<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Alhamdulillah impian tercapai posted on Monday, 24 December 2012 { 02:55

Assalamalaikum warohmatullahiwabarokatuh.

"Blablabla.. straight.. blablabla.. jangan.. blabla..shh."
Aduhaii mereka. Nak berbisik tapi kuat-kuat. Dah dengar segalanya. Takpa-takpa. Kita buat-buat tarak dengar. Wait n see. Tunggu bila diorang nak bagitau aku sendiri.

Ehem. alhamdulillah. Seharian semalam aku tunggu waktu ini. Eh ? Haha yelah, lepas-lepas balik daripada Vietnam, tak jengah langsung ke www.blogger.com ni. Cari masa untuk memulakan karya pun takada. Punyalah rindukan pesbuk. Hehehehe twitter pun tak dilayan sangat semalam.


Alhamdulillah sepanjang 5 hari di Vietnam segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah perjalananku pergi dan balik semuanya selamat. Alhamdulillah akhirnya kutiba jua di negeri Jelapang Padi ini semula.

Pejam celik pejam celik. Singkat aje rupanya lima hari ni ye. Bila sampai di rumah, terasa sunyi lah jugak. Tiada yang kecoh-kecoh, kepoh-kepoh. Err tipu. Ye memang ada tapi tak sekecoh keadaan dalam bas juga waktu berjalan-jalan rasanya.

Macam-macam tempat kulawati. Seronok memang seronok. Teramatlah seronoknya. Paling kusuka emm sewaktu ke Cu Chi Tunnel dan Unicorn Island. Naik sampan. Masuk dalam terowong kecik sambil jalan membongkok. Waa best sangat. Paling tak seronok waktu ke Ben Thanh Market. Sakit kaki haha.

18 Disember.

Umi : Esok keluar result.
Aku : Alaaa kenapa Umi ingatkan? Emm takpe. Tini taknak check. Alang-alang ada kat sini, enjoy lah dulu. Balik nanti baru check.
Abah : Alaa takpe, Tini bagi je no kad pengenalan dengan angka giliran. Kitorang check, Tini takyah tau.
Aku : Taknak ! Tini taknak tau ! Taknak!
Umi : Ish, ada ke pulak taknak tau..
Aku : Taknak!

19 Disember.


The worst day there. I hate this day. Why? Because people there also talking about the PMR result just like Malaysia. And I feel like I'm not in Vietnam but just in Malaysia.

Memandangkan aku ke sana bersama guru-guru sekolah aku juga, emm rombongan cecikgu la ni. Special kan aku salah seorang anak murid yang dapat join ? -..-v wakakakaka. ehem. disebabkan ke sana bersama guru-guru, of course lah akhirnya akan tahu juga berapa result aku.

Paling tak bole bla, aku lari daripada group cecikgu. Nak sembunyi telinga supaya taktau result sendiri. Dan waktu family aku berbisik. Lol nak bisik tapi cakap kuat-kuat. Hampeh. Tunggu masa aje bila diorang nak cakap dekat aku. Tapi pabila aku dengar diorang kata 'straight', aku tak percaya. Emm entah kenapa bila tiba hari result, aku rasa aku dapat 8A 1B :'/ Tapi alhamdulillah thanks ya Allah. Rezeki aku. Alhamdulillah 9A.

Tunggu punya tunggu. Haih bilanya diorang nak bagitau kat aku ni.......

Waktu turun daripada mendaki bukit menuju ke Istana Presiden ke Raja entah. Emm tak ingat. Waktu tu Amna lambai-lambai tangan kat aku. Pelik. Awat dia ni? Haha.

"Tahniah." tangan dihulur. "Aik awat?" tangan Amna ditenung. "9A" Sepatah Amna membalas. Buntang mata. Wow seriously? Huluran tangan bersambut. Soalan ditanya. "Hang berapa?" "Entah. Mak aku kata 9 jugak." Riak Amna seolah-olah tak percaya. "Wow tahniah." Huluran tangan yang masih kekal tadi digoncang.

Ehem. waktu tu aku dan Amna rasa macam nak terbang pulang Malaysia. Ada lah jugak bergenang air mata tapi tak tumpah. Sebab hanya kami berdua. So tak rasa sangat excited tu. Tapi ketidaksangkaan banyak gilaaa. Haha

Amna : Katanya 22 orang straight A's kelas kita.
Aku : Wow seriously?
Amna : Taktau. Aku dengaq macamtu.
Aku : Wei aku nak terbang balik Malaysia!
Amna : Aku pun. Eii tak dapat lah tangkap gambaq dengan depa.
Aku : Itulah pasal. Tak aci gambaq kita takdak. Haha.Amna : Memang pun.
Aku : Macam tak sangka 22 orang. Berjaya sekapal dah weh! Cikgu Mail, kami berjaya sekapal dah!
Cikgu Mail : Hah berapa straight A's kelas hampa?
Aku : Taktau. Dengaq kata 22 orang.
Cikgu Mail : Tahniah tahniah. Hampir sekapal dah tu. Tahniah.

Alhamdulillah walau akhirnya selepas balik Malaysia dapat tahu kelas aku sebenarnya 20 orang yang straight A's dan lagi dua daripada 3A2. Tapi alhamdulillah sangat-sangat. Rasanya 97 di SMK Sultanah Bahiyah berjaya cipta rekod 9A terbanyak PMR. Hehe bangga sat. Alhamdulillah.

Aku : 22 orang. So 13 lah yang tak dapat straight? Eh kelas kita berapa? 35 ka 37? Aku lupa. Hehe.
Amna : Bukan ka 39?
Aku : Haa betui 39! Ya Allah, macamana boleh terlupa ni...

20 orang. Dengar macam hampir sekapal. Tapi bagi aku, dah sekapal dah yang berjaya. 3A1 semua dah berusaha gigih amat dah nak belayar bersama taknak bagi karam. Alhamdulillah sebenarnya semua 3A1 dapat 9A di mata aku. Aku rasa semua kita dah berjaya. Ya berjaya sekapal! Takpa insyaAllah SPM 2014 nanti kita gegarkan pentas. Samsama belayar. Maju dan terus maju. *macam lagu bahiyah la pulak*

To those who got straight A's, congratulations. For those who not, congratulations. Semua orang sebenarnya dah berusaha dah nak capai yang terbaik kan. Its ok, PMR memang penting namun bukan penentu segala-galanya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya :)

"Takpa, ada la hikmah tak dapat masuk MRSM tu. Nak bagi salah sorang adik-beradik kita dapat 9A lagi lah tu." balas aku kepada kakakku suatu masa dahulu.

Alhamdulillah apa yang diimpikan selama ni dah tercapai. Apa yang aku cakap kat kakak aku dulu dah tertunai. Punyalah dulu geram sebab dia berlagak dengan aku, so aku berlagak balik. Hehe tapi waktu tu aku tak yakin langsung bahawa aku mampu capai apa yang aku cakap tu.



Impian straight A's tercapai dan sekarang, aku nak pastikan MRSM dapat kujejaki. Tapi emm aku tak taulah. Hanya mampu berdoa serta bertawakkal :'/

Kalau dapat masuk sana, berbagai misi yang aku rancang selama ni insyaAllah dapat kujalankan. Tapi kalau tak dapat, misi aku 'tu' boleh jugak cuma emm agak payah nak laksanakan. Wallahua'lam. Kalau ada rezeki, berpindahlah aku. Kalau takde, emm nak buat macamana.

Aku : Abah, Tini letak harapan tinggi sangatlah abah. Kalau tak dapat MRSM tu, mau kecewa nanti. :(
Abah : Baguslah letak harapan tinggi. So usaha Tini pun akan setinggi dengan harapan tu.
Aku : Tapi, Tini takut kecewa.......
Abah : Ada orang berkata *yang ni aku reka sebab aku tak ingat siapa yang kata. XD* "Letaklah harapan setinggi langit, kerana jikalau ia jatuh, maka ia akan jatuh di atas gunung."
Aku : Ada orang kata, "Orang yang bercita-cita tinggi ialah orang yang berjiwa besar."
Abah : Haa tau pun.

Tsk. Panjangnya kutaip. Hehe macamlah sebelum ni taip semua pendek-pendek.

Btw, emm aku tak jeles pun lah bebudak bahiyah pi ambik result kat sekolah. Aku tak jeles pun. Aku ngan Amna ambik result kat Vietnam, Haa lagi jauh. Hehe *ayat cover jeles* Wuu aku jeles gila sebenarnya. Nak jumpa hampa semua, peluk cium ucap terimakasih kat cikgu-cikgu. Nak menangis sama-sama :'(

Dan paling aku jeles, gambaq hampa masuk surat khabaq ? Aie melampau ni! Haha.

Sumber : Sinar Harian-20 Disember 2012

Ok bai assalamualaikum.

...