<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Selamat Tinggal Duhai Masa Lalu posted on Tuesday, 1 January 2013 { 08:55

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

12.23 pagi, 2 Januari 2013. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Aku masih bernafas di bumi Allah ini. Aku masih bisa menjalani hidup sehingga sekarang. Aku masih sihat fizikal. Ya alhamdulillah thanks Allah kerana masih memanjangkan umurku.

2013. Siapa sangka sampai sekarang masih hidup? Siapa tahu ajal maut masih belum menjemput kita? Siapa tahu apakah sebenarnya yang terjadi pada kita pada kemudian harinya?


2012 sebenarnya merupakan satu tahun yang agak menyeronokkan. 
Ahh bukan agak, tapi sememangnya amat dan teramat menyeronokkan. 
Sebuah tahun yang banyak mengajarkan aku erti kehidupan. 
Tahun yang mengajar aku bersikap lebih matang. 
Tahun yang agak menyedihkan. 
Tahun yang .... hmm tahun yang agak bermakna.

Macam-macam hadir dalam hidupku pada tahun lepas. Macam-macam aku lalui tahun lepas. Macam-macam aku rasakan tahun lepas. Macam-macam yang aku pelajari tahun lepas. Macam-macam yang aku hadapi tahun lepas.

Sememangnya 2012 mengukir banyak senyuman di bibirku. 2012 banyak mengalirkan air mataku. 2012 banyak mengundang kegusaran serta keresahan dalam jiwa ini. 2012 banyak menyakitkan kepalaku. 2012 banyak menyesakkan mindaku. 2012 banyak menoreh luka di hati. 2012 juga banyak berlaku kejadian yang mengoyakkan segaris senyuman. Senyuman aku perlukan pengajaran.

Sesungguhnya 2012 memang sentiasa terpahat di hati.

Ya memang benar zaman persekolahan itu indah. Zaman persekolahan itu membahagiakan. Zaman persekolahan itu menyusahkan. Tapi aku tahu, aku sedar bahawa aku bakal rindukan zaman persekolahan ini pabila aku sudah layak meninggalkan zaman ini.

Sungguh sedih. Sungguh sedih. Jika benar Doraemon dan alatnya itu wujud, pasti kuulang semula masa lalu. Dihentikan waktu pada masa yang aku mahu. Akan kucuba perbaiki kesilapan dulu. Tapi malangnya, masa yang berlalu itu akan tetap kekal berlalu.

Tahun 2012 mengubah diri aku.

Tahun ini lah aku mula yakin pada diri sendiri.

Tahun inilah aku belajar mengenal diri.

Tahun inilah aku mula menjadi lebih feminin.

Tahun inilah aku mula menjinakkan kaki melangkah ke dapur.

Tahun ini aku tahu, aku masih bukan anak yang baik.

Bukan juga murid yang baik.

Kerana itulah aku bukan seorang hamba yang baik.

Tapi aku masih bersyukur.

Allah hadirkan dua insan yang banyak memberikan sokongan, Umi Abah. 
Allah hadiahkan abang-abang juga kakak-kakak serta adik-adik yang tak putus-putus sandarkan harapan
Allah memilih aku menjadi salah seorang ahli kapal 3A1.
Allah kurniakan rakan-rakan yang juga menghulurkan tangan memberi bantuan agar menuju kejayaan. 
Allah takdirkan ku bertemu dengan guru-guru yang tak jemu-jemu membimbing serta melayan kerenah diri ini. 
Dan yang paling penting, Allah hadirkan insan-insan yang sering mendoakan diri ini.
Terima kasih.
Akan kuingat segala pengorbanan dan jasa kalian.
Uhibbukum fillah.

Moga tahun 2013 ini aku mula berusaha ke arah yang lebih baik. Aku patut mencuba mencari redha ilahi. Aku sepatutnya lupakan cinta duniawi. Perlu pahatkan matlamat yang hakiki.

Azam aku, ingin kucapai apa yang tak pernah aku capai. Apa tu? Biarlah hanya aku dan Dia yang tahu.

Doakan aku. May Allah bless. Assalamualaikum.

...