<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

InsyaAllah All Is Well posted on Saturday, 20 April 2013 { 11:28

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

"Sesungguhnya orang yang ingin menjadi pemimpin tidak sama dengan orang yang inginkan jawatan pemimpin." -IDS

Alhamdulillah sihat walafiat (: Apa? Tak tanya pun? Ahh aku tahu korang malu nak tanya kan. Alalala takpe, aku tak kisah pun.

For the first and maybe for the last time, aku akan menyambut cuti Hari Keputeraan 3 kali berbanding bebudak lain yang majoritinya sambut 2 kali. Yeahh maybe ada je yang sambut 3, 4 kali jugak... saja nak habaq errr. Disebabkan Hari Keputeraan Sultan Kedah jatuh pada bulan 1, manakala Hari Keputeraan Sultan Perak adalah pada bulan April, sempatlah rasa dua-dua. Lepas ni cuti sempena Ulangtahun Agong pulak. woo aci tak kalau pindah sekolah di negeri yang hari keputeraan terdekat?

Tak sampai sebulan, aku dah kembali ke Alor Setar. Dari maktab, turun ke shahab. Pulang rumah terus ke hospital. Masuk wad dan....

"Tokmek! Kena dok?" *kecek kelate*
Maksud : Tokmek, kenal tak?

Ehem, aku masuk hospital, masuk wad. Tapi cuma masuk bukannya ditempatkan di atas katil pesakit. Ya mungkin bermalam. Bermalam menjaga tokmek yang dah lama aku tak jumpa. Yang dah lama aku menitiskan air mata kerananya. Cucu mana yang tak risau, tak takut apabila dapat tahu nenek sakit, masuk hospital, wad untuk jangka masa yang lama tambah-tambah waktu nak periksa. Dugaan...

Yang lagi-lagi mendebarkan jiwa, menyesakan dada, acewahh ayat... Ehem, ok sambung, yang lagi menyentap rasa apabila nenek kawan sekelas tiba-tiba meninggal. Nenek kawan semaktab juga meninggal. Nenek sahabat satu wing pula sakit. Ya Allah, waktu tu rasa macam... Apabila kawan pernah tiba-iba suatu hari bercerita pasal nenek, debaran terasa. Mata hangat aje. Butir-butir mutiara jernih boleh gugur bila-bila masa.

Waaa kemain kau Fatini. Waktu menaip perkataan konon bombastik ni, teringat saat sebelum periksa. Saat tekanan sebelum menghadapi ujian pertama. Saat semuanya kalut meminta. Bait-bait sajak dicipta. Aku dan rakan-rakan sekelas rasa tertekan. Aaaaa nak menjerit pun ada. Tapi selepas hantar tekspuisi tu, fuhhh nak buat kerja sekolah pun rasa tenang sahaja. Huuuu

Dari satu topik ke satu topik. Apabila tertaip perkataan kerja sekolah atau Inggeris nya 'homework', meh nak habaq mai. Especially kat para pelajar Bahiyah, aku nak cerita ni. For the first time, dah boleh tercatat dalam The Book of Fatini's Records bahawa.... jeng jeng jeng. Cuti ni tiada kerja rumah. Seronok bukan kepalang. Aku pun balik melenggang. Tadaaaa!

Mungkin disebabkan baru sahaja tamat ujian selaras, jadi para guru pun tak sempat nak serahkan kerja-kerja yang patut dilangsaikan.

Sebelum cuti, sebenarnya kalau nak dibandingkan sememangnya kerja rumah di maktab ni lagi sikit berbanding sekolah lama. Tapi perbezaannya tak banyak dan aku tahu, ini cumalah permulaan. Baru masuk fasa rehat lagi. Semester 2 menghampiri, tesis sem pun tak buat lagi, mulai esok, bermulalah peperangan homework bertempur mental dan fizikal. Ketahanan tekanan menjadi shield sebagai benteng kekuatan ke lembah ke-putus asa-an.

Dan mungkin lepas ni siapa tahu, kerja rumah yang akan aku terima lagi bertimbun daripada apa-apa yang aku dapat di sekolah lama. Nothing is impossible. Kawan-kawan pun kata gitu.

SPM tak sama macam PMR.

Kenyataan itu benar. Sungguh. Sesungguhnya. Kalau dulu, waktu PMR mudahlah nak dapat A walau pun tak dapat-dapat jugak. Hahaha. First time dapat Straight A's cuma pada Penilaian Menengah Rendah. Harap-harap bukanlah the last time. Kalau dulu, aku tak study sangat pun. Bukak buku last minte. Revise apa yang patut. Tupp tupp jawab exam.

Tapi setakat Ujian Selaras 1, apabila buat macamtu, timbul kekesalan dalam diri sebaik sahaja tamat subjek Biologi. Itulah waktu puncak ketekanan aku. Subjek terakhir bagi orang lain. Subjek kedua terakhir bagi aku. Mungkin disebabkan ada ujian Tasawwur, so aku tahan, telan, simpan dalam-dalam rasa tertekan tu dan teruskan perjuangan bukak buku subjek tu. Alhamdulillah subjek Tasawwur lah paling senang. Dan kalau ada rezeki, takde salah mana-mana insyaAllah 100% dalam genggaman. Aaamiiin.

Lepas ni, dah tak boleh baca buku last minute, dah tak boleh bua nota cuma sebab esoknya periksa. Dekat sekolah ni, tak banyak pun subjek yang kena buat nota so pelajar macam tak heran sangat dan pada hari sebelum peperiksaan barulah semua bertungkus-lumus siapkan nota sendiri. Termasuk aku.

Kesimpulannya, (acehh macam buat karangan) you must know which is your first and second, third also fourth and fifth and next to the next next blabla priority. I meant, anda perlu tahu keutamaan yang patut dilaksanakan dahulu. Sungguh belajar di mana-mana pun sama. Memang aku tak tipu. Tapi yang membezakan cuma usaha.

Kalau aku setakat duduk di MRSM Taiping yang gah sangat nampak di mata orang, tapi aku sendiri malas nak berusaha, endah tak endah aje belajar, useless. So useless. Sangat-sangat tak guna kalau setakat kejayaan pada nama sekolah sebab kalau lepas dapat keputusan, orang akan tanya,

"Berapa result hang?"

Dan bukannya,

"Berapa result sekolah hang?"

Nampak perbezaannya?

Well, what you do is what you get.

Don't worry because ALL IS WELL :)

Assalamualaikum.