<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Allah knows. posted on Thursday, 17 January 2013 { 18:07

"Assalamualaikum cikgu!" Hampir serentak pelajar 4 Fathonah mengucapkan salam. "Duduk semua. Ni siapa yang takdak dalam kelas ni?" Cikgu Rohana mengajukan pertanyaan. "Shira!" Salah seorang daripada kami menjawab. 

"Dia pi mana?"

"Nasyid cikgu!"

"Nasyid hmm okelah buka buku blablabla..."

Pembelajaran berterusan seperti biasa. Saat ke saat berlalu. Minit ke minit berlalu. Jam ke...
Tiba-tiba, bunyi ketukan pintu kedengaran. "Cikgu, nak panggil Shira." Berkerut dahi aku. Itu kan... bebudak nasyid. Kenapa diorang cari Shira?

"Aik, dia pi nasyid." jawab cikgu. "Tapi.... takdak pun." Jawab pula salah seorang ahli kumpulan nasyid. "Hmm takpalah cikgu. Terima kasih."

Mereka berlalu. Aku bangun. Berdiri. "Cikgu, izinkan saya ke tandas." Cikgu mengangguk mengizinkan. Lari. Pecut. Aku menuju ke arah kumpulan nasyid sekolah yang sedang berjalan. 

"Shira mana?" Aku menegur. Semua memandang. Alin menapak mendekati aku. "Taktau. Tadi dia call aku. Dia menangis-nangis. Dia kata dia sesat. Ada orang gila kejar dia." Hah??

Hairan menyelubungi. Apa ni? Haih mana Shira? Risau pulak aku. Dengan tenang, menutup resah, aku berkata, "Hmm takpa. InsyaAllah dia selamatlah tu." Muka slumber aku pamerkan. 

Berjalan. Cuba bertenang. Argh ! Aku dah takleh menipu diri sendiri. Shira ! Mana hang??? Seluruh sekolah kukelilingi. Menitik air mataku. Mana kau Shira? Aku risau ni...

Melihat ke luar sekolah. Aku terlihat Azrin dan Hanis. Amboi, diorang ponteng sekolah?

Merlambai-lambai. Aku memanggil mereka. Aku menceritakan apa yang terjadi. Sungguh waktu itu aku menangis. Haha dahsyat aku risaukan dia.

"Tolong weh, tolong lah cari dia. Tolong tolong... tolong...tolong..."

Tersentak. Beliak mataku. Astaghfirullah. Mimpi apa ni? Muka diraup. Kiri kanan ku pandang.

Ternampak laptop. Ouh, aku belum check result SBP lah.

Butang penghidup ditekan. Tetikus dipegang. Goggle Chrome diklik. www.moe.gov.my ditaip. Pilihan semakan ke SBP diklik. No. Kad Pengenalan dan angka giliran dimasukkan.


Relief...

And I was like...



Muka aku terukir senyuman tatkala melihat ayat yang dibold dan berwarna merah. Spontan. Entah kenapa, aku tak tau.

Tenang. Aku tak rasa apa-apa. Sungguh. Tiada rasa kecewa. Sungguh. Sebab aku tak berharap untuk ke sana. Sungguh. Aku tak tahu kenapa.

Jodohku dengan Bahiyah masih panjang. Ya masih panjang. Hahahaha

Mungkin bukan rezeki aku untuk SBP. Ada hikmah ada hikmah. 

MRSM masih ada. Aku tunggu. Kalau tak dapat, ya mungkin itu yang membuatku kecewa. Tapi kalau dapat, alhamdulillah lah >.<

I'm waiting. Ready. Sedia untuk apa jua kemungkinan.

Tapi takpa, aku cuba sematkan. Kalau bukan rezeki aku untuk ke mana-mana, bukan peluang aku untuk berpindah ke tempat lain, bukan nasib aku untuk merasakan pembelajaran di persekitaran yang lain.... ada hikmah. Mungkin Bahiyah is the best place for me. Allah knows. Allah knows. Allah knows the best.