<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Membuat Pilihan posted on Saturday, 9 February 2013 { 04:08

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

*post ini bukan sekadar menceritakan 'diari' awal februari aku, tapi juga untuk diambil iktibar oleh pembaca. Mana yang aku silap, mungkin ada juga antara pembaca pernah, akan atau sedang buat atau rasai. So, siapa tahu boleh cuba perbetulkan... err.


Membuat pilihan ni susah. Kadang-kadang, boleh tension jadinya. Stress oh stress. Tak semua pilihan boleh dibuat dengan konsep win-win. Kalau kes aku sekarang ni, MRSM atau SMK? Hah kalau win-win, then... achaner tuh? Kerat badan menjadi dua? Sebelah di MRSM, lagi sebelah di SMK? Oh man... I will never do it.


"Umi, result MRSM dah keluar!" Separuh tercungap, separuh terjerit, separuh... Kelihatan Umi dan Cikgu Faizah. Terhenti perbualan mereka. Senyum dilemparkan. "Umi. Dah keluar." Aku mengulang. "Ya, Tini dapat." Tercengang. Hah? Mimpikah? Alhamdulillah.... "Umi tau dari mana? Tini dapat kat mana?" Dua soalan diajukan. "Abah call tadi. Tapi taktaulah dapat kat mana."

Izin untuk menggunakan laptop dipinta dan diberi. Sepantas kilat, dengan penuh keterujaan, Google Chrome diklik. Portal Rasmi MARA dilayari. No kad Pengenalan dimasukkan. Butang 'Hantar' ditekan. Bismillah...

Terkedu. Aku gembira. Bercampur sedih. Ya Allah... hmm

"Umi.... hmm Tini dapat MRSM Taiping."

Umi : Hah awat?
Cikgu : Wah MRSM top tu.
Aku : Tapi... saya nak ambik Sains Tulen Agama. Umi...
Umi : Oh, betullah dia nak ambik Sains Tulen Agama.
Cikgu : Bukan ka ada Bahasa Antarabangsa?
Aku : hmm...

Sedar keterlanjuran aku, sebenarnya aku sedar waktu itu aku tak bersyukur. Impian tercapai tapi masih tak bersyukur. Aku sedar, pasti ada hikmah. Allah knows the best.

***

Nombor didail. "Umi, Abang dah tau ke?" tanyaku sementara menunggu panggilan telefonku dijawab. "Dah semua tau dah." Jawab umi. "Laa tak surprise la..."

"Assalamualaikum." Panggilan telefon berjawab.
"Wassalam, abang. Hmm abang, Tini nak bagitau abang something ni. Tapi kalau abang dah tau, abang buat-buat lah tak tau tau. Abang, abang, Tini dapat MRSM."
"Iye? Wuuu yeayy wuuu Tini dapat MRSM." Jelas kedengaran kepura-puraannya. Haha.
"Haha tolonglah. Over sangat abang oii. Tapi abang... hmm."
"Laa kenapa? Pergi ajelah."
"Abang, takde Sains Tulen Agama abang. Takde Bahasa Arab, abang."
"Tini, tini nak pergi ke bidang agama ke nanti?"
"Memang lah rancang nya tak. Tapi kalau ada peluang..."
"Tini, Bahasa Arab tu bila-bila pun boleh belajar. Lepas SPM pun boleh belajar jugak."
"Abang... Abang tahu tak? I wanna be the first and the only one adik-beradik yang ambik Arab dalam SPM tau."
"Itulah hang. Niat tak ikhlas kerana Allah. Padan muka Dia tak bagi." 
Tersentap. And the rest is history...

Sungguh. Saat itu barulah aku sedar, memang aku tak pernah rasanya ikhlas lillahi taala nak ambik arab for SPM. Salah aku. Salah aku. Confident sangat will be the only one in my siblings who will take lah kononnya Arabic in my SPM. Last last, padan muka diri sendiri.

Waktu itu, aku cuba re-set, apa-apa pun yang nak dilakukan, semuanya mesti ikhlas lillahi taala. Ya.

"Hmm oklah abang. Nanti Tini try istikharah dulu. Kalau agak-agak ada petunjuk, then I'll go."
"Istikharah dan istisyaroh."
"Istisyaroh? Apa tu?"
"Istisyaroh tu berbincang, meneliti and mengkaji keputusan yang bakal dilakukan. Takkan nak harap ada orang tua mai dalam mimpi bagitau jawapan je. Haha."

And then I realised, istikharah sahaja tak cukup. Mengadu sahaja pada Allah tanpa ada apa-apa usaha pun tak cukup. Sebab Allah pernah berfirman yang bermaksud; 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali sesuatu kaum itu sendiri mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka." -Surah ar-Ra'd : 11.

***

"Assalamualaikum cikgu. Cikgu, busy dak?"
"Dak. Cikgu nak pi library ni. Nak baca newspaper. Jom jom."
Mengikuti Cikgu Sejarah aku, Encik Ismail, ke perpustakaan. Dipelawa duduk.
"Emm cikgu. Kami bertiga sebenarnya dapat MRSM."
Suratkhabar yang baru sahaja dipegang, diletakkan semula di atas meja kopi. Segaris senyuman cikgu berikan. "Tahniah."
"Emm kami nak mintak pendapat cikgu. Cikgu, kami bertiga ni budak kelas Sains Agama. Bila dapat MRSM, rasa seronok tu memang ada. Tapi cikgu, kami keliru nak pergi ataupun dak. Kat sana cuma belajar aliran Sains Tulen. Sayang nak tinggal Bahasa Arab cikgu..."
"Kalau kamu mintak pendapat saya, saya akan kata pergilah. MRSM ni sangat bagus untuk orang Melayu. Sains Tulen Agama... hmm. Bahasa Arab tu sebenarnya boleh belajar lagi. Macam saya, umuq macam ni pun saya masih belajar Arab lagi. Kamu semua tak ambik Sains Tulen Agama nanti, tak bermakna agama Islam dilupakan. Bukan macam tu. Belajaq Sains Tulen tapi masih kena tingkatkan pengetahuan agama kita."
"Hmm abang saya pun ada cakap macam tu cikgu. Tapi saya pn macam masih keliru nak pi atau dak."
"Rasulullah SAW sewaktu baginda berhijrah dulu, dia pun sayang nak tinggalkan Mekah. Tapi disebabkan perintah Allah dan perangai orang-orang jahil, dia terpaksa berpindah. Sedangkan Rasulullah sayang sangat Mekah. Berhijrah. Kamu semua bukanlah berhijrah sebab jahil. Tapi sebab kamu nak tuntut lebih banyak ilmu pengetahuan."
The rest is history.... again.

Dan sekali lagi aku tersentap. Rasulullah SAW boleh berkorban. Tapi kenapa aku tak boleh? Ya memang meninggalkan Bahasa Arab, subjek Quran Sunnah dan Syariah itu sebenarnya juga merupakan satu kerugian. Tapi aku cuba fikirkan sesuatu yang positif. Ramai orang dorong aku pergi. Dan aku anggap itu sebagai salah satu petunjuk. Mungkin petunjuk Dia setelah aku istikharah.

Aku tak dapat mimpi. Tapi aku dapat dorongan. Aku dapat nasihat. Aku dapat kata-kata semangat. Aku dapat penguat. Yang mengatakan, "hantarlah borang sijil berhenti sekolah tu. Kau akan ke MRSM."

I decided to go. Setelah aku mulai sedar, semenjak keputusan MRSM dikeluarkan, aku tak dapat fokus dalam kelas. Dan pada waktu itu memang aku rasa, ok aku akan pergi. Selamat tinggal Bahiyah.

Waktu itu, aku cuma berharap, moga segala keputusanku, inilah yang terbaik. Moga aku tak menyesal. Moga Allah selalu bantu. Aamiin.

***

Aduhai sebak. Last day in SMK Sultanah Bahiyah, aku tak dapat tidur lena. Sungguh. Haha.

"Ni kertas ni, hampa semua buat yang homework dalam buku teks pastu blablabla..." Masih menjalankan tugas sebagai AJK Matematik Tambahan pada hari itu. Lalu terlintas di fikiran, ini sahaja peluang. Seluruh kelas memberikan perhatian. "Ehem pastu, aku nak mintak maaf banyak-banyak kalau ada buat salah..." Sebak. "... blablabla. Selamat belajar di MRSMKSB." 

Ahhh!!

Waktu tu rasa macam nak menyanyi lagu Bingkisan Rindu. Hahaha. Tapi lidah kelu. Waktu tu pun air mata konon terharu terkeluar sedikit. Hehe lagipun ustazah dah datang daa...

***

So hai 4Fathonah. Goodbye. I'll be missing all of U. Asif. Uhibbukunna fillah jiddan. ^_^

Perjalanan kita masih jauh, jalanan berliku bakal kita tempuh, imbaslah kenangan semalam jadi azimat penguat semangat menempuh masa hadapan, harapanku hampa semua kan bahagia selalu.

...