Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Suis ditekan. Butang penghidup ditekan. Kerusi ditarik. Duduk. Penyambung USB dipasang. Google Chrome diklik. Facebook.com ditaip. Emel dipilih. Kata laluan diungkai.
Itulah rutin aku. Tapi dulu lah. Sejak 1 Januari, perlahan-lahan aku cuba buang habit tu. Sikit-sikit menghadap laptop. Asyik-asyik kalau tak nampak aku dekat luar bilik, menghadap laptop ler tu.
Hari ni, 4 Januari. And entah kenapa secara tiba-tiba spontan aku terikut rutin lama. Iyelah, baru tiga hari cuba tinggalkan. Habit ni agak payah nak dibuang rupanya ek.
Pejam celik pejam celik. Sudah 15 tahun 2 bulan 1 minggu aku hidup. Alhamdulillah thanks Allah kerana masih sudi memanjangkan umur aku. Masih memberi peluang untuk aku hidup. Menggapai mencari apa yang patut kujumpai.
Salam Sayyidul Ayyam. Harini hari Jumaat. Hari penuh berkat. Kami, pelajar di bahagian utara cuti. Kedah, Kelantan dan Terengganu. Masih aku ingat...
"Pergi tido lah budak utara, korang sekolah esok."
Amboi kemain. Hahaha kami sekolah awal, cuti pun awal. Semua negeri sama aje. Minggu pertama sekolah, tetap bersekolah tiga hari jugak >.<
Pejam celik pejam celik. Aku dah bergelar pelajar Tingkatan 4. Benarkah? *ushar diri atas bawah atas bawah*
Selama sebulan lebih lebih, aku bercuti pada tahun lepas. Tahun 2012. Ahh yela yela, bukan aku aje, semua pelajar pun cuti ><'
Pabila murid-murid mula bercuti, sememangnya pasti ada jenis
'tido lambat', jenis
'tido sebelum subuh', jenis
'tido selepas subuh' dan paling teruk jenis
'tak tido langsung'. Wahaha memang ada punyalah. Tapi yang paling baik ialah jenis
'tido sepenuh masa'. Eh? Haha taklah, jenis
'tido ikut time'.
Well, aku sebenarnya kekadang tergolong dalam golongan pertama, terkadang golongan kedua, pernah jadi golongan ketiga. Hehehehe tapi tak pernah lagi lah cuba jadi golongan keempat. Cari nahas tu! Tapi part paling syiokk apabila jadi golongan paling baik. Fuu.
*bajet*
Pejam celik pejam celik. Masa berlalu mematangkan aku. Walau tidak sematang profesor. tidak sematured doktor. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk bersikap matang................... walau sebenarnya takmau pun. jadi bebudak lagi best ehehe.
Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris,
Matematik Moden,
Matematik Tambahan,
Sejarah,
Bahasa Arab,
Syariah,
Quran Sunnah,
Fizik,
Kimia,
Biologi.
Nur Fatini ditempatkan dalam 4 Fathonah.
(kelas pun nak tiru maksud nama aku) -.- ekeke
Aku : Abah, Tini nak jadi satu-satunya dalam adik beradik yang ambik Arab dalam SPM boleh?
Abah : Ambiklah Tini. Tak rugi pun belajar Arab ni.
Alhamdulillah setakat ni impian nak masuk aliran Sains Agama tercapai. InsyaAllah I'll be the first and the last person, the only one in my siblings yang ambik subjek Arab dalam SPM. If Allah wills...
Pejam celik pejam celik.
Tetiba pejam tak celik celik.
Haha k bai assalamualaikum.
...