<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Aku dan Syawal posted on Thursday, 8 August 2013 { 08:57

"Huarghhh." Mulut ditutup. A'uzubillahiminasy syaitonirrajim. Ta'awwuz. Mengantuknya rasa. Badan dibaringkan ke atas toto. Baring sebelah kakak dan umi. Guling guling guling. Oh sejuknya. Selimut mana selimut?

Pintu dikuak. Kepala dijengah. Kosong. Katilmu cuma dihiasi bantal, cadar. Walau kau tiada, kehadiranmu tetap kurasa. Dup dap dup dap. Berdebar. Kaki kulangkah setapak demi setapak. Selimut mana selimut? Selimut oh selimut, di manakah kau? Oh jumpa, dicapai. Kukeluar dengan rasa yang bercampur baur.

Nak nangis nak nangis nak nangis. Aku kuat, ya Allah aku kuat. Tahan tahan tahan. Bamm! Badan kuhempas ke atas katil. Tarik selimut, tutup muka. Tutup mulut, ketap gigi. Setitik demi setitik. Air mataku mengalir. Semakin deras. Deras.

Walau jauh di mata, namun kau tetap di hati. Aku ingat.

Alunan zikir bergema. Bacaan doa pertama menandakan telah habis 4 rakaat tarawih yang pertama. Bersedia bagi rakaat kelima. Aku bangun. Lama. Aik? Kepala disengetkan membolehkan kunampak saf lelaki di hadapan. Mereka masih belum bangun. Terlihat dua lelaki di tempat imam. Aku kenal seorang, tetapi tidak lagi seorang. Dan kemudian,

"Perhatian kepada Nur Fatini binti Mohd Fuad dari kelas 403. Sila ke rumah warden sekarang." Sentap. Mataku buntang. "Diulang, perhatian kepada Nur Fatini binti Mohd Fuad dari kelas 403. Sila ke rumah warden sekarang." Pantas aku keluar daripada saf. "Terima kasih." Kesemua jemaah perempuan memandang aku. Bunyi bisikan dan bermacam pertanyaan sempat kudengar.

Aku tahu, masa ini akan tiba. Air mata. Jangan gugur.

Dulu, kau seringkali ada di sebalik pintu. Tak tahu mana nak cari? Tengoklah di belakang pintu. Kau senantiasa di situ. Tapi sekarang, kau dah pergi. Pergi buat selama-lamanya. Aku tahu. Allah lebih sayangkanmu. Aku tahu. Dia lebih sayangkan kau daripada sayangnya kami semua kepada kau.

Moga kau berbahagia di sana.

Fon dibuka. Kod dimasukkan. 3 missed calls. Abah. 1 new message. From umi. Tewas. Mataku tewas. Seperti jangkaan, Allah dah takdirkan apa-apa yang telah menjadi ketentuan. Kalut aku bergegas menukar telekung kepada tudung. Muka sudah dihiasi mutiara-mutiara jernih. Mata menjadi merah. Aku sudah tidak kisah. Biarlah mereka memandang. Apa yang penting, aku nak pulang!

Menyusuri gelap, setapak demi setapak aku melangkah. Kenapa jauh sangat rumah Sir Idris? Aku berlari. Ketepikan segala penat. Tak kuhiraukan segala lelah. Yang penting, aku nak pulang sekarang!

"Assalamualaikum." kepala dijengukkan memandang ke dalam rumah. Beberapa orang. Aku kenal kesemuanya kecuali dua orang. Ibu dan bapa Sir. "Kenal tak?" Tanya seorang lelaki dari dalam rumah. Sambil melangkah, "Muka nampak macam familiar. Tapi saya memang tak ingat nama." Pandang sekeliling. Ada kawan abah dan isterinya. Ibu bapa Sir, Sir juga salah seorang senior tingkatan 5.

"Dah tau?" Liur ditelan. Angguk. "Jadi macamana? Nak balik harini ke esok?" Soalan tu! "Harini. Tapi saya belum kemas lagi." Pantas aku jawab. "Macam nilah, pakcik balik dulu. Nanti kamu dah habis, call pakcik. Boleh?" Angguk.

Tahu. Allah takkan uji seseorang manusia itu melebihi had kemampuannya. Aku tahu. Tapi kenapa rasa susah nak timbulkan redha dalam hati? Astargfirullahal'azim... Muka ditekup.

"Atiqah..." Kepalaku ditundukkan. Melekat pada bahunya. "Fatini." Kepalaku dipegang. Lantas dia bangun menghadapku. Terus mengalir semakin mengalir. Tak dapat tahan. Sungguh. "Sabar, ingat Allah, Fatini." Teresak. Ya Allah... "Fatini, ingat Allah." Aku. menangis. melampaui. batas. Di tengah-tengah laman bumbung biru. Tarik nafas. "Tiqah, aku kena balik. Jom. Teman aku naik dorm."

Mujur. Rakan bertindak matang. Tak kalut, tak kabut. Berlainan dirinya saat itu. Aku kebuntuan, apa yang perlu dikemaskan? Dia lagak matang, cuba menenangkan juga bertenang. Hampir 100% barang-barang yang dibawa, dikemaskan oleh dirinya. Aku? Kosongkan loker, bawah katil dan juga kaunter. Terima kasih. Kau ibarat seorang mak ketika itu.

Beg ditarik ke pondok pengawal. Orang sekeliling tengok pelik. Tak kurang juga, "Eh kenapa balik awal sangat?" dan beribu lagi pertanyaan. Tamba-tambah kepelikan mereka melihat aku menjinjit, membimbit serta menggalas beg-beg sambil berpakaian hanya tudung hitam, seluar trek, kemeja-T juga kasut sukan. Sampaikan ada yang tak boleh terima kenyataan, "Dia nak suruh mak dia ambik barang aje kot supaya esok tak payah bawak balik banyak-banyak. Sebab tu lah..." Heh. Aku dengar.

"Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh. Emm kat sini, nak mintak maaf kalau ada lakukan apa-apa kesalahan. And Selamat Hari Raya untuk semua. Tolong doakan nenek aku. Terima kasih." Ucapanku sebelum meninggalkan kelas. Serba salah. Kelas tambahan Biologi sedang berlangsung ketika itu. Tapi tak mengapa. Yang penting, aku pulang!

Jadi, Aidilfitri kali ini disambut di Kelantan. Walau sebenarnya giliran Kedah, tapi apakan daya.

"Umi, tahun ni kita pakai baju warna apa?" tanyaku kepada umi yang sedang sibuk bergerak dalam rumah bagi menyediakan makanan. "Entahlah, tak sempat nak fikir pun." Jawabnya. Pendek.

Tahun ini. Tiada tema baju raya. Raya. Apabila disebut raya, taklah bermakna kesemuanya kena yang baru. Tapi gunalah yang terbaik. Ya. Masalahnya, aku tak bawak satu pasang pun baju kurung ataupun jubah.

"Baju ni nak bawak tak?" Ditunjukkan sepasang baju kurung kepadaku. "Tak payahlah. Baju kurung tak payah bawak balik. Jubah aku berlambak. Nanti aku guna yang ada aje."

Hakikatnya. Tak sempat balik. Langsung tak.

"Tokk tokk." Terjaga. Bunyi ketukan tingkap mengejutkan aku yang sedang lena. Dengan mata yang masih mengantuk, kugagahkan juga untuk celik. Tol Alor Setar Utara. Di situlah tempat aku berubah kereta. Mengangkat semua beg yang ku ada. Dimasukkan ke dalam bonet kereta. Dari kereta Pakcik Shahidan kepada kereta milik abangku. Disalam dan dicium kedua-dua tangan ibu bapaku. "Terima kasih, Pakcik Makcik." Dari Tol Alor Setar bahagian Utara, kami, aku, kakak, abah dan umi terus bertolak, bergerak menuju ke Kota Bharu.

Kronologi. 10.40 malam, Taiping. 1.20 pagi, Alor Setar, Dah tak singgah rumah. Dari tol, terus ke Kota Bharu, sampai pada 9 pagi.

Kesedihan. Kedukaan. Tetapi tak lupa juga ada pengalaman. Peristiwa ini ibarat pengembaraan dalam kehidupan.

4.40 pagi, singgah di sebuah restoran. Berhenti untuk sahur. Aku ketemu adik juga abangku. Mereka menaiki kenderaan lain. Kenderaan yang teringin aku naiki. Dan, untuk merealisasikan impian. Selepas sahur, aku meminta untuk bertukar tempat dengan adikku.

Responnya : "Kak Tini serius ke nak naik? Kang tak boleh nak tidur pulak kang macam Dikyah."

Berkeras. Walau macam mana pun, aku tetap nak naik. Berdebar. Aku tak lupa teman baikku, al-Quran dibawa sebagai peneman. Kini, aku dan adik bertukar tempat. Adik naiki kereta Myvi bersama abah, umi dan kakak manakala aku bersama abang, bersama-sama menaiki kenderaan terakhir menuju ke Kota Bharu. Heh kami menaiki van jenazah!

For the first time.


Adanya Abang Fahmi, terasa sedikit dilindungi. Taklah setakut mana. Cuma terkadang bermain jugak di minda mengenai adegan-adegan yang kadangkala tertonton dalam drama. Bulan puasa. Syaitan diikat. Lampu suluh dibuka. Al-Quran diselak. Yaasiin dialunkan.

Sepanjang perjalanan, pada awalnya celik mata. Tapi taklah seseram apa yang adik bayangkan rasanya. Mungkin akibat dia selalu tonton cerita-cerita hantu, tapi tidak aku. Keranda. Tatap. Tenung. Rasa macam nak bukak pun ada. Nak peluk kuat-kuat sekujur tubuh tokmek. 

Abang Fahmi yang duduk betentangan aku, kupandang. Sepasang matanya terlihat di sebalik kaca matanya. Matanya mengantuk tapi pada masa yang sama jelas dia menahan. Dia tenung aku. Aku rasa aku tahu apa yang tersirat dalam hatinya. Terima kasih abang, merisaukan Tini.

Teringat akan tokmek, air mata sedikit mengalir. Tunduk. Abang ke hadapan sedikit. Peluk aku sekilas. "Macamana study?" Entah kenapa, saat itu aku rasakan, lain yang abang nak kata, tapi ayat itu yang terkeluar. Samada betul ataupun tidak, aku tahu abang sedang cuba untuk kuat. Tahu. Sambil bercerita kepada abang mengenai pembelajaran, sedikit terkesima mengingatkan keputusan peperiksaan. Lagi-lagilah rembes air mataku. Huaaa.

Dan akhirnya, aku tertidur. Dalam kepenatan. Aku terlena.

Raya tahun ini, hanya aku dan ayahngah. Hanya dua buah keluarga beraya bersama. Semuanya kerana lagi dua keluarga telah pulang beberapa hari sebelum Syawal menjelma. Masing-masing perlu hadiri kerja lebih awal daripada kami semua.

Kurang meriah. Kebiasaannya, Kelantan lah meriah raya. Tapi tahun ni kurang rasanya tanpa tokmek yang telah pergi selamanya. Sungguh rindu. Tambahan pula, 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal ini merupakan hari lahirnya yang ke-71. Jikalau masih panjang umurnya...

16 tahun. Sob hampir 16 tahun. Entah pada pertama raya ni hehe cuma berapa aje duit yang dapat. Tak pergi kumpul, hanya menunggu tetamu di rumah kerana raya kedua, maka kami sekeluarga akan bertolak pulang ke Kedah. Juga keluarga ayahngah. Dan pulang ke sini semula sebelum berakhir cuti. Ehhh nak duit raya!

Akhir kata, selamat hari raya. Mohon maaf atas segala salah tutur kata dan bicara. Tersilap perilaku dan tingkah. Pendek kata, maaf untuk segala-galanya. Moga Aidilfitri kali ini lebih bermakna. Taqabbalallahu minna wa minkum.