<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2673450732304179712\x26blogName\x3d.::+Bla+Bla+Bla+::.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://cahaya-kebijaksanaan.blogspot.com/\x26vt\x3d3469298043917987658', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>












Iou
Welcome here.Cahaya Kebijaksanaan itu maksud namaku ^^v
I AM WHO AM I
Nur Fatini bt Mohd Fuad. 28 0ct. A girl who is...Talkative. Hyperactive. and Creative. Teehee. 'Aku'. Maaf itu habit.
...
Berapa kali jatuh itu tidak bernilai, yang dikira adalah berapa kali kita bangkit. If Allah says yes, nobody can say no. Andai berdakwah, jangan buang namamu daripada senarai penerima dakwah.
stalk me

Kurancang Kaurancang Kita Merancang posted on Tuesday, 19 November 2013 { 13:27



"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Dan Allah sebaik-baik Perancang."
                                                                                          -Surah Al-Imran ; ayat 54.


Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Embedded image permalink

Kurancang, kaurancang, Dia juga merancang. 
Dan Dialah Penentu segala  perancangan.

Rancang bertolak sebelum Zohor, siapa sangka peristiwa itu berlaku, maka 4 petang barulah kita bergerak.

Rancang untuk menetap selama dua malam, tapi siapa tahu Dia menarik nikmat kesihatan yang diberikan.

"Dalam derita ada bahagia. Dalam gembira mungkin terselit duka. Tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu."

Rancang untuk bersiar-siar sekitar tempat pelancongan, siapa sangka kita sendiri sebenarnya terlalai asyik dengan hiburan.

Rancang untuk menikmati lazatnya hidangan, tiba-tiba ditarik selera.

Rancang untuk pulang selepas hanya satu hari di sana, secara tiba-tiba tersekat dalam kesesakan di pertengahan perjalanan.

"Bibir mudah mengucap sabar tapi hatilah yang remuk menderita. Insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran."

Rancang untuk berjimat-cermat, namun keadaan mendesak, banyak duit tertolak.

Rancang untuk bergerak dengan penuh senang-lenang, tetapi akhirnya terlibat dalam sebuah kemalangan.

Rancang untuk meneruskan pelajaran, tetapi Dia tentukan agar berhenti di tengah-tengah perjuangan.

Semua itu bukan hanya pengalaman aku, namun itulah yang dapat aku lihat.

Kita merancang, namun apabila perancangan tidak kesampaian, kita mengeluh. Keluh kesah, gelisah dan resah membajai hati. Mula mempersoalkan mengapa diri jadi begini. Namun sedarkah kita semua ini siapa yang beri? Bukan sebagai tanda diri dibenci malah lebih disayangi. Kerna itu kita akan tetap diuji.

"Segala takdir, terimalah dengan hati terbuka. Walau terseksa, ada hikmah-Nya."

Sungguh, susahnya menanam redha dalam hati. Sungguh, kuatnya dinding 'aku tidak boleh terima semua ini' dalam diri. Namun andai jiwa diserahkan kepada ilahi, insyaAllah, perkara susah akan jadi mudah dan yang mudah akan lebih dipermudahkan.

Selawat. Kunci kejayaan. Kunci doa dimakbulkan. Kunci rahmat daripada Tuhan.

Everything happens with reasons.

Sesungguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmah daripada-Nya. Cuma kita perlu gali, korek, cari, usaha dan tawakkal agar ketemu segala petunjuk dari-Nya.

"Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma. Itu jelas membuktikan Allah mengasihimu setiap masa."

Kita merancang, hidup selesa mesra bahagia pabila bertemu rakan-rakan. Belajar, bersantai berhibur. Namun rupanya diri disisihkan. Lalu kita kesedihan. Namun itu sebenarnya Allah yang campakkan. Allah campakkan rasa 'nak sisihkan' dalam diri mereka yang menyisih. Allah campakkan rasa sedih dalam diri kita yang disisih. Kerana apa? Kerana Allah nak bagi kita rahmat-Nya. Allah nak kita sabar dan tabah. Kuat menghadapi ujian Dia. Sebab mungkin Allah nak kurniakan ganjaran syurga. Atau Allah nak elak kita riak, ujub, takbur dan bongkak jikalau andai kita 'popular' dalam kalangan ramai orang. Kerana Allah masih sayangkan kita. Allah sentiasa sayang hamba-hamba-Nya...

"Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan. Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmat-Nya."

Kita merancang ingin berjaya dalam akademik. Nak gapai dan capai impian yang selama ini sentiasa jadi angan-angan. Nak 'merealitikan' segala fantasi yang selama ini terpendam dalam imaginasi. Namun akhirnya kita tersungkur, jatuh dan rebah di pertengahan perjuangan. Kita gagal dalam perjalanan mencipta kejayaan. Keputusan yang diterima juga agak menghampakan. Namun semuanya sebenarnya Allah yang aturkan. Dia aturkan segala yang terbaik buat diri. Kerana Allah mahu kita sedar bahawa masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan. Dia juga mahu kita tingkatkan iman. Supaya ada dinding yang mampu menghalang sifat riak daripada mencerobohi hati. Dia mahu kita jadi hamba yang baik. Kerana Allah masih sayang...

"Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian yang diberi."

Kerana itu, Allah sebaik-baik Perancang. Dan hanya kepada-Nya kita perlu memohon agar dikurniakan perancangan yang baik, InsyaAllah.