<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Kehidupan Penuh Ujian posted on Saturday, 16 November 2013 { 08:52

Setiap orang punya rezeki masing-masing. Inilah kehidupan. Terkadang kita dapat apa yang dikehendaki. Terkadang kita dapat apa-apa yang paling tak ingin dimiliki. Kehidupan. Semuanya atas kehendak Tuhan. Di situlah sebenarnya munculnya ujian. Kerana Dia tahu apakah yang terbaik buat hamba-hamba-Nya sekalian.

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

5A, 4A, 3A, 2A dan 1A malah tiada A langsung pun atau apa-apa sekalipun keputusan. Tinggi pointer mahupun rendah. Menang ataupun kalah. Semuanya hadiah daripada-Nya. Semuanya bersesuaian dengan segala usaha kita. Semuanya untuk menguji, tahap apakah kita sebenarnya.

Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah.
Terkadang kita sangka cerah sampai ke petang, tapi hujan pada tengahari, sebab Dia nak tunjuk adanya pelangi.

Mungkin, aku sendiri tak layak berkata begini, tapi aku sedar sebenarnya, tak wujud kata-kata ini semua andai hanya yang sempurna sahaja mampu mengeluarkan kata.

Kecoh di laman sosial terutamanya, "Pelajar 5A dapat Mini Cooper. Kalau SPM, entah banglo agaknya." Bla bla and bla.

Dapat pulak berita, rakan sebaya sudah berjaya memasuki universiti. Memang terkesan, gembira atas pihak dia kerana sekurang-kurangnya setakat ini dia sudah mampu gapai impian. Moga akan kekal berjaya wahai bakal jurutera.

Cermin diri sendiri, entah apalah yang kita nak jadi.

Hidup ibarat kertas lukisan, kita lah yang melukis dan mencorakkan kehidupan. Bak kata kaunselor, siapakah lagilah yang nak cipta sejarah kalau bukan diri kita?

Heh. Terasa teks-teks di atas ala-ala formal la pulekk.

Heiyahoii readers. Apa khabar? Semakin lama semakin susah rasanya nak kemaskini segala entri. Terkadang ada idea tapi waktu mencemburui. Tapi bila masa kumiliki, alamak buntu lah pulak otak ini. Ecehh sama aje rima, kan?

Ok straight to the point.

Okeh first, cer semat dalam minda dan hati bahawa rezeki itu suatu nikmat. Nikmat pula bermakna ujian. Ehh ini bukan jawapan soalan peperiksaan. Tapi ini semua diumpamakan. Kerna apa? Kerna rezeki dan nikmat itu suatu ujian daripada Tuhan untuk menguji tahap keimanan. Moga tak terus lalai nauzubillah...

Sekarang, asyik-asyik pelajar sekolah bercuti, para murid Tingkatan 5 semua sebenarnya sibuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Nikmat juga sebenarnya tu. Kerna apa? Kerana mereka tak lama sahaja lagi bakal melangkah keluar daripada alam persekolahan. :)

Mungkin, mereka kata bahawa zaman persekolahan is the best! Ya, tetapi percayalah lebih banyak nikmat yang menanti anda di luar alam itu. Apa yang paling kuimpikan ialah nikmat ukhwah dalam usrah. Ace ace cerita orang lain, usrah Unibeciti ni macam best aje. Kelainan semangat itu ada. Itu apa yang aku rasa.

Nikmat lain ialah kebanyakan hikmah yang selama ni mungkin menjadi persoalan akan terjawab. Sungguh. Contohnya, anda mendapat biasiswa dari Lalala kerana anda pelajar Lululu. Contoh aje la. Buat-buat faham please.

"Nikmat terbesar yang dikurniakan ialah Islam dan iman."

Bersyukur. Kerana aku dilahirkan dalam nikmat Islam dan insyaAllah berusaha menuju ke iman. Sungguh memang Islam suatu nikmat kerana jika dilahirkan luar daripada agama itu, kemungkinan susah bagi diri menerima hidayah. Siapa tahu? Sedangkan seorang Muslim juga mampu terlalai, apatah lagi yang kufur. Nauzubillah.

"Nikmat yang sering manusia lepaskan ialah nikmat kesihatan dan masa lapang."

Muhasabah. Ayuh, akal kawallah nafsu! Jangan biarkan nafsu mengongkong akal!