<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Lepak-Ing time posted on Wednesday, 5 December 2012 { 16:12

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Pada suatu hari............... ececeh bajet. Bajet penglipurlara.

Lepas Maghrib, kucadang nak tidur. Iyelah kan, tiap-tiap hari asyik tido lewat aje. So, untuk merealisasikan impian agar mata tak bertukar kuning-merah, aku pun terus tidur selepas Maghrib. Terjaga. Tengok fon. Oh pukul 11. Ada satu mesej.

"Tini, es0k hafiz g a.setar, dye nk jmpe ko 2... Hahah..."

Sebijik-sebijik kutiru. LOL. Terus segar mata. Damn awat tak cakap awal-awal. Alahaii.

Tapi trut trut trut *ecehhh bunyiii* akhirnya jadi lah jugak nak jumpa nye haa. Ehh buat apa? Hoho bayar duit -.- Jangan tanya duit apa.

Alang-alang dah keluar, Hafiz daripada Pendang ke Alor Setar, Nurin budak Selangor yang balik kampungnya di Langgar pun pergi Alor Setar dan aku yang menetap di Alor Setar pun singgah Alor Setar, haa lepak lah dulu. City Plaza pun depan library aje.

Pukul 11 aku sampai. Pukul 1 Hafiz sampai. Pehh lama menunggu. Nasib baik ada laptop, ada buku. Pandai-pandai lah habiskan masa dekat library tuu.

Tapi bila Hafiz sampai, dia segan nak naik atas daa. Haha aku pun segan nak jumpa dia. Dahlah tak kenal, tak tau muka. Tetiba azan. Mesej dia,

Aku : Azan dah. Nak naik atas dulu ke, nak tunggu Nurin ke, nak solat dulu?
Hafiz : Solat dulu lah. Hang nak pergi masjid tak?
Aku : Haa nak pergi jugak.
Hafiz : Turun tak lagi? Aku tunggu kat luar.

Dan akhirnya, aku lah jugak kena pi turut dia kat luar -.-

Selesai solat, Nurin baru sampai dan dia belum solat. Memandangkan Nurin dah makan, so Hafiz ajak aku pergi makan dulu. Abang aku ada kat CP ._. Omaigucci. So, Hafiz kata, "Makan nasi bundle lah." Fuu selamat.

"Eh adik, kenapa duduk situ? Panas tuu."

Baru kusedar Hafiz duduk kat cahaya matahari. Kesian...
Makcik kedai tu suruh duduk sebelah aku. Erk. "Eh takpa Makcik. Biarlah panas sikit. Biar hitam sikit. Asyik putih aje." Selamba derk aje Hafiz jawab. Ceh lah dia. Ayat tak boleh blah. Aku cuma perhati.

"Jangan begitu. Hitam karang, ceweknya lari." Makcik tu cakap sambil tengok aku. Buntang mata. LOLOLOLOLOLOLOLOL. Aku tepuk dahi. Hafiz sengih. Aku terus tunduk, makan sampai habis. Haha.

"Makcik tu memang suka ngusik aku sebab aku selalu datang sini. Haritu pun dia katamacam-macam waktu aku mai." Hafiz berkata. Tersedar lah kot tingkah laku tadi. Haha malu.

Selepas makan terus jumpa Nurin. Then kami bank in duit. Sementara tunggu bank in duit, aku dengan Nurin lepak Popular. Tengok tengok buku. Sedang membelek-belek, tetiba...

"Buku buku buku. Tak boleh ka kalau tak berenggang kejap dengan buku?"

K. Orang yang baru kenal aku pun tau aku minat buku -.-

Aku, Nurin dengan Hafiz tak saling kenal. Tapi Hafiz kenal Nurin, Nurin kenal Hafiz. Kenapa ? Sebab depa classmate.

Sepanjang lepak dengan diorang, aku cuma keluar loghat Kedah dengan pelat KL aje. Tapi diorang keluar loghat Kedah, Kelantan, Ganu dengan pelat KL. Haha biasalah tu kalau dah study pun dekat MRSM Kota Putra, Terengganu. Fuu aku lepak ngan budak pandai. x)

"Kalau dengar MRSM, mesti orang lain ingat, waa budak pandai.Orang pandang tinggi itu ini. Tapi sebenarnya sama ja. Aku rasa budak sekolah biasa ok lagi daripada kami."

Itulah pengakuan dan luahan dua murid MRSM kepadaku.

Tengok wayang. Sembang. Itu aje yang kitorang buat. Diorang nak tengok Sepah The Movie malangnya cerita tu paling awal 5.15 petang. Aie, takkan nak balik Maghrib pulak kan? So kami decide tengok Pontianak vs Orang Minyak.


Aku ikut aje lah. Lama dah tak tengok movie. Tapi lagi best kalau tengok kat Alor Star Mall berbanding City Plaza.

"Satu satu saya sayang ibu. Dua dua saya sayang ayah. Tiga tiga sayang Kampung Puaka. Satu dua tiga sayang semuanya."

LOL punya mantera pendinding. Haha cerita Pontianak vs Orang Minyak tak seram pun. Lawak aje. Tergelak-gelak sepanjang tengok. Haha. Btw, aku minat betol spek yang dipakai Afdlin Shauki. Spek segi tiga tunggang terbalik.


Habis wayang dalam pukul 5.10 petang. Jalan pergi solat. Kemudian ke McDonald.

Sekarang musim boikot McD. Hehe. Tak beli pun. Dok situ, lepak aje. Tak makan pun. Sembang sembang sembang.

Nice day. Walau awal-awal tak kenal pun diorang. And sebenarnya kitorang bukan friend pun kat Facebook.

Hafiz : Korang pergilah jalan-jalan. Kan dah lama kenal.
Nurin : Mana ada.
Aku : Haah mana ada. Ni baru nak kenal je ni.
Nurin : Aku mana add dia lagi kat FB.
Hafiz : Macamlah aku add. Haha dia dok sory-sory aje dengan aku dalam IM. Maklumlah, friend dah penuh...

And the rest is history... K akhirnya aku kena sakat. Waktu tu kaki aku rasa ringan aje. Haaa haa -_-

Yang paling tak boleh blah nye ialah waktu jalan dengan diorang. Err ramai budak Bahiyah. And aku terdengar, " Eh itu bukan anak Cikgu Jawahil ke?" Aaaaaaaaaaaa. And akhirnya, terjumpa Cikgu Asmida. Nasib baiklah waktu terserempak dengan budak-budak and cikgu Bahiyah tuuu, Nurin ada sekali. Kalau terserempak waktu Nurin belum sampai, alamatnya kena sakat lagilah aku.

"Abang hampa ka?" salah seorang daripada mereka bertanya. 
"Taklah, kawan tu." aku balas. 
"Ececeh, yaka." 
"Yalah ==' " 
"Haa bagitau Cikgu Jawahil."

-.-


Tiada gambar yang kami tangkap.
 Tiada apa-apa. 
Cuma botol air (?) yang kami beli bersama serta kenangan yang takkan kami lupa.
 Ececeh

Aku harap, lepas ni dapatlah pulak jumpa bebudak KB97 yang lain. InsyaAllah.
...