<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Aku Kembali posted on Sunday, 13 October 2013 { 18:13

"Far far away from Him ah?"
Angguk.
"Then, pergilah berkhalwat dengan Dia."

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Lengang. Pantai Merdeka ini sedikit lengang pada waktu ini. Selesai pulang dari Tanjung Dawai menaiki bot, guru serta pelajar-pelajar Bahiyah semuanya pulang ke bilik rehat masing-masing. Namun aku, yang kini sudah tidak lagi tergolong dalam kalangan budak Bahiyah kekal duduk di pinggir pantai.

Melabuhkan punggung di pembahagi pantai. Pandangan dilemparkan jauh. Jauh jauh merentasi laut. Lagi jauh sampai aku sendiri tak tahu dah sampai ke mana. Ah, ketenangan yang nyata.

Tersedar.

Beberapa orang budak melintas dan bermain-main di hadapan. Senyum. Mereka melihat ke arahku.

Fon telinga dikeluarkan. Dicucuk. Dipakai.
The Moment menemani telinga.

Aku memandang sekeliling. Pandangan terhenti di sebelah kiriku. Budak-budak. Itu sahaja yang terlintas dalam kepala. Sekali lagi, senyumku terukir.

Pelajar sekolah rendah sedang berkhemah. Aksi mereka kuperhatikan. Alahai rindunya. Rindu, sungguh aku rindukan aku yang dulu. Aku yang dulu ketika masih di alam darjah 4,5,6. Aku yang masih tak tahu apa-apa. Aku yang hanya tahu buat segalanya ikut suka.


"Setiap orang ada Zaman Gelap. Kite ada Zaman Gelap kite sendiri. Kau ada?"
Angguk. Sudah tentulah ada. Kata hati. Sengih tawar.


Ya. Aku sewaktu belum jumpa Zaman Gelap sendiri. Andai dapat diundurkan masa, ofcourse lah aku mahu. Dan rasanya hampir kesemua orang pun berharap begitu. Andai Doraemon tu benar-benar wujud, pasti kaya dirinya mengalahkan Bill Gates dan apa entah seorang lagi tu yang aku tak tahu namanya tu akibat semuanya nakkan mesin putar kembali masa. Yeah.

Tapi bak peribahasa Melayu, nasi sudah menjadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Dan umpama peribahasa omputih, let bygones be bygones.

Sebab itulah sebenarnya segalanya tak perlu dipersiakan. Keep calm and move on. Teruskan berjalan menuju ke hadapan. Walau ada kesilapan, tabah dan teruskan perjalanan. Harungi segala dugaan, ujian dan rintangan dengan sebaiknya kerana itu semua hanyalah pengukur keimanan. Hanya.Lah.

Hanya.Lah. Ya hanyalah. Kerana setiap kesusahan ada kebahagiaan.

Eleh kau cakap mudahlah, hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu. Ya, Dia sahaja yang tahu. Senyum.

Mata masih melekat pada kanak-kanak yang sedang berhimpun. Sedang berlari menuju perhimpunan. Seorang di hujung belakang sekali sedang turun naik ketuk ketampi. Mungkin terlewat barangkali. Rindu. Sungguh aku rindukan waktu itu.

Waktu itu. Waktu pertama kali aku mengikuti kem yang mengehendaki kami untuk tidur di dalam khemah. Kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kesemua kami pelajar darjah 5 diwajibkan mengikuti program. Banyak pengalaman pertama di sana, almaklumlah dikendalikan oleh mereka yang tegas belaka. Flying Fox paling kuingat tak terkira. Gara-gara tersekat di tengah-tengah perjalanan. Siapa tak takut -.-'

Hitung diri sendiri. Hampir 16 tahun aku hidup. Banyak waktu aku persiakan. Banyak. Tapi banyak jugak yang aku manfaatkan bueheh. Banyak. Lah sangat. And now, take charge! Air mata diseka. Kaki yang pada awalnya disilakan diletak mencecah lantai.

Berdiri. Berjalan. Berlari. Aku kembali.

"...Kenangan masa lalu biar dikubur. Tak perlu disiram. Tak perlu dijenguk. Malah, digali semula juga tidak perlu." -BT