<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

12 Disember 2012 posted on Tuesday, 11 December 2012 { 22:55

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.


2.21 PM, 12.12.12. OK hajat di hati nak update 12.12 PM tapi waktu itu aku sedang bertapa dalam bilik mandi lahhh >.< Muehehehe.
12.12.12 a nice date. Yaa but date is just a date. Nothing special. Apa yang special nya ialah alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur, dibenarkan menghirup udara-Nya dan bagaimana kita memanfaatkan hari itu. Jikalau kita menghabiskan masa dengan asyik berhibur.... Ahaha tak cukup special rasanya tu.

Apa kata kita manfaatkan diri dekatkan diri dengan-Nya daripada merapatkan diri dengan si dia yang entah siapa-siapa. Maaf ayat tadi untuk orang bujang. Kehkeh.

12.12.12 sukahatilah nak kahwin ke tunang ke apa ke asalkan tiada kepercayaan dan keyakinan bahawa tarikh tersebut merupakan tarikh yang konon-kononnya ada ong. Ada luck. Ada tuah, jebat, lekiu segala. Setiap yang baik tu kan datang daripada Allah bukannya nombor yang menarik. Tarikh yang cantik.

Bagiku apa yang special pada tarikh ini ialah ku masih berada di muka bumi ini. Masih diberikan peluang untuk menikmati keindahan ciptaan-Nya. Masih sempurna fizikal. Masih berada di Kelantan. Berkumpul bersama saudara-mara. Masih tidak kehilangan orang tersayang. Masih boleh update blog. Muehehehe. Umi pula ingin bawa kami semua bersiar-siar pusing-pusing jalan-jalan ronda-ronda Kota Bharu. Dan umi bercadang bawa kami ke sebuah restoran yang enak makanannya pada malam ini.

Semenjak 2001, kita berjumpa DD/MM/YY yang sama nombornya pada ketiga-tiga tempat. 01/01/01, 02/02/02, 03/03/03, 04/04/04, 05/05/05, 06/06/06, 07/07/07, 08/08/08, 09/09/09, 10/10/10, 11/11/11 dan 12/12/12. Alhamdulillah aku sempat alami kesemua 12 tahun itu. Dan selepas ini tiada lagi tiga tempat yang sama nombornya seperti 13/13/13. Tiada.

Kalau dipanjangkan umur, heh insyaAllah 1000 tahun lagi bakal berjumpa semula tarikh-tarikh tersebut. 1000 TAHUN LAGI :) kalau panjang umur lah... Dan mungkin ada satu sahaja lagi tarikh yang menarik selepas ini. Tapi cuma satu iaitu 11/12/13. Kemudian, tiada lagi.

Mari kita jengah beberapa laman web. >>klik sini<< Dah klik ? Ahaha ^^v iklan sebentar. Ni ialah pandangan Hilal Asyraf mengenai 12.12.12.

Oh ya, bila bercakap tentang tarikh cantik, kebanyakan anak-anak muda memasang angan-angan ingin ber-couple, menjalinkan hubungan, memutuskan hubungan. Oh blalalala... Lihatlah sini. Tengok pandangan ni. Semoga memberi manfaat kepada kita. >>klik sini<<

Dear kapal 3A1, jangan ada hat dok gatai kapel pada tarikh ni naa.. Kapten kata, siapa buat macam tu, kita humban ke laut ^^v Kapel selalu janji sehidup semati, so sapa kapel, kita buang dia sekali dengan pasangannya haa :P Ok deal ? Ok good.

Tapi.............. aku kapel. Muehehehe dating tiap-tiap hari 5 kali sehari. Kadang-kadang terlajak 6 atau 7. Contohilah saya. Wakakaka. Bukan dating dengan si dia. Tapi dating dengan-Nya.

12.12.12 sebenarnya tarikh ni agak sedih juga. Rasa macam baru aje sampai ke Kelantan. Tuptup 14 Disember kena pulang ke Kedah. Kemas-kemas barang bertolak ke Vietnam. And..... hope we are having a safe journey then. InsyaAllahu Rabbi.

Oh ok. Sudah mahu pusing-pusing ke Kota Bharu. Bye assalamualaikum.