<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Ramadan has come! posted on Saturday, 13 July 2013 { 21:28

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Alhamdulillah wa syukurillah. Hai hai ketemu lagi kita dalam segmen celoteh. LOL. Ok ok. Alhamdulillah siapa sangka dapat lagi kita berjumpa dengan bulan Ramadan. Bulan penuh rahmat. Bulan dilimpahkan berkat. Bulan yang syaitan-syaitan diikat. Bulan menahan diri daripada makan minum dan melayan nafsu syahwat. Bulan yang paling bagus dan jangan tunggu lagi untuk kita ubah niat. Bulan untuk melatih diri insyaAllah mendapatkan syafaat. Bulan untuk menggandakan amal ibadat.

5 Ramadan. So how's life? How's imaan? How's heart? How're we? Mental and physically. Dah 5 Ramadan. Cepat masa berlalu. Padahal rasanya baru aje semalam diumumkan "Esok puasa."

Meh nak cakap sikit meh. Pesanan untuk aku, kau, kita, dia juga mereka. Ramadan. Bulan ni bulan yang dijanjikan pahala berganda. Lai lai jom rebut peluang bersama-sama. Penuhkan masjid, surau yang menjadi rumah Dia. Sebab kita takkan pernah tahu apakah peluang ini bakal tiba menjengah kita pada tahun seterusnya?

"Kita tak tahu sama ada dapat sampai ke tak untuk Ramadan tahun hadapan."

Ayat popular. Yeah sangat popular. Rata-rata penceramah, pentazkirah, pendakwah, malah kebanyakan orang pasti akan berkata begitu kebiasaannya. Kerana apa? Kerana itulah faktanya. Fakta yang takkan pernah menjadi auta. Ya tetap kekal fakta.

Memang. Kita takkan pernah tahu dapat lagi ke tak nak jumpa bulan yang mengandungi 'Lailatul Qadar' dalamnya ini. Memang. Sebab itulah kita kena berdoa selalu, sekerap yang mungkin mohon, minta bebanyak supaya dipanjangkan umur masih dapat menyembah Allah sehingga Ramadan akan datang, akan datang dan akan datang. Tetap dapat ketemu.

Jangan lupa. Dan jikalau masih dapat berjumpa Ramadan hadapan, semoga dikurniakan kesihatan yang elok agar dapat terus beribadat kepada-Nya. Yes sebab kita jangan lupa, ramai yang dapat berjumpa bulan penuh berkat ni, tapi ramai juga yang hanya mampu terlantar atas katil menghadap siling merenung nasib, memakai baju hospital, menghitung hari. Allahu Rabbi.

Ehem. Sebut pasal bulan penuh berkat. Jangan lupa lagi. Bulan penuh rahmat. Namun tiada apa yang free. Sebab Allah Maha Penyayang lah, tiada ganjaran secara percuma. Sebab Dia Maha Mengasihi lah tiada apa yang akan kita dapat tanpa lelah dan penat. Kenapa? Sebab kalau selagi kita tak diuji dan nak digelar beriman, maka kita bukanlah mukmin berkualiti. Yeah. Aku. juga. bukan. mukmin berkualiti hmm. Malah entah aku langsung tak layak digelar mukmin hmm wallahualam.

Mohon satu cernaan dalam minda semua, jangan anggap seseorang itu terlalu tinggi. Terlalu alim gila kalau dia cuma berdakwah. Sebab dah memang tugas Muslimin wa muslimat untuk berdakwah. Jangan anggap individu tu sempurna sangat kalau dia cuma melakukan sesuatu yang meenakkan mata. Kerana sekali dia melakukan kesilapan, ramai yang hina. Semua kelabu mata akibat satu kesalahan berbanding jutaan kebaikan yang dia lakukan. Bukan salah dia kau beranggapan hiperbola. Bukan salah dia.

Ramadan kali ini alhamdulillah berjalan lancar. Pertama kali berpuasa wajib di asrama and yeah waktu awal-awal tu agak ketaq laa jugok dalam diri ni haa! Setakat ada kat asrama, tak pernah sekali pun turun makan sahur walaupun Dewan Selera hanya sejengkal depan blok. Eceh hiperbola. Jadi juadah sahur hanyalah 7 biji kurma berserta air mineral.

1 Ramadan. Malam pertama bulan ni dah mula diuji. Bukan aku lah, tapi kawan yang diuji. Aku cuma terkena tempias aje. Maghrib. Kawan jatuh. Pergi hospital. Aku teman. Dah burn jemaah maghrib, Isyak berserta tarawih. Takpe-takpe boleh solat sendiri. Kawan. Patah tangan. Dugaan lagi berat pada pihak dia. Mungkin tak dapat jemaah tu perkara simple. Mungkin Dia nak bagi sesuatu lebih berharga. InsyaAllah.

2 Ramadan. Rupanya MRSM tak amalkan 20 rakaat tarawih. Ok mungkin sebab 8 rakaat lebih bersesuaian supaya pelajar dapat prep. Tapi takpe, ibadat bukan untuk dipaksa. Buat selagi mana termampu. Kalau rajin, apa salahnya lakukan lepas prep ye dok? Tak pun, balik prep, bacaan, tidoq, bangun awal. Qiamullail
tu buatlah tarawih. Solat malam. Tak semestinya tahajjud, hajat, tasbih ataupun taubat,kan? Tarawih pun ok.

3 Ramadan. Niat nak turun sahur di DS. Tup tup terbangun 5.30 pagi aaaaaa. Bangun, basuh muka, ambik kurma, ngap ngap ngap. Dahlah menghampiri waktu imsak. 5.35. Ya Allah, makan pun cecepat lah dengan ke-mamai-an nye haaa. Air yang tinggal sejemput dihabiskan. Erk kenyang alhamdulillah. Lepas peptalk. Tido tido. Takde kelas satu hari. Then balik rumah yeyeay. Sampai Alor Setar. Dibawa terus ke hospital. Berbaju batik sehingga 9 malam. Balik rumah.

That's all. 3 hari pertama Ramadan 1434 aku. Moga dipermudahkan buat hari-hari seterusnya insyaAllah aamiin.

Oh oh, 4 Ramadan. Dapat khabar tokmek di hospital hypo. Pengsan tak sedarkan diri. Ya Allah, permudahkan segala urusan tokmek. Hmm. Melihat tokmek tadi, rasa sebak di hati. Tokmek, semoga dipanjangkan umur. InsyaAllah aamiin.

Allahumma bariklana Ramadan.