<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Tak Kenal Maka Tak Cinta posted on Saturday, 26 January 2013 { 19:15

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Sallallahu ala Muhammad, Sallallhu Alaihi wassalam, Sallallahu ala Muhammad, Sallahu alaihi wassalam.

Bergema bergema bergema selawat itu di seluruh dunia. 24 Januari 2013. 12 Rabiulawal 1434H telah pun berlalu. Syukur alhamdulillah, aku masih dipanjangkan umur tatkala hari kelahiran Baginda SAW yang ke-1442 jikalau baginda masih dipanjangkan umur dapat bersama-sama dengan seluruh umatnya. (wallahua'lam betul ke tidak. Kuguna formula 2013-571 bersamaan tarikh lahir baginda pada 20 April 571M)


Tak kenal maka tak cinta. Macam tu lah sebenarnya apa yang dirasakan kita terhadap baginda. Bila dah kenal, rasa nak bercinta lah pulak. Haha.

Sungguh terkadang timbul PHD dalam diri. Heh Perasaan Hasad Dengki? Taklah, cuma terkadang rasa cemburu. Ingin sekali kutatap wajahnya.

"Pernah satu malam tu, waktu bulan Ramadan. Saya 'pederaih' (usaha) baca al-Quran satu malam tu. Tiba-tiba saya tertidur. Saya bermimpi jumpa Nabi SAW. Bercahaya. Walau tak nampak rupa baginda yang sebenar, tapi dia datang tengok saya pun jadilah.Ustaz saya kata, mimpi nabi tu boleh jadi betui sebab syaitan tak boleh menyerupai nabi." -Cikgu Mail

Sungguh kekadang aku juga teringin bertemu Baginda SAW. Siapalah yang taknak kan...

Sudah jadi adat. Seriously adat? Haha aku pun taktau nak panggil apa tapi...

"Siapa yang dapat straight A's, Umi Abah bawak pergi Mekah."

And alhamdulillah aku pernah sampai ke sana sekali. Sekarang ni masih berdoa mudah-mudahan Allah bukakan hati abah umi untuk bawa aku ke sana sekali lagi. Hehe aamiin.

Mereka tunaikan janji. Tapi janji itu hanya sekali. Setiap seorang adik beradikku hanya boleh menjejakkan kaki ke Tanah Suci yang ditaja oleh mereka cuma satu kali. Yang lain, wang sendiri sendiri lah kalau nak pergi.

Alhamdulillah setakat ini, kedua-dua orang kakakku serta abang sulung dan aku telah selamat menjadi tetamu Allah. Cuma abang kedua serta adikku belum boleh ke sana. Tapi kalau ada rezeki insyaAllah sampailah diorang ke sana tengah tahun ni. Itupun...

"Umi, adik taknak pergi Mekah. Adik nak pergi Hong Kong Disneyland."

Perkara sama berulang. Ayat sama diulang oleh adikku. Berlaku depan mata aku. Heh ayat aku dulu tu. Setelah dapat 5A dalam UPSR, itulah permintaanku dulu. Tanpa tahu betapa indahnya Kota Mekah, aku nafi untuk ke sana. Maklumlah zaman kanak-kanak, aku cuma nampak permainan, hiburan. Nampak Hong Kong Disneyland fuhhh cambest aje!

"Jangan kata gitu dik. Kak Tini nasihatkan hang pi lah Mekah tu. Tak rugi. Dah sampai nanti rasa macam taknak balik pun ada."

Masa mematangkan usia. Aku jejak ke kota sana pada tahun 2011. Tingkatan dua, permainan hiburan segala tiadalah apa sangat pada mata. Terdetik dalam hati, "Ya Allah bilalah aku akan menjadi tetamu-Mu?" Siapa tahu alhamdulillah rezeki Allah. Dia makbulkan doaku. Umi pulang bawa berita gembira; aku boleh ikut tunaikan umrah sama-sama.

Lima negara sudah aku jejaki. Thailand, Vietnam, Kemboja, Arab Saudi dan Singapura. Kalau nak campur waktu transit dan tanah air sendiri, adalah kot dalam 7. Dubai dan Malaysia. Hehhe. Seronok seronok. Jauh perjalanan luas pandangan. Tak rugi asyik berjalan, sekurang-kurangnya kita sedar bumi yang kita pijak, langit yang kita junjung. Sedar kerdilnya diri melihat segala keindahan ciptaan ilahi.

Setakat ini, hanya satu tempat, satu bandar, satu kota sahaja yang aku dapati paling tenang sewaktu melangkahkan kaki; Mekah. Hilang segala tekanan, hampir lupa segala hal keduniaan. Benarlah kata-kata Saidatina Aisyah r.ha, isteri Nabi SAW sewaktu awal sebelum Baginda mula-mula ingin berhijrah ke Madinah. Meninggalkan kota Mekah yang punyai banyak kenangan tersimpan.

"Seandainya Allah SWT tidak memerintahkan kami untuk berhijrah ke Madinah, aku lebih memilih untuk tinggal selamanya di Mekah. Aku tidak melihat langit begitu dekat dengan tanah kecuali di Mekah dan aku tidak merasakan ketenteraman di sebuah tempat, kecuali di Mekah."

Sehinggakan Nabi SAW berdoa kepada Allah,

"Allahumma habib ilaina al-Madinata kahubbina al-Makkata au asyadda." 
Maksud : Ya Allah! Jadikanlah aku orang yang mencintai Madinah sebagaimana Engkau telah menjadikan diriku mencintai Mekah. Semoga Allah SWT memberi rahmat kepada kita semua.

Sumber : Misteri Kaabah. Well I took those sentences (doa nabi serta kata-kata Saidatina Aisyah) from that book. An interesting book to read. *promote promote*

Ehem. Itu ajelah kot untuk dikongsi bersama. Assalamualaikum.

...