok belakang sekali.
Aku, Aliah, Farah : Laaaa.......

6 hari tak update. Sibuk dengan lawatan. Sibuk? LOL. Alhamdulillah selamat pergi dan pulang mengikuti rombongan murid-murid Tingkatan 3. 3 hari 2 malam berlalu amat singkat. Heh. Banyak kenangan terukir bersama.



First day, dari Alor Setar terus ke Melaka. Check in. Malam keluar makan dan terus ke Melaka River Cruise.
Upss nak menyelit jugak :p
All of those above pictures were at a restaurant. Makan makan.
Gambar 1, 2 dan 7 : 3A1
Gambar 3, 4, 5 dan 6 : Ada 1K2, ada cikgu juga anak cikgu
Gambar 6 : Ada 3A1, ada 3A2

Gambar 1 : Melaka River Cruise :D Huruf E takde -.-
Gambar 2 : First-first naik, amoih kemain excited
Gambar 3 : Dah bosey. Tourist guide merepek apa ntah ~.~


Hari kedua, keluar daripada Kompleks al-Khawarizmi, bergerak terus ke Planetarium al-Khawarizmi. Nice. Tapi sayang tiada promosi dibuat sedangkan tempat tu berpotensi menjadi tarikan pelancong. The most exciting, interesting and segala 'ing' lagilah kan was apabila movie 3D ditayangkan and also when watching the dome.
Umi. Amboi umi, pegang tangan astroaut nampak. 
Jeles abah kang :p
Adik. With an astronaut.
Aku la angkasawan tu. Tak caya?
Tak caya sudah.
See? Kan aku dah kata, I'm an astronaut :3

Lepas ke Planetarium, kami singgah di pantai. Then pergi shopping sebentar di apa ntah dekat depan muzium yang bentuk kapal tu. Yang berdekatan dengan Mahkota Parade tuuu. Kemudian terus ke Melaka Wonderland. Bermandi-mandian di sana. Melepaskan tension. Barangsiapa yang ke Melaka Wonderland lalu bermain segala aktiviti di kolam renang, dia abnormal kalau tak menjerit -.-'


Selesai segalanya, kami bergerak ke Bangi. Then terus ke Geman-Malaysian Institute (GMI). Aku takpasti GMI ni kat Bangi or Kajang. Ada kata Bangi, nampak kat lorong tulis Kajang. Wallahua'lam. Aku sendiri taktau. Almaklum, 8 tahun tinggalkan negeri tu ._.

Malam tu, jalan-jalan di Putrajaya. Takbawak kamera. So tiada gambar.

Hari ketiga, tinggalkan bilik penginapan GMI yang selesa tahap err giga bak kata Hlovate. Heh. Kemudian, melawat sekitar institut tu. Waaaa aku yang minat Medic tetiba terasa nak ambik Mechatronic. Tak pun Network Security. Menarik course nya. Tapi........



Looks like 3D. Ni pameran untuk course emm apa ntah.
Adik n umi tangkap waktu ni.
Waktu ni berpecah dengan diorang, so aku pun taktau diorang ke bahagian course apa.

Kumpulan 2.
Aku kumpulan 1, so gambar takdak. Uuu
Sesiapa yang ada gambar group 1, mohon roger roger.

Di Pusat Sains Negara...

Masing-masing khusyuk memikirkan penyelesaian teka-teki yang diberi.

Adik with Amni, 'KL-ians'
Sampai hati kau Amni. Balik Menjalara takbagitau aku T_T

Aku with Piqah.
Ya Allah peliknya muka ._.

Agak membosankan peralatan di Pusat Sains Negara. Agaknya kesemua pusat sains memang cenggitu eh ? Err dulu pergi ok. Tapi kali ni... Semuanya sebab maintainance tak dijaga. Asif.

Kemudian, kami ke Muzium Galeri dan Seni juga Matawang.


Segala wang syiling dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga sekarang.
Katanya, ori punya. Wallahua'lam.

Duit kertas entah negara mana punya bersama beberapa orang model wang kertas LOL.

Duit kertas dan syiling Malaysia dari dulu hingga sekarang :D

Apa yang ada dalam bilik kebal.
Feuhh jongkong emas dan wang $_$

Kami di Pejabat Gabenor kononnya.
Waktu ni, Gabenor tengah tolong buatkan air untuk kitorang, tetamu khasnya.
Percaya? :)

Feuhh tinggi jugak aku eh :p
Di hadapan Galeri Kanak-Kanak

Looks like taburan duit.
Inilah dinding yang dilekatkan duit banyak-banyak.


Galeri Kanak-kanak. Lorong memasuki ruangan di dalamnya merupakan lorong yang penuh dengan dinding yang dihiasi duit tulen zaman dulu hingga sekarang. Katanya, kesemuanya berjumlah 1 juta ringgit. Aktiviti di dalam ruangan ini. Emm quite interesting.

Galeri seni, cantik. Tapi terkadang terasa macam ada seni yang hanya contengan. Diconteng. Aku pun boleh buat. Haha eceh itulah kata-kata seorang yang tidak berapa tahu menilai sesuatu seni ~.~


Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar. Ehhhhh dah tamat persekolahan 2012 lah. Cepatnya masa berlalu. Dulu, masa terasa lambat mengalahkan kura-kura berjalan. Zass tengok-tengok dah tamat persekolahan 2012. Atau mungkin tamatnya persekolahan di sekolah itu. Wallahua'lam.

Dear 3A1's, I'm sorry.
Jumpa hampa semua 24 Disember nanti. Enjoy? Enjoy-enjoy jugak, doa jangan lupa. Semoga kita semua dapat straight A's. InsyaAllah amin. Berjaya sekapal !
Bukak Youtube, cari Bingkisan Rindu. Lagu untuk hampa. Ingatkan nak nyanyi haritu tapi tak sempat. Hampa pun tau lah kan, suara aku limited edition --' Lagipun kita dah kena halau dari kelas. Muehehe. And lastly, ketahuilah betapa sweetnya aku. :') LOL.

Assalamualaikum.

*p/s : Gambar-gambar di atas edisi asal. Tiada sebarang 'edit'.

:)