Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
Aku : Abang, jadi ke nak pergi?Abang : Entah, tanya Umi lah.Aku : Umi, jadi ke nak pergi?Umi : Haa jadilah. Pergi bersiap nuh.Aku : Abang, Umi kata jadi. Pi lah bersiap, solat dulu.Abang : Takmau. Abang takmau solat dulu. Abang nak solat Maghrib
Sungguh. Aku rindukan saat itu. Aku rindukan waktu itu. Aku rindukan.... Saat kedamaian hadir dalam diri. Saat ketenteraman menerjah ke dalam jiwa ini. Saat ketenangan menyelubungi hati. Sungguh aku rindukan masa-masa begini.
Saat itu...berharga.
Alhamdulillah setelah lama tidak bertemu, aku dapat menarik semula walau secebis dirinya ke dalam diri. Saat aku sibuk dengan duniawi, aku sedar siapa aku ini. Aku tahu aku hanya hamba ilahi.
Semuanya terjadi secara kebetulan, aku menapak ke arah masjid. Sekian lama menunggu abah datang. Kosong. Sunyi. Sepi. Tidak berpenghuni.
Bukan kerana tiada yang sudi untuk pergi. Tapi kerana aku yang terlewat. Jam menunjukkan pukul 5.46 petang. Kanak-kanak bermain di padang. Barangkali baru lepas habis sembahyang.
Tiada orang. Sebak datang. Dah lama aku tak ke tempat macam ni. Selalunya kalau ke masjid, pasti ada yang bersembahyang. Tak macam sekarang, masjid terasa sunyi. Semuanya sudah selesai menunaikan kewajipan.
Usai solat, beg digalas. Tudung dibetulkan. Stokin disarung. Tapi rasa berat pula kaki nak melangkah keluar.
Tiada orang, lama aku cari waktu begini. Waktu untuk melayani hati. Waktu untuk memuhasabah diri. Waktu untuk....
Dinding menjadi pilihan menyandarkan diri. MP3 dikeluarkan. Pendengar dicucuk dan dipasang ke telinga. So Soon berdentum.
Tenang... Melayang... Saat yang pasti kukenang... Air mata mula bergenang...
Tapi sayang...
Trut trut trut. Fon bergetar di poket. "Tini, keluar. blablabla..."
Haha k. Moga saat itu timbul lagi.
***
Seronok sebenarnya bila pergi ke bangunan yang tiada orang. Tambah-tambah kalau kat masjid. Tengah-tengah mengelamun dalam masjid, on the same time dapat topup pahala. Tapi mestilah waktu melangkah masuk tu disertakan niat iktikaf dulu.
Lama aku tak ke masjid waktu tiada langsung orang. Lama sangat.
Lagipun payah sebenarnya nak jumpa masjid yang tiada orang. Alhamdulillah lah sebab sekurang-kurangnya masjid di sini masih hidup suasananya. Syukur...
Syukur sangat sebab walaupun tidak berlakunya peperangan ala-ala Israel-Palestin, Allah masih bukakan hati para muslimin muslimat memeriahkan masjid.
Cuma setakat ni ada satu waktu yang belum aku jumpa.
Waktu azan, sedang hujan lebat dan aku berada di dalam masjid.
Kalau tak dapat dalam masjid, surau pun jadilah.
Kata seorang sahabat, tenang sangat waktu itu. Rasa dilindungi.
Semoga ketemu.
Assalamualaikum.